Aktiviti menarik untuk mengajar anak mengenali nombor

Baru ni saya berkongsi pasal CARA MENARIK UNTUK MENGAJAR ANAK KENALI ABC kan, hari ni nak share pulak pasal AKTIVITI MENARIK UNTUK MENGAJAR ANAK MENGENALI NOMBOR... Ohya, lagi sekali saya nak ulang yer, aktiviti ni saya "google" khas untuk anak solehah Aqilah @ 3 tahun 6 bulan.. Tujuannya sebab nak bagi Aqilah lebih mengenali nombor.. tapi saya mulakan dengan nombor 1 hingga 10 je laa... Saya kan u all, dah macam keliru pulak, apa keyword yang saya google baru ni sehingga terjumpa aktiviti2 ini.. Bukan apa, sehari selepas saya jumpa & print aktiviti ni, saya try la google lagi untuk cari aktiviti tambahan... nak dijadikan cerita, saya tak jumpa pun aktiviti yang seangkatan dengannya, jangan kata seangkatan, aktiviti yang saya dah siap print ni pun saya dah tak jumpa.. entah apa keyword yang saya guna ntah.. nasib baiklah awal2 lagi saya dah save link ni dekat draft blog saya ni...

Kalau u all pun dalam proses nak kenalkan anak2 u all dengan nombor2, bolehlah print jugak latihan ni.. Bagi saya ianya menarik sebab boleh memperkenalkan anak dengan nombor secara lebih kreatif.. nak2 pulak macam anak solehah Aqilah ni haa... Jenis yang kurang minat bila mengadap buku semata2.. kalau bagi Aqilah buat latihan yang sambung titik2 tu u all, satu muka surat je agaknya dia buat.. Kalau yang macam ni lajulah sikit... haaa lupa nak cakap, time mengajar tu kena duduk sebelah anak, kita ajar dia.. Macam Aqilah ni u all, kalau saya tak tengok dia belajar, sekejap je dia belajarnya.. Tapi kalau saya teman dia belajar, sehari satu buku pun boleh habis... itu perumpamaan je la u all.. heheh... Nampak tak??? Punya hebatnya penangan perhatian kita as a parent ni dekat anak2...


NUMBER WORKSHEETS


NUMBER WORKSHEET ni memang terbaik..!! Dalam satu kertas, ada 5 aktiviti... Yang first tu trace, boleh bagi anak garis guna PENSEL... Sebelah dia tu pulak, tempek sticker mengikut jumlah nombor yang diberi, boleh bagi anak guna STICKER... yang aktiviti di tengah tu pulak, untuk anak kita tanda nombor2 yang telah diberi... yang ni boleh suruh anak kita dot dot kan guna watercolour, boleh bagi anak guna WATERCOLOUR... Yang bawah dia tu pulak, yang berkotak tu haa, boleh suruh anak tempek STICKER ke, DOT - DOT dengan watercolour ke, suruh anak lukis guna PENSEL ke, ataupun suruh anak letak POM POM BALL ke... mana2 pun boleh, pandai2lah u all kreatifkan diri.... Yang last sekali tu, bolehlah suruh anak mewarna mengikut jumlah yang di beri... Best ke tak best ni u all?... Untuk sehelai kertas sahaja, anak siap boleh guna PENSEL, STICKER, WATERCOLOUR, PENSEL WARNA... punya banyak guna motor halus.. Anak pasti excited!!


Kalau u all tak dapat bukak link yang panjang tu, u all boleh buka link ni http://www.themeasuredmom.com/free-number-worksheets-1-10/ lepas tu dekat bawah ada tulis "TO GET YOUR FREE PRINTABLE, CLICK HERE"... U all klik je la link tu...   


FINGERPRINT COUNTING


Kalau rumah u all ada watercolour, bolehlah guna.. Rumah saya ni kehabisan stock watercolour, makanya saya buat "watercolour" sendiri.. hahaha.. Seronoklah sikit anak dapat belajar 123 sambil comotkan jari tu haa... takdalah nak guna pensel je memanjang... U all memang PATUT PRINT aktiviti ni sebabnya latihan dia tu bukan sekadar gambar kepala ulat je tau.. ada lagi yang lain, nak tahu apa, pergi usha link dekat bawah tu haaa... Pasti u all tak menyesal sebab anak u all pasti suka..!!

http://funhandprintartblog.com/2015/03/fingerprint-counting-printables-for-spring.html


DOT NUMBER MAZE


DOT NUMBER MAZE ni, bukan setakat ajak anak kenali nombor... siap dengan nak suruh otak anak tu berpikir lagi... Berpikir mencari "jalan pulang" hahaha.... macam atas ni, nombor satu memang berterabur, salah tanda, tak jumpa "jalan pulang"... Eh, u all kenalah duduk sebelah anak tau.. lainlah kalau anak u all dah biasa dengan aktiviti MAZE ni okla.... Tapi tapi... kalau u all taknak ikut arahan dengan buat aktiviti "MAZE" ni, u all tukar je la aktiviti... suruh je anak u all tu warna ke dot-dot ke atau guna apa sahaja untuk tanda semua nombor satu yang ada... Haaa kan dah boleh pelbagaikan aktiviti... ikut tahap umur & penerimaan anak u all.. Alaaa u all kan kreatif... Jomlah kita pakat2 print, gembirakan hati anak.. gembira jugak hati kita sebab anak nak belajar... Tapi ingat, kalau anak awak seusia anak saya, awak WAJIB teman mereka beraktiviti... sebab sebab sebab... mereka rindukan perhatian kita... sebab tu kadang2 ada anak2 berpeel, nak perhatian je yang lebih tu sebenarnya... (",)



"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

6 comments.. read them below or add one

Cik Ila Menari Cik Ila Menari April 14, 2016
Macam best pulak aktiviti ni.
Nak cuba kat hero saya tu lah
eita eita April 14, 2016
kalau ita jadi budak2 pun best jugak ni..banyak aktiviti..
Sakinahamid Sakinahamid April 15, 2016
Excited sangat, rasa nak print semua. tapi takpa la,save dulu. print sikit2 tengok anak minat yang mana.hehe
Mimie Mimie April 17, 2016
Boleh try buat utk aina n auni
Puan Kutu Puan Kutu April 18, 2016
Alamak nak kena print..printer ink dah habis.hahaha