Ya Allah Ya Tuhanku... Syukur yang teramat sangat pada Tuhan kerana melindungi anak2 saya... Semalam adalah satu pengalaman yang menakutkan bagi saya dalam menjaga amanah Tuhan yang kedua ini iaitu anak solehah Aqilah... Betoi la orang kata, anak nombor 2 ni, perangainya pelik2... suka menguji tahap kesihatan jantung ibu ni tau... Menggeletar tangan saya tau.. dengan jantung bergerak laju... terkejut dengan apa yang telah berlaku... Sebelum saya teruskan penceritaan, saya nak bagitahu awal2, sorry yer sebab cerita ni tunggang langgang...
U all tau tak, Anak solehah Aqilah boleh masukkan pasta yang telah direbus ke dalam lubang hidung dia...!! Bukan termasuk ok, tapi sengaja masukkan...!! Ya rabbi.... anak2... saya tengah cuci pinggan mangkuk di dapur, tiba2 Aqilah datang cakap "Ibu, sakit" (pada firasat saya, bukan sakit tapi maybe tak selesa) sambil tunjuk ke lubang hidung... Bila saya tengok... Ya Allah, terkejut besar saya... PASTA DALAM LUBANG HIDUNG..!! terus saya teringat, sebelum kejadian, Aqilah ada cakap dekat saya yang masa tu berada di dapur.. "Ibu, pasta boleh letak dalam ni tak?".. sambil tunjuk hidung... Ohya, sebelum tu, nak bagitahu u all, Aqilah bukan cakap terus lagi tau... butiran percakapan dia masih belum jelas tapi boleh paham.. Saya bagitahulah tak boleh kan... Perbualan kami habis di situ je la... Tak pernah pulak terlintas di pikiran saya yang Aqilah akan masukkan pasta dalam hidung... ingat ke sekadar bertanya... Lagipun selama ni, anak2 tak pernah buat benda pelik2 macam tu... tapi sangkaan saya meleset.. anak nombor dua, mampu buat apa sahaja di luar pemikiran saya....
U all boleh bayang tak... yang saya ni tengah berdup dap dup dap, anak saya Aqilah tu boleh gelak2 bila saya cuba nak keluarkan pasta dari hidung dia tu... Bukan setakat gelak2 tapi dalam masa yang sama, dia boleh duk bergaduh @ pukul lagi Afrina... Ya Allah, macam takda apa yang berlaku..!! Saya try tarik2 untuk keluarkan pasta dengan menggunakan lidi ke apa ntah, antara bahan pembelajaran homeschooling anak saya, tapi tak dapat... sebab saya tarik slow2 je, risau takut pasta tu "terkoyak"... saya jugak ada guna penyepit yang orang kepit uban tu, tapi tak berjaya jugak.. bukan apa, saya tak berani sebab pasta tu dah terkoyak... Pasta tu pulak, 3/4 dah berada di "belakang" lubang hidung & 1/4 je berada di hadapan lubang hidung.. Lagilah saya panik... Dalam kepala saya masa ni, duk pikir "Habislah anak aku kalau kena bedah"... Adehhh... tak payah cakapla, normalla kalau seorang ibu, apa2 je duk ingat bedah terus... tak main la pikir yang penyelesaian dengan cara kepit2 ni haa...
Ada ketikanya, pasta tu dah nampak nak terkeluar sangat dah... saya cuba tarik dengan pengepit, tapi pasta tu "terkoyak", saya risaula kot2 ia semakin terkoyak nanti lagi susah nak tarik keluar... pasta ni berbentuk C, so, ia tersangkut di bahagian tengah hidung tu haa... itu yang macam susah sikit nak tarik keluar... ditambah pulak dengan saya yang tak berapa nak yakin bila nampak pasta dah "terkoyak"..
Ketika kejadian, sempat lagi saya pergi google apa yang patut saya lakukan sebelum ke hospital sementara tunggu my dear balik... tapi macam tak dapat membantu sangat... Last2 saya terus pergi mesej doktor Khairul di Fb saya... Friendlist saya di Fb, memang ramai jugak doktor yang saya add friend sebelum ni, sebab saya pikir kalau ada apa2 hal, boleh bertanya mereka... Alhamdulillah doktor Khairul cepat bagi respon... Sementara saya menuggu my dear balik, saya ikutlah apa yang doktor Khairul cadangkan.... bagi Aqilah duduk je & jangan cuba korek pasta tersebut...
Aqilah nak meratah lauk, so, saya bagi je lah dia makan... Tengah2 dia makan tu, saya duk tengok jugak dalam hidung dia tu.. pasta tu masih ada lagi tapi macam jauh ke belakang... tak lama lepas tu, saya tengok lagi... Ya Allah...! pasta tu dah hilang... clear je lubang hidung Aqilah.. takda tinggal jejak langsung.!! Yang Aqilah ni pulak boleh cakap, "ibu, pasta takda dah ke?"... Kita ni duk risau pasta tu pergi arah mana... ke saluran pernafasan ke atau ke perut... yang dia duk seronok pasta dah takda... Saya tanyalah doktor Khairul, kalau pasta tu ke saluran pernafasan apa yang berlaku... apa simpton.. doktor bagitahu simpton seperti tersedak, batuk & nafas berbunyi... simpton tu pulak akan berlaku serta merta... Alhamdulillah, simpton tu tak berlaku... Bersyukur sangat2... kiranya pasta tersebut masuk ke perut la kan... Ya Allah Ya Tuhanku... terima kasih selamatkan anak aku...
Anak kecik, tak tau apa2... kita risau dia gelak2... nanti bila dah besar, inilah antara pengalaman manis untuk dikenang walaupun sangat pahit untuk dilalui ketika kejadian.. Eh lupa nak bagitahu awal2 tadi, saya ada jugak suruh Aqilah hembus tapi dia tak reti, dia sedut je reti... maybe sebab tak selesa kot.. Berbalik kepada cerita my dear, bila sampai rumah, my dear tengok pasta dah takda dalam lubang hidung, makanya my dear ambik keputusan tak jadi bawak pergi jumpa doktor... Kalau ikutkan hati saya, saya nak pergi jugak... tapi my dear cakap, "Aqilah takda apa2, aktif je... lagipun pasta tu dah takda.... kan ina dah tanya kawan fb yang dotor tu..." Saya ni nak jumpa doktor, at least puas hati walaupun yang doktor tu cakap nanti sama je macam doktor Khairul cakap... Tak kisahla apa2 pun, yang penting dah melebihi dari 24 jam.. Aqilah ok, aktif bergaduh macam biasa dengan kakak & adik dia... takda apa2 simpton... Ini antara pengalaman berharga saya dalam bergelar ibu...