Anak belum pandai cakap terus

Tiba2 saya dah jadi runsing pulak u all.. Anak solehah Aqilah sekarang ni kalau ikut tahun dah umur 4 tahun, tapi kalau ikut bulan baru menghampiri 3 tahun 3 bulan.. Yang buat saya jadi risau tu, tahun depan InsyaAllah akan hantar Aqilah ke tadika 5 tahun, masalahnya sekarang Aqilah masih belum pandai cakap terus.. Ya Allah, runsing kepala saya duk pikir pasal ni...

Anak solehah Alisha dulu pun lambat jugak cakap terus berbanding rakan sebaya, tapi masuk umur 3 tahun, automatik Alisha pandai cakap terus... Aqilah ni pulak, word2 yang dia sebut tu pun tak berapa nak jelas.. Kalau kita bagi arahan ke apa ke semua dia paham je.. takda apa2 masalah pun... Aqilah pun dah free diapers dari usia 2 tahun, so, memang dari situ nampaklah yang memang Aqilah takda masalah berkaitan "arahan" kan.. Bercakap tu pun ok je sebenarnya, bercerita bagai.. Cuma yang jadi masalah, sebutan dia tu tak jelas... kadang2 sampai Alisha yang tolong translate... Part ni pun saya heran jugak, macamana Alisha boleh paham apa yang Aqilah cakap, sedangkan saya & my dear tak paham..

U all paham tak apa yang saya maksudkan ni... Apa yang patut saya buat untuk bantu Aqilah yer.. Adakah ini dipanggil speech delay? Ada ke apa2 petua or cara nak bagi anak cepat cakap.. Saya ni tiba2 risau sebab teringat tahun depan dah nak sekolah.. Kalau dia tak sekolah, agaknya saya pun tak terpikir pasal ni.. Risau dekat sekolah takut orang tak paham apa dia cakap.. Ohya, kalau berkaitan buat ayat, lebih dari 3 4 patah perkatan pun Aqilah boleh buat, banyak mulut jugak orangnya tu... Cuma tu la, sebutan dia tu tak jelas.. Lagi satu pulak, panggil saya bukan ibu tapi abu.. bila kita suruh sebut i, dia sebut i, suruh sebut bu, dia sebut bu, tapi bila suruh sebut ibu, dia sebut abu.. Eh lupa nak cakap, ada jugak word yang Aqilah sebut tu jelas je tapi yang tak jelas lebih banyak rasanya.. Saya risau kot nanti dia takda keyakinan diri untuk bercakap dengan kawan2 je... dah la tahun depan nak sekolah... 

Kalau u all ada pngalaman berkaitan percakapan anak ni, kongsi dengan saya di ruangan komen yer.. Moga Aqilah dah bercakap terus sebelum persekolahan tahun depan.. Aamiin...
"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"
Anak belum pandai cakap terus

5 comments.. read them below or add one

Liyana Anuar Liyana Anuar January 11, 2016
sy pun nk tau jugaklah cane..anak setahun lbh dah..tp xpandai ckp lg gak..org lain ckp dah sikit2..
AnonymousAnonymous January 11, 2016
belum da penglmn sbb anak br setahun 3 bln, tu pun tak blh jln lg.. semoga aqilah cpt blh ckp dgn lancar ye :)
Nieyla Nadia Nieyla Nadia January 11, 2016
nieyl ada anak buah yg dah 4tahun pun still ckp x berapa nak jelas...
tapi lepas sekolah tadika 5 tahun..Alhamdulillah..boleh bercakap ngan lancar...kita pun faham apa yg dia ckp...maybe kt sekolah dia ramai kawan² yg bercakap kot...
CXopportunities CXopportunities January 14, 2016
InsyaAllah Allah permudahkn nnti. Cx pon akn rs jgk soon .. cpt2 ckp ya dear
AnonymousAnonymous January 20, 2016
Salam..anak saya juga mengalami masalah yang sama..speech delay..Bila umurnya 4 tahun saya terus refer ke HUKM.And now dah discharged from speech therapy.Sekarang Umur anak saya 7 tahun.

-w-