Link untuk muat turun FLASH CARD 3D & 4D secara PERCUMA..!!

Saya share pasal FLASHCARD 3D & 4D di FB saya, ramai pulak yang mintak link.. Sorry yer lambat share, hari Jumaat saya memang kelam kabut sikit.. Ni baru ada masa mengadap komputer sementara my dear pergi solat Jumaat.. Itupun duk kelam kabut dengan anak.. Sebelum ni ketika FLASHCARD 3D & 4D ni tengah famous, saya memang tergerak kat hati nak beli la jugak, tapi nasib baik tak beli, kalau beli pasti hari ni saya tengah berdukalara sebab ada yang FREE rupanya... zaman sekarang ni, mana yang FREE, kita kena dulukan yang FREE.. muahahha

Sekarang saya share link dengan u all, saya dah share, maka u all jangan tak print pulak tau... Mula2 saya DOWNLOAD FLASHCARD, PRINT lepas tu untuk tahan lebih lama saya LAMINATE.. Dah siap laminate, saya install 3 aplikasi ni dekat GOOGLE PLAY... terpulang dekat u all nak install ketiga2nya atau salah satu ke apa ke...

OCTALAND 4D+


OCTALAND 4D+ ni memang saya teruja yang amat sangatttttt!!!! Kalau u all tanya saya antara 3 aplikasi ni mana yang u all patut install, saya cadangkan OCTALAND 4D+ ni... U all tengok gambar atas tu, bayanglah, FLASHCARD gambarnya tak semegah pun u all... Gambar Chef pegang sudip je pun, tapi bila kita "scan" dekat OCTALAND 4D+ ni, tu diaaaaa... Chef tu "hidup" u all... memang dia betoi2 masak, ke kiri ke kanan, anak saya siap jerit2 tengok.. punya teruja.. hahahhah.. 2 X 5 je dengan ibu dorang ni pun...

LINK UNTUK INSTALL APLIKASI OCTALAND 4D+



ANIMAL 4D+



ANIMAL 4D+ ni pun sama jugak macam yang OCTALAND 4D+... Ce u all tengok gambar yang lembu tengah makan rumput tu haa... U all tahu tak??... Lembu tu siap boleh berjalan ke arah rumput tu untuk makan... Wallawehhhh!!! Nak nangis saya tengok... Anak solehah Alisha siap duk cakap ajaib...!! hahhahah... Kalau u all tengok flashcard gambar lembu dengan rumput tu, u all boleh nampak kan yang kedudukan flashcard tu jauh antara satu sama lain....

LINK UNTUK INSTALL ANIMAL 4D+

Untuk DOWNLOAD FLASHCARD, U all boleh klik link http://4d.octagon-studio.com/.. bila u all klik, akan keluar gambar seperti di bawah...


U all nampak tak belah kanan tu ada tulis DOWNLOAD FOOD CARDS, DOWNLOAD ANIMAL 4D+ SAMPLE CARDS, & DOWNLOAD OCTALAND 4D+ SAMPLE CARDS.. Makanya u all download je lah yer... lepas dah download, print & laminated...


3D MAGIC ZOO


3D MAGIC ZOO ni pun ganas jugak ni u all... Singa siap nganga mulut lagi.. Kalau kita sentuh di skrin telefon, kita akan dapat dengar bunyi binatang tersebut macamana... So apalagi u all, sekarang ni u all pergi download, print, & laminate... Tak nak laminate pun boleh tapi takut takdan lama la habis kertas tu lunyai.. hehhe... Moh la kita buat magic dekat anak2... Pasti anak2 u all akan teruja seperti anak2 solehah saya dekat rumah ni.. InsyaAllah (",)


LINK UNTUK INSTALL 3D MAGIC ZOO

LINK UNTUK PRINT FLASHCARD (format pdf)


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

{ 15 comments.. read them below or add one }

Gadis Gadis April 01, 2016
done tinggal nak print je ni..
thank sis
lynndAmya lynndAmya April 01, 2016
Salam kak...haihh lamanya saya xbw siniiii....mesti banyak gila entry berguna yg sy dah missed1 Uhuk2 jenuh nak kejar balik ni...tp rugi tak baca sbb akak salu share benda2 best..hahaha..owh btw, flash card yg 4d tu mmg mcm magic kan..hebat betul teknologi dia, senang budak2 nak faham..haha :D
Karimah Abd Hamid Karimah Abd Hamid April 01, 2016
2,3 hari sudah sepupu sy share pasai benda alah nih... bdk2 mmg tertarik... ingt cuti sbtu ahd ni nak download.. alih2 bukak blog tgk entry k.ina pasai nih.. k.ina lagi laju.. dah siap print, laminate semua..hahaha
Cik Puan Rann Cik Puan Rann April 01, 2016
Tq sbb share. Sy pn kena buat jg utk iskandar nti
Umie Yana Umie Yana April 02, 2016
Thanks for sharing.. hehe
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof April 02, 2016
baru nak print flashcard..tak sabar nak tunjuk kat anak saya..
Nur Misnan Nur Misnan April 02, 2016
cool. thank you dear for sharing here
boleh buatkan utk anak sedara..
Kathy R'bain Kathy R'bain April 02, 2016
tqsm sis sudi share info.. kathy dah download flashcard, dan dah install apps ni. anak-anak dan mak bapaknya sekali semua teruja. hehehehe.
husna zahidi husna zahidi April 03, 2016
hehhehe.. klau dah ada yg free buat pa nak susah2 kan diri pergi beli lg kan..
Mila Hilas Mila Hilas April 04, 2016
nape yg lembu mkn rumput tu sy x jd pon..haha..lembu statik je x bergerak
Mayang ABDUL RAZAK Mayang ABDUL RAZAK April 04, 2016
arini nak download, gambar dah takde le.. being removed katanya.. adeh nyesal tak wat awal2
IntaNBerliaN IntaNBerliaN April 04, 2016
@Mayang ABDUL RAZAK

eh, ada je kak.. lepas saya baca komen akak ni, terus saya klik link tu semula... boleh je download & ada je gambar...
yaya cendana yaya cendana April 05, 2016
assalamualaikum..done follow sini :) ...tajuk nye menarik perhatian yaya.. hihi...

sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..

Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html

tq ^_^
nana liena nana liena April 05, 2016
seronok pula tengok wpun sya belum ada anak lagi.. hahaha.. menarik guna flash card lgi2 yg 3d,bebudak suka. zaman sekarang nak mengajar anak senang,tak adalah asyik hadap buku semata-mata.