Cara menarik untuk mengajar anak mengenali huruf hijaiyah @ arabic

Sebelum ni saya dah berkongsi pasal CARA MENARIK UNTUK MENGAJAR ANAK MENGENALI ABC & AKTIVITI MENARIK UNTUK MENGAJAR ANAK MENGENALI NOMBOR, hari ni saya nak berkongsi pulak pasal CARA MENARIK UNTUK MENGAJAR ANAK MENGENALI HURUF HIJAIYAH @ ARABIC... Menarik bagi saya lah tapi bagi u all saya tak tahulah... Anak2 saya suka je cara ni.. saya fokus untuk anak solehah Aqilah @ 3 tahun 6 bulan... Aqilah ni bukan jenis yang suka mengadap buku dengan pen je memanjang.. Dia jenis yang belajar sambil bermain.. So, ni dikira salah satu cara yang saya guna untuk tarik minat dia belajar la... 

LAPBOOK


LAPBOOK ni saya buat guna kertas minilakat & kertas warna.. Kiranya macam saya gunting & jadikan ianya buku... Satu kertas manilakat tu saya bahagikan kepada 2 buah lapbook ni...


Ini cover lapbook tersebut.. Kertas warna hijau tu saya gunting untuk boleh bukak tutup la lapbook ni kiranya..



Ini bahagian dalam lapbook tersebut... Antara aktiviti yang kita boleh suruh anak2 kita lakukan dekat lapbook ni adalah suruh anak kita tu warna huruf2 hijaiyah tersebut... Setiap huruf tu kita suruh la mereka warna dengan warna berlainan, ketika mewarna ni la kita boleh tengok proses anak2 kita samada dah mengenali @ dapat membezakan huruf tersebut atau tak...


Bila kita selak setiap huruf tu, dekat dalam dia macam gambar atas ni haaa... dekat sini kita boleh suruh anak kita beraktiviti dengan menyambung dot2 setiap huruf hijaiyah @ arabic tersebut.. secara tak langsung, anak kita sedang melalui proses belajar menulis huruf2 tersebut.. Yang gambar2 tu, boleh suruh anak kita warna..

U all tahu tak, anak solehah Aqilah kan, suka dengan lapbook ni, dia duk ambik lapbook ni bawak dekat saya pastu cakap "Ibu, ce ibu ajar kak"... ololooo sayang... suwit sangat kamu nih!! nampak tak??? Anak pun seronok nak belajar kan... ibu yang dengar anak nak belajar, 10 kali seronokla... bila anak tahu menghargai apa yang kita buat untuk mereka, lagilah saya rasa bertambah2 seronok, lagilah buat saya rasa bersemangat untuk mengajar, lagilah buat saya rasa sentiasa nak cari bahan pembelajaran untuk mereka.. puncanya teruja tengok muka anak yang dapat "hadiah" dari ibu walaupun "hadiah" tu comot... sebab ibu tak kreatif... ibu ni buat janji bolehje...

http://www.amuslimhomeschool.com/search/label/Arabic%20alphabet%20%28LB%29 terdapat 5 entry di link tersebut, u all klik je kelima2 entry, satu lapbook satu entry..


 ARABIC ALPHABETS MAZES


ARABIC ALPHABETS MAZES ni lagi mudah nak mencari "jalan pulang" berbanding yang DOT NUMBER MAZE aritu.. sebabnya yang ARABIC ALPHABETS MAZES ni, huruf dia tu memang tersusun je terus ke "jalan pulang" berbanding dengan yang dot number maze tu yang lebih berterabur..

http://www.homeplayschool.com/tag/mazes/, u all klik je link ni, nanti akan keluar banyak2 entry.. u klik je la satu persatu entry tersebut yer.. Nanti akan ada link untuk u all download di ..

ARABIC NUMERALS MAZES


ARABIC NUMERALS MAZES ni saya saje print sebab dah alang2 terjumpa, terus je la print... Boleh bagi anak2 saya kenal nombor dalam arab selain dari nombor 123 biasa ni...



ARABIC ALPHABET GAMES


ARABIC ALPHABETS GAMES ni, warna dia yang menarik tu buat anak2 saya bukan setakat Aqilah, tapi Afrina yang umur setahun lebih tu pun seronok..!! Afrina tu kadang dia ambik bahan bantu mengajar ni datang dekat saya sambil tunjuk huruf & cakap "pe?"... EEee Afrina ni.... geram je tau... comel sangat!! Selalu je bila saya nak ajar kakak2, mesti dia sibuk nak belajar jugak.. Anak2 memang mudah terpengaruh dengan kakak2 kan..!! Thats y orang cakap, kalau kita nak ajar sesuatu, kene bermula dengan anak yang sulung... InsyaAllah... Ohya, lupa nak cakap, setiap huruf ni ada 2 keping huruf yang sama tau..

Cara main yang pertama : 1 pemain

U all main ala2 nak menguji daya ingatan tu @ memori kad... Padankan... Macam ni, u all terbalikkan semua huruf2 tersebut & ambik masa untuk melihat & menghafal kedudukan lebih kurang seminit, lepas tu misalnya u all bukak huruf alif, maka u all kene bukak lagi satu untuk mencari huruf alif jugak... Mula2 main maybe u all tak perlu pikir pasal masa, tapi bila dah teror, u all bolehlah tetapkan masa pulak dekat anak2 u all.. maybe dalam tempoh 3 minit kene siap padankan semua huruf2 tersebut...

Cara main yang kedua : 2 pemain

U all berlawan dengan anak atau pun anak2 u all berlawan sesama sendiri.. Saya bagi contoh macam ni la, saya bagi satu set untuk Alisha & satu set untuk Aqilah... lepas tu saya suruh mereka lawan antara satu sama lain sape yang cepat susun huruf dari alif hingga ke ya maka dia yang menang..!! Eh, anak2 kan suka berlawan, semua nak nombor satu... (",)

Cara main yang ketiga : 1 pemain

U all letak kad2 tu di tengah.. lepas tu suruh anak u all tarik kad tu satu persatu sambil bagitahu nama huruf2 tersebut..

Cara main yang keempat : 2 pemain atau lebih

Sama jugak macam cara main yang ketiga tadi.. Letak kad2 tu di tengah, suruh anak2 u all cabut satu persatu.. Jika ada antara mereka yang salah sebut, kad tu diletakkan kembali di tengah di bahagian bawah sekali... Ohya, siapa yang berjaya sebut betul huruf tadi, boleh pegang kad tersebut... di akhir nanti, siapa yang pegang paling banyak kad, dia menang!!

Cara main yang kelima : 2 pemain

U all bahagikan kad tersebut secara random lepas tu... ermm bagi contohla senang... Alisha letak sekeping kad huruf alif di tengah, Aqilah letak kad huruf baa di tengah, lepas tu Alisha letak pulak huruf baa jugak di tengah.. makanya huruf baa Aqilah tadi tu dah ada pasangan... So, Alisha akan ambik huruf Alif, baa & baa tadi.. di bahagian tengah kembali kosong... Siapa yang paling banyak dapat kad, dia menang..!!




Ini antara contoh game la... Ohya, sambil2 anak main tu, suruhlah jugak mereka sebut huruf2 tersebut.. Moga anak2 kita semua akan lebih bersemangat untuk belajar!! Moga kita jugak akan menjadi parent yang tak pernah mengenal erti putus asa untuk terus mengajar anak... Moga anak2 kita sentiasa mencari ilmu tidak hanya ilmu untuk dunia tapi jugak ilmu akhirat... InsyaAllah...


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

2 comments.. read them below or add one

Kathy R'bain Kathy R'bain April 20, 2016
Suka baca entri sis..banyak info menarik utk d guna pakai.