Afrina dah mula berminat nak pakai tudung di usia 18 bulan

Ingat lagi pada tarikh 03/03/2016, malam tu kami nak keluar.. Anak solehah Afrina ni pergi ambik tudung kakak dia lepas tu sarung dekat kepala dia... Saya yang nampak kejadian tersebut, terus pergi ambik tudung anak solelah Aqilah yang kecik bagi Afrina pakai.. Makanya bermulalah Afrina pakai tudung... Selama ni saya tak pernah pulak terpikir nak bagi Afrina pakai tudung tau u all.. Sekadar saja2 menyakat dia bagi pakai tudung kakak tu adala.. Lagipun saya terpikir mesti Afrina taknak pakai tudung sebab kadang dia suka buang apa yang ada atas kepala dia..

Tapi tu la u all... Jangan sesekali merendah2kan anak2 kita... Tak semestinya Afrina tak suka pakai headband atas kepala, dia tak suka pakai tudung.. Pasti Afrina "nampak" sesuatu kan u all bila tengok kakak2nya pakai tudung... Manalah nak tahu kot2 dia rasa nampak cantik kakak dia tutup aurat rambut.. Tu yang dia dan2 nak pakai tudung jugak.. Itu andaian saya je la.. hehhe (^_^)... saya tak terpikir nak bagi Afrina pakai tudung di usia setahun 6 bulan puncanya anak solehah Alisha pun start pakai tudung tahun lepas bulan 7 di usia 4 tahun 10 bulan.. Aqilah pun pakai tudung beberapa minggu selepas Alisha, kes mengikut kakak la kiranya Aqilah ni.. Time tu Aqilah umur lebih kurang 2 tahun 9 bulan..


Bila nampak Afrina dah nak pakai tudung ni kan u all, tahulah saya yang kakak2 mempunyai pengaruh yang besar dekat adik2.. Patutlah orang cakap, kalau nak ajar sesuatu dekat anak, bermula pada anak yang sulung.. Ohya, tau tak, baru ni kami balik kampungkan, dari Sungai Petani ke Chemor ambik masa lebih kurang 5 jam campur dengan berhenti rehat, Afrina tak bukak langsung tudung walaupun sekejap... Allah.. terharu saya dengan Afrina ni... 

Jap, nak berceloteh pulak ni.. Orang kata, bila anak ramai ni susah... tapi saya anak baru tiga (walaupun tak ramai lagi, InsyaAllah moga ada rezeki lagi lepas2 ni dalam tambah jumlah anak) ni saya rasa bila anak kita semakin ramai & anak yang awal2 tu dah semakin besar, so, kerja kita semakin mudah.. sebabnya ada kakak2 & abang2 yang membantu jaga adik2 jugak.. macam saya ni, takdalah besar mana pun anak2.. jarak 2 tahun sorang tapi Alhamdulillah bolehlah diharap.. Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang... Tuhan bagi kita anak ramai, Tuhan bagi kita anak jarak dekat2 dalam masa yang sama, Tuhan bagi jugak kita "pembantu".. InsyaAllah.. Pikir yang baik2, yang baik2 jugak hadir dekat kita.. Setiap anak ada rezeki masing2.. tapi apa2 pun, setiap orang ada dugaan masing2, maybe kita dipermudahkan tapi orang lain sebaliknya.. Walau apa2 pun, samada kita rasa ianya "berat" atau "ringan" ia tetap yang terbaik untuk kita..!!


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

3 comments.. read them below or add one

aryan azra aryan azra April 22, 2016
alahai comel nye anak solehah ni, betullah tu ina pengaruh dari kakak2 ni & pastinya pengaruh dan ikutan dari ibunya juga tu. anak akak yg kecik tu kan perempuan, 2 atas abang, berminat pakai tudung sebab dok berebut dengan mama dia ni haa..hehehe, cuma kdg pakai, kdg tidaklah
Nadia Johari Nadia Johari April 22, 2016
ala comelnyaa..lama tak singgah blog sini