Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Exabytes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Exabytes. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mac 2013

Rezeki makin bertambah dengan Exabytes

Alhamdulillah syukur pada Tuhan.. Permohonan saya untuk sambung contract dengan Exabytes kali ke 4 telah diterima... Alhamdulillah jugak, kali ni, saya dapat RM60 untuk 3 bulan.. Naik RM5 dari contract yang ke 3 sebelum ni.. (",)

U all tahu tak, masa mula2 saya apply Exabytes kan, saya hanya dapat RM45 je tau... Masa tu, saya ada terdetik dekat hati, kenapa saya dapat RM45, sedangkan orang lain permulaan apply dah dapat RM50.. Time tu saya pikir, RM45 pun jadilah dari takda kan... TAPI tu la, Tuhan nak tengok kita, samada kita pandai bersyukur or tak... dengan takdir Tuhan, setiap kali saya apply, setiap kali tu jugak naik RM5... Dari RM45 jadi RM50 pastu jadi RM55 sekarang jadi RM60 pulak..

Selama ni, saya ingat ke, bila UV kita melebihi 350, mesti kita dapat sambung new contract.. tapi tak semudah tu.. Exabytes tengok jugak prestasi blog kita.. kalau blog kita dapat click yang tinggi seperti yang mereka target.. InsyaAllah dapat sambung... (",) Sekarang, bila saya dapat sambung & jumlah bayaran pun semakin meningkat setiap kali apply, saya tahulah yang blog saya bagi click yang banyak untuk mereka.. (",).. Ohya, untuk pengetahuan u all, jika click kita tidak menepati apa yang mereka target, kita takkan dapat sambung contract dengan mereka...

JIKA U ALL NAK APPLY JUGAK EXABYTES + NAK TENGOK SYARAT2NYA, KLIK SINI TAU (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 14 Mac 2013

Pendrive 32gb untuk Alisha & Aqilah



Puas hati dah beli pen drive 32 gb.. hihi.. Actually saya beli pendrive ni untuk isi segala video Alisha & Aqilah.. yela, sebab pendrive yang ada saiz kecik, so, bila nak tengok video.. kejap2 tukar pendrive je... bila saiz besar camni, senang, guna satu pendrive je (",)

Saya beli dengan harga RM70... guna duit Nuffnang.. Setakat ni, dah 4 barang kot saya beli guna duit Nuffnang.. Laptop mainan, basikal, DVD player Blu-Ray & pendrive... semuanya untuk anak saya yang comel2 tu la.. (",) Memang saya dah set, duit Nuffnang & Exabytes akan beli untuk barang2 "kehendak" budak berdua tu... manakala duit entry berbayar & duit sewa tapak iklan, guna untuk beli barang2 "keperluan" macam susu... Kewangan harus dirancang sebaik yang mungkin... kikikii (^_^)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 10 Januari 2013

Popcorn Ayam


Hari ni saya buat popcorn ayam sebabnya geram tengok isi ayam dalam peti ais.. hahahh... Sedap gak tau u all... Yang mula2 goreng, habis di makan dek Alisha.. Terpaksa goreng lagi sebab dia nak lagi... Tengoklah tu, ibu dia nak ambik gambar pun tak boleh.. sibuk nak ambik popcorn ayam tu... hihii

Cara nak buat senang je.. Ambik isi ayam bahagian dada yang dipotong dadu + tepung serbaguna + serbuk kari + garam + lada sulah + lada hitam yang ditumbuk + perap lebih kurang sejam.... Bila nak goreng, ambik isi ayam tadi satu2, gaul dalam tepung serbaguna lagi sekali & terus masukkan dalam kuali... SIAP!! (",)

P/s : Cek dari Nuffnang & Exabytes dah dapat


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 28 Disember 2012

Rezeki berblog... Nuffnang & Exabytes.. (",)


Alhamdulillah... semalam saya dah cashout Nuffnang untuk kali ke 7.. Alaaa macam biasa, cukup je RM50, hujung bulan terus saya cashout... hihiii.. Bulan lepas saya dah cashout, cek pun belum dapat lagi, bulan ni cashout lagi... dapat cashout RM50 tiap2 bulan pun kira oklah dari takda langsung.... hahaaa... Setakat saya berblog, selama setahun 10 bulan, earning Nuffnang yang saya dah dapat RM521.35... Rezeki anak2... (",) Sekarang ni, ada 2 BE tengah running... Ohya, baru ni, saya dapat pulak BE SUNWAY EDUCATION APPLICATION... Ini BE yang ke 34 untuk tahun ni...

Selain dari Nuffnang, alhamdulillah jugak saya dapat sambung contract dengan Exabytes... Kalau masa permohonan pertama, saya dapat RM45 untuk tempoh 3 bulan, lepas tu dapat sambung lagi, RM50 untuk tempoh 3 bulan... yang ketiga ni pulak saya dapat RM55 untuk tempoh 3 bulan... Alhamdulillah, bayaran makin meningkat setiap kali apply... (",) Banner exabytes ada dekat bawah header saya tu... (",)


JIKA U ALL NAK APPLY JUGAK EXABYTES + NAK TENGOK SYARAT2NYA, KLIK SINI TAU (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Rabu, 10 Oktober 2012

Air Buah Koktel yang sangat senang dibuat & sedap dimakan.. (",)


Serius saya tak tahu nak panggil ni air ke apa... tapi hentam je lah cakap Air Buah koktel.. hihi.. Hari ni dekat sini cuaca sangat panas.. so, saya terpikir kalau makan sesuatu yang sejuk mesti sedap je rasa tekak tu.. hihii.. Saya pun apa lagi, buka peti ais, terpandanglah koktel dalam tin yang baki saya buat puding buah baru ni.. (",)

Apa lagi, saya pun terus buat air buah ni... Alaaa senang je nak buat... Ambik isi koktel + buah laici + tembikai + susu cair + ais.. Lepas tu apa lagi.. terus makan jelah.. hihii.. Tapi macam saya yang tak minum ais ni, saya simpan dalam peti sejuk dulu, lepas tu baru minum... (",) ACTUALLY, APA2 BUAH PUN U ALL BOLEH LETAK... TAPI RUMAH SAYA ADA BUAH NI JE... hihi

Rasa dia sangat2 sedap hokay!!... Pada u all yang suka manis, bolehlah tambah gula or susu pekat sikit.. tapi saya tak suka, letak susu cair je memang dah sedap... Ohya, selain dari susu cair, u all boleh jugak guna susu segar... Eh, susu yang dalam kotak besar tu, panggil susu segar ke... lupa pulak.. hehehh

Nak kongsi satu tips dengan u all, biasa kalau saya buat air bandung, saya mesti letak jugak susu cair... rasa dia memang mabeles lah... lemak2 sikit... adehhh sedapnya... (",)

P/s : Dah terima cek kedua dari Exabytes 

tekan SINI untuk perkongsian bersama

Jumaat, 21 September 2012

Masih lagi ada rezeki dengan exabytes (^_^)

Alhamdulillah.. syukur pada Tuhan.. Sebelum ni saya pernah bagitahu u all yang saya dapat kontrak 3 bulan dengan exabytes kan.. kiranya, saya akan tempek iklan exabytes yang dekat bawah header saya tu selama 3 bulan lah... dengan bayaran RM45 untuk 3 bulan..

So, kontrak tu akan berakhir bulan ni.. Saya dah apply untuk renew contract lagi 3 bulan.. Alhamdulillah, saya dapat sambung... (",) Tapi kali ni, untuk 3 bulan, saya dapat RM50.. kiranya ada pertambahan RM5 lah dari sebelum ni... (",) Kalau sebelum ni, saya apply dengan UV 400++ sehari, kali ni, saya apply dengan UV 500++ sehari...

Ohya, Kalau ikutkan syarat dekat Exabytes tu, kita kena hantar print screen UV untuk tempoh sebulan, tapi saya hantar untuk tempoh seminggu je pun.. hihi Exabytes accept kira ok la kan.. (",) Jangan risau, status GLITTERATI kita dekat Nuffnang tu takkan terjejas..

Saya ni sajalah u all... cari income sikit2 untuk anak2 saya.. mana tahu kot2 sesak2 sangat nanti nak beli barang anak tak cukup duit, ada jugak duit boleh tampung.. hihii.. Alhamdulillah, duit yang saya terima hasil berblog selama ni, tak pernah saya guna untuk diri sendiri.. semuanya untuk alisha & adik2nya.. Cek Nuffnang yang pertama, saya belikan dia laptop mainan, cek yang kedua, saya beli basikal.. cek Nuffnang yang ke 3 & yang ke 4 + cek exabytes, saya belum guna lagi.. semuanya saya simpan dalam bank.. at least adalah simpanan untuk anak2 saya kan.. (",)

JIKA U ALL NAK APPLY JUGAK EXABYTES + NAK TENGOK SYARAT2NYA, KLIK SINI TAU (",)


tekan SINI untuk perkongsian bersama

Khamis, 28 Jun 2012

Alhamdulillah... rezeki dengan Exabytes.. (",)

Hari tu saya ada terbacalah entry yang Kak Aju & Kak Fieda apply iklan Exabytes ni.. bulan 3 or bulan 4 macam tu lah lebih kurang.. Tapi saya tak apply pun.. yela, time tu, dia nak UV MAINTAIN 300.. sedangkan time tu, UV saya 200++ je... memang tak layaklah kan... hehee (",)


Tapi baru2 ni, saya tergerak hati nak apply.. Bila tengok syarat.. UV HARIAN DAH UP KEPADA MINIMUM 350.. Alhamdulilah, UV saya mencukupilah untuk minimum UV tu kan... So, apalagi.. saya pun apply lah.. tak sangka dapat.. tu yang banner exabytes elok je menempek dekat bawah header saya tu.. hihii..

Ohya, iklan ni untuk contract 3 bulan je pun.. lepas tu kalau UV ok, bolehlah sambung lagi.. (",) Dia offer saya RM 45 untuk letak dekat header & RM 40 untuk sidebar (bayaran untuk 3 bulan).. Jadilah dari takda langsungkan... dapatlah tambah duit poket alisha selain Nuffnang.. heheh

Kalau u all pun nak apply.. u all just print screen statistik UV u all dekat akaun Nuffnang selama sebulan & send ke emel marketing@exabytes.com.my.. Keterangan lanjut klik SINI.. Ia tidak menjejaskan status GLITTERATI Nuffnang u all tau.. Itupun saya tahu sebab Kak Aju & Kak Fieda bagitahu(",)


Saya sajalah apply nak tempek iklan ni dekat blog.. yela, tak lama lagi, adik alisha nak lahir.. so, bila tempek iklan ni.. dapatlah income lebih.. kan nanti dah ada adik, duit hasil berblog ni alisha kene kongsi dengan adik dia pulak... hihii

P/s : Slow2 saya balas jejak u all yer... baru berkesempatan mengadap blog.. pagi tadi sibuk melayan alisha + buat kerja rumah.. (",)

tekan SINI untuk perkongsian bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...