Rumah kotak pokok krismas untuk anak umur setahun lebih

Baru ni saya share rumah kertas untuk anak solehah Alisha & anak solehah Aqilah kan.. Hari ni saya nak share pulak rumah kotak untuk anak solehah afrina... Rumah Afrina ni stail pokok krismas tu haa.. tak mampu lah saya nak buat rumah macam kakak2 dia.. bukan apa, saya risau kot nanti tercabut semua perabot yang ada.. maklumlah, perabot rumah kakak2 3D.. perabot rumah Afrina ni, saya tempek je terus di kotak, lagi senang... nak buat rumah mereka ni, kene fikir faktor usia jugak supaya rumah tu bertahan lama...


Macam Afrina ni, dia dapat rumah ni, terus dia buat main siap pegang & bawak lari rumah tu bila kakak dia nak tengok.. Habis tu gaya macam tu saya nak buat rumah guna kertas??... guna kotak ni lagi selamat.. Eh, awat dalam gambar ni pandangan tepi tu rumah tu nampak condong...?? hahhahha


First sekali saya potong kotak guna template yang saya dah siap print.. Ohya, saya guna kotak printer so dia lebih keras dari kotak2 biasa yang warna coklat tu.. lepas dah siap potong, saya cat guna watercolour... setiap keping kotak tu saya cat dengan warna berbeza tau tapi dalam gambar ni nampak macam lebih kurang je warnanya.. Bila saya dah siap cat, saya salotape kan setiap tingkat rumah tersebut.. Dah siap baru saya gabungkan menjadi rumah 3 tingkat bertemakan pokok krismas...


Atas sekali, saya buat tandas.. Ohya, susun atur perabut tu, saya main cincai letak je sebab nak cukupkan perabot dengan keluasan ruang... Perabot tandas paling sikit makanya dia kene duduk atas sekali sebab ruang paling kecik...


Di bahagian tengah, saya tempek perabot bilik tidur..


Bawah sekali dapur & ruang tamu... kalau u all teringin nak buat rumah untuk anak main masak2 ataupun main dengan anak patung mereka ke, u all bolehla try buat rumah ni haa... Macamana nak naik tingkat atas tu, boleh guna template tangga yang diberikan.. tapi saya ni malas la nak buat tangga2.. hahah


Ini pulak kertas perabot yang saya gunting2 & tempek dekat rumah kotak tersebut.. Kalau u all nak suruh anak u all warna sebelum tempek pun boleh.. terpulang dekat u all...

Ini yang saya buat tau, tapi kalau tuan empunya asal buat lagi cun melecun la... saya punya ni saya dah adjust mengikut tahap kerajinan saya.. Nak tengok rumah asal yang cunnnnn melecun KLIK SINI...



"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

5 comments.. read them below or add one

Chekgu Azrine Chekgu Azrine May 11, 2016
tq for sharing...rajin betul tau sesapa yang dpt mengajar anak2 dia buat aktiviti mcm ni
Mrs Velentine Mrs Velentine May 11, 2016
cantik nya...rajin kak ina...terbaek
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 11, 2016
amboi kemain cntik rumahnya..
PetakBunga PetakBunga May 11, 2016
kreatif jugak ni..
aktiviti dgn anak2
Unknown Unknown July 15, 2018
Assalamualiakum.Terbaik idea dan info puan..mohon kebenaran utk jadi idea puan u kami gunakan dan buat insyaallah..Utk disebarkan ilmu idea ni..tq