Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Pulau Pangkor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Pangkor. Papar semua catatan

Pemilik Resort yang bertimbang rasa (",)

Saya nak cerita dekat u all pasal resort yang saya tinggal ni.. Saya tinggal di Pangkor Bayview Beach Resort.. Resort ni berada di Teluk Nipah.. Kalau u all nak pergi pulau Pangkor, menetaplah di Teluk Nipah tau.. sebab senang untuk u all makan + beli apa2 barang macam baju ke, cenderahati ke.. apa2 je lah.. Lagi satu, dekat dengan pantai & macam2 aktiviti u all boleh buat dekat sana.. U all sendiri taulah apa aktiviti di pulau kan.. macam pusing pulau ke.. snorkling ke.. macam2 lagilah.. kalau u all pergi time orang tengah cuti.. memang meriahlah dekat Teluk Nipah... (",)

Pangkor Bayview Beach Resort ni dekat je dengan pantai... Jalan tak sampai 5 minit dah sampai.. hihii.. Kalau u all nak menetap di Pangkor Bayview Beach Resort.. Saya syorkan u all ambik bilik dekat bangunan batu tu.. Sebab pada mulanya, mereka bagi kami bilik yang macam rumah kayu tu (bilik standard).. First time tengok rumah kayu tu dari jauh, rasa macam terujalah.. cantik.. tapi bila masuk sendiri dalam bilik tu.. secara peribadinya.. saya rasa "Apa kes bilik macamni..?? Bayar ratus tapi bila tengok yang adooo.. better yang bayar puluh2 tapi cantik"... (saya dah banyak kali pergi Pulau Pangkor tapi menetap di resort lain)

Saya tanya my dear.. "Ok ke bilik ni??.. Nak tukar ke??.. tapi adik yang jaga kaunter tu bagitahu kalau nak tukar kene bayar lagilah.." My dear cakap.. "Ok je bilik ni.." Tapi saya tahu, dalam hati my dear tak berkenan dengan bilik tu, tapi sebab dia pikir kalau tukar bilik lain nak kena tambah duit lagi.. so, dia redha je la.. muahahahhahha.. Tapi dalam hati saya pulak rasa macam nak mintak duit balik je.. duk resort lain.. hahahaaa

Tapi u all tahu tak, tiba2 tengah2 my dear landing atas katil, my dear boleh cakap.. "Rasa rugi je sewa bilik ni.. bayar mahal".. hambikkk.. tadi kata ok.. hihiii... Saya pun apa lagi.. sepantas kilat terus pakai tudung semula & pergi dekat kaunter.. kebetulan time tu ada 2 orang lelaki.. saya bajet lelaki tu baru nak check in lah kot.. Saya tanya adik yang jaga kaunter tu.. "Semua bilik standart dekat sini sama ke?.. Pintu semua merekah ek?.. Orang dari luar boleh skodeng apa yang kita buat dalam bilik ek?".. Lepas tu adik tu cakap.. "Kalau akak nak bilik lain, akak kene tambah duitlah".. Sepantas kilat saya jawab.. "Saya kalau boleh taknak tambah2 duit lah"...

Tiba2 salah seorang lelaki yang saya sangkakan nak check in tu, terus bersuara.. "Duduk bilik mana".. saya bagitahulah "Bilik standard".. pastu dia cakap.. "ooo bilik standard.. patutlah.." lepas tu dia bagitahu adik yang jaga kaunter tu "Bagi dia bilik no ***"... haaa kan dah dapat tukar bilik baru tanpa dikenekan apa2 bayaran tambahan.. hihii.. Bilik yang dia bagi ni, oklah.. macam hotel dah.. besar + cantik.. puas hati.. barulah saya rasa berbaloi.. kikii

Ohya, disebabkan kami pergi hari orang bekerja, dia hanya bagi RM100 untuk semalam
 (sepatutnya semalam RM105).. so, 2 malam RM200 lah.. Tapi kalau u all pergi hari cuti.. harga dia makin mahallah.. emmm saya pelik gak sebab walaupun masa hari PH hari pekerja tu, dia tetap bagi RM100.. kalau ikutkan harga hari cuti umum RM160... Tapi tu la, seperti yang saya cakap sebelum ni.. kelebihan bercuti di hari orang bekerja.. hihiii

Bilik standard yang kami dapat lepas komplen.. sangat2 memuaskan hati.. alaa macam dekat hotel la.. u all biasa tidur hotel kan.. u all mesti tau (",).. Apa2 pun, saya sangat berpuas hatilah.. sebab pemilik @ pekerja dia tu mampu bertolak ansur + utamakan pelanggan dia... macam ni lah baru saya rasa seronok nak pergi tinggal dekat situ lagi.. hihi.. Nak tengok gambar bilik yang saya tidur... KLIK SINI lepas tu klik ROOM TYPES...   Walau pada hakikatnya saya teringin nak duduk dekat bilik yang jenis kayu2 tu.. yela, barulah dapat rasa lebih syok.. ala2 kampung gitu.. tapi, bila jadi camni, rasanya.. bilik macam hotel lebih better...

Harga Bilik Pangkor Bay View
Jenis
Bilik
Isnin-KhamisCuti Sekolah / Jumaat-AhadCuti
Umum
Standard RoomRM105RM125RM160
Deluxe RoomRM130RM160RM220
Family RoomRM150RM180RM240
*Harga Bilik TERKINI untuk tahun 2012*.. SUMBER

Kalau u all nak sewa motor pusing2 pulau.. boleh je sewa dengan resort tau.. mereka ada sediakan.. RM30 sehari..

P/s :Saya memang suka bekerjasama dengan mereka yang bertolak ansur macam ni.. so, ada rezeki, InsyaAllah lenkali boleh sewa Pangkor Bayview Beach Resort ni lagi.. (",)

Dinner malam kedua di Pulau Pangkor..

Yeayyy... cerita di pulau Pangkor dah habis.. seronoknya saya... hehhehe... Malam kedua pun kami dinner di kedai makan yang sama jugak.. (",)..


Kami 2 beranak yang sempat posing sementara tunggu makanan sampai.. (",).. Nampak tak, jerawat Pulau Pangkor dah tumbuh di tepi bibir ibu alisha.. kikikii


Kami order sotong bakar.. ohya, kalau u all pergi Pulau Pangkor, make sure u all tanya harga sebelum order tau.. sebab ada kes, makan 4 orang tapi kene bayaran RM700.. (ini kes lama.. kedai tu pun dah tutup).. Macam sotong ni pulak.. ada lagi satu kedai tu.. sotong siap bakar RM15.. tapi kedai yang kami pergi ni, sotong siap bakar RM10.. Sotong di kedua2 kedai ni, takda beza dari segi saiz pun.. semua kecik + sama banyak je.. mereka dah siap2 letak dalam pinggan...


5 ekor sotong yang dah siap dibakar.. sos yang atas sotong tu.. memang sedap yang amat hokay!!.. teringat2 sampai sekarang..hihii


Selain dari sotong bakar, kami order kerang + sup ayam.. Kami ingatkan sup ayam tu.. sup yang biasa kita makan tu.. rupa2nya, sup dia guna kiub maggi tu.. adoiii... dahla RM7 semangkuk.. takpalah.. sekali sekala kan..


Hari kedua, saya order nasi goreng kampung pulak..


Tengoklah alisha tu.. bukan main luas nganga mulut.. hihii... adik yang tukang hantar nasi tu letak je nasi atas meja, terus alisha tarik nasi goreng tu depan dia & terus ngap.. kikikiii


Habis sampai ke pipi nasi..hihii.. Total malam kedua cuma RM32.. (",).. Percutian yang seronok... Pssttt actualy ketika kami nak pergi bercuti ni, boss my dear dari KL nak datang Sungai Petani, so, semua orang tak boleh cuti tapi my dear bagi alasan "Isteri saya mengidam nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor".. hahahahaa.. Terus dapat pelepasan.... Yeayyyyy nampaknya my dear dah bagi idea, 3rd pregnant saya harus mengidam nak bercuti lagi.... hoorrraayyyyyyyyyyyyy... kikikii

P/s : Kami pergi salah masa sebab time hujan, so, kami banyak habiskan masa dalam bilik + jalan2 kat pantai je.. tak boleh nak pusing2 pulau... Kota Belanda pun tak sempat pergi..

Yeayy.. alisha berjaya membuktikan yang dia tinggi... kikikiii

Hahahhaha tinggilah sangat... kikikiii... Sebelum u all layan gambar.. nak cerita sikit... biasanya, kalau makcik2 tengok alisha, mesti cakap alisha ni nanti akan jadi seorang yang tinggi + kurus macam ibu dia jugak.. Kadang tu pulak, bila mereka tengok tapak kaki alisha pun, mesti cakap.. tinggi alisha ni bila besar nanti.. Ohya, kaki alisha jenis yang panjang & kurus tau.. Actually tu tapak kaki saya tu.. dah menurun kat alisha.. hahahha... dulu masa saya kecik2, makcik2 selalu tegur tapak kaki saya.. kui kui kui...

Tapikan u all, saya tak rasa alisha ni tinggi pun bila dia berdiri bersama2 dengan budak2 sebaya dia.. nampak dia yang paling rendah.. ahhahhaha.. tapi tak tau la, kot sekarang rendah.. makin remaja makin tinggi... Kalau ikutkan keturunan sebelah saya, memang semuanya jenis kurus tinggi... tapi ada jugak yang rendang je.. macam adik saya.. hahha.. tu pun sebab dia ikut arwah cik @ nenek saya di terengganu...

Kalau u all nak tahu kan, family saya di Terengganu.. majoriti semua jenis kurus + tinggi tapi bukan kurus kering macam saya.. kiranya berat badan yang ideal dengan tinggi merekalah.. Yang lelaki pulak, kalau saya rasa my dear dah tinggi tapi kaum kerabat saya yang lelaki di Terengganu.. lagi tinggi.. semuanya melebihi 170cm.. termasuklah adik lelaki saya.. sebabnya arwah ayah cik @ atuk, seorang yang sangat tinggi.. sampai kasut nak pergi Mekah pun kena tempah...hihi

Alamakkkk mukadimah terpanjanglah pulak.. adehhh.. Jom layan gambar alisha.. hihihii


Alisha sedang dicabar untuk menyentuh tali putih tu.. hihii



Alisha seorang yang pantang dicabar terus sahaja pergi ke arah tali tersebut..heheh... Sedang cuba memegang tali tu siap kene dongak lagi kepala.. heheh


Hampir berjaya memegang.. tangan harus dipanjangkan sikit lagi.. kikikii


Yeayy alisha mendapat tepukan dari ibu tersayang.. hehehhe... Alisha berjaya buktikan dekat ibu & abah yang alisha dah jadi tinggi sebab makan calciyum.. muahhahhahha

P/s : Tali tu bukan tinggi beria pun.. gaya je lebih.. hahahha

Kamu nih bagus sangatlah anak oiii...

Sebelum ni saya pernah cerita dekat u all.. yang alisha ni bila keluar berjalan je mesti macam ala2 "menantu pilihan"... Tapi saya tak sangka la pulak, sampai ke tempat percutian pun dia baik2 macam tu jugak...  Macam dalam van ni haaa... Ohya, van ni akan berada di jeti Pulau Pangkor tau.. so, bila u all sampai sana, boleh naik van @ teksi ni... kalau dari jeti nak ke Teluk Nipah @ tempat penginapan kami, kami dikena bayaran RM15...


Saya ni haaa yang xcited terlebih naik van ni.. tapi alisha diam2 je duduk.. adehhh...


Pada mulanya saya imagine mesti alisha nak duduk dekat tepi tingkap ke.. berdiri ke.. nak duduk atas saya ke.. atas abah dia ke... tapi tidak sama sekali..!!


Dia boleh duduk diam2 je dekat tempat duduk dia tu.. alahaiii...sopan betoi anak dara ni.. ahhahha


Alisha bila nak jadi kakak ni, dia makin tunjuk kematangan dia.. dekat rumah pun tak banyak karenah.. aktiviti memanjat pun dah takda.. tapi banyak aktiviti main dengan patung bear or bunny pink dia tu... hihii.. macam dah tunjuk ciri2 ready jadi kakak kan alisha ni... (",)

Ohya, gambar 2 keping atas tu, masa kami baru sampai & 2 keping bawah tu, masa kami dah nak balik... Yap, baju alisha memang banyak warna pink yer.. kikikiii... Pada yang bertanya, Yap, saya tak dapat izin my dear untuk publish sebarang gambar dia (thats y watermark kene letak dekat muka my dear...hahhahhaha).. rasanya dah 3 4 bulan kot, gambar my dear takda dalam mana2 entry saya.. Jika u all nak tengok.. godek2 lah entry yang lama2 yer.. hihii

P/s : Bagi saya masa untuk terjah u all.. Broadband saya dah habis limit.. sesak nafas nak blogwalking jawabnya.. adehhh

Alisha tak heran dengan main ombak sebab alisha ada kolam renang..! (^_^)

Syukur sangat sebab kami tergerak hati nak booking resort yang ada kolam renang... Ohya, di Pulau Pangkor, kami tinggal di Teluk Nipah tau.. Dekat Pangkor Bay View Resort.. Ini satu2nya resort yang ada kolam renang di Teluk Nipah.. dekat area lain tu ada je kolam renang.. tapi kalau kat teluk nipah, Pangkor Bay View Resort je lah yang ada..

Saya ambik gambar kolam renang ni dari dalam bilik.. kiranya bilik kami sebelah kolam renanglah...kikii

Ikutkan sebelum ni, kami nak ambik resort lain.. harga dia pun murah sikitlah.. tapi tu la, di saat2 akhir kami tukar.. DIA gerakkan hati kami sebab DIA tahu yang alisha takkan main air dekat pantai.. (",).. 


Lepas kami balik dari melihat ombak yang mengganas tu, kami terus terjun kolam.. hahahha.. Ohya, hari pertama kami dekat resort ni, alisha mula2 takut gak.. tapi last2 dia pulak yang ajak kami mandi kolam.. hahahhahhah.. Thats y alisha tak heran dengan air kat pantai.. sebab dia nak mandi air kolam.. demand nih!!... hahhaha

 Saya yang konon2 nak ajar alisha berenang.. Walaupun hakikatnya, saya yang tak pandai berenang.. muahahhahha..

 Tapi oklah, 2 hari kami mandi kolam, alisha dah mula pandai kibas2kan kaki dia tu.. ala2 nak berenanglah konon.. rugi betoi rasanya sebab saya tak beli pelampung yang letak dekat tangan tu.. adehhh... 


Air dekat kolam kanak2 ni cetek je.. U all tengok gambar atas tu.. actually alisha tengah berdiri.. air tu paras dada alisha je pun... Alisha pun ada jugak pergi mandi dekat kolam renang bahagian dewasa tu tau.. tapi takdalah gambar.. dah kalau kami 3 beranak semua berendam... sape yang nak ambik gambar kan.. hehehh

Walaupun kami tak banyak lakukan aktiviti di sana sebab hujan, tapi saya happy sebab dapat luangkan masa bermutu kami 3 beranak.. (",) Kami memang suka pergi bercuti ketika hari orang bekerja sebabnya kami jenis yang tak suka terlalu sesak.. so, percutian kami tu enjoylah sebab tak banyak gangguan + tak perlu berebut.. paling penting, harga semuanya jadi murahlah.... hihii

Ini cara 'kamu' tackle Alisha yer...

Seperti yang saya dah ceritakan semalam.. Alisha kan takut ombak.. So, pada hari kedua kami di Pulau Pangkor, saya bajet mesti alisha akan suka jugak main air + saya akan 'paksa' jugak dia main dekat kaki2 air tu.. kikikiii


Tapi bila kami sampai dekat pantai tu.. ombak kuat + air pasang.. so, nampak gayanya, memang alisha takkan main air jugaklah jawabnya.. Lagi dia takut adalah... Ohya, hari kedua kami di pulau pangkor.. hujan tau.. ni pun kami redah je hujan, tu pun sebab hujan renyai2..


Air ombak ni naik sampai ke atas pasir tau.. makin lama, kawasan pasir makin sikit... makin tinggi air tu naik..


Secara peribadinya, saya sendiri pun semakin takut tau.. kalau alisha lebih lah lagi.. ombak dia sangat kuat.. Untuk pengetahuan u all.. buai yang kena ombak dekat hujung tu, sepatutnya, dekat situ takda air pun tau.. Saya yang tengok my dear dari jauh main ombak dekat buai tu, rasa sangat seriau.. sebab saya takut my dear kene tarik dengan ombak.. hihii


U all bayanglah.. saya yang duduk atas pasir tu je pun, air ombak boleh terjah sampai ke muka... menangis alisha.. kalau u all ada time ni, mesti u all pun paham apa yang saya nak sampaikan tentang ombak yang mengganas ni.. Kami duduk dekat pantai ni tak lama pun.. yela, air naik dengan sangat cepat.. so, kami balik bilik je lah jawabnya...




Kalau time air tak pasangkan, dekat batu2 ni, kita boleh pergi main tau.. tapi dah air pasang.. takda maknanyalah...


Sebelum kami balik bilik.. my dear sempatlah bagi alisha kene air sikit.. tu pun sebab air ombak tu dah menghampiri kami yang dekat atas pasir tu haaa... bukan main kuat lagi alisha pegang abah dia.. tu pun sekejap je.. lepas tu dia menangis suruh saya dukung.. taknak abah dia dukung dah.. takut abah dia ngelat dengan dia.. hahhaha.. 

So, kesimpulannya... inilah cara ombak tackle alisha.. kalu air ombak tu tenang, alisha tak berani nak pergi dekat dia.. last2 dia tunjuk kehebatan dia, biar dia sendiri pergi dekat alisha... kikikii... Boleh ibu alisha buat kesimpulan gitu... muahhahah

P/s : Hari ni saya dapat lagi 2 BE untuk blog IntaNBerliaN GA & Contest (BE ke 7 & 8 tahun 2012, BE ke 31 & 32 sepanjang berblog).. Nampak gayanya, everyday kene update blog tu la, walaupun satu GA je satu hari yang saya join... (",)

Dinner di Pulau Pangkor diiringi deruan ombak yang menghempas pantai... cewahhh ayat.. muahahaaa

Suke sungguh saya pergi makan dekat Pulau Pangkor ni.. bukan apa... bak kata tajuk entry saya tu... "diiringi deruan ombak yang menghempas pantai".. hahaa.. Ini adalah dinner kami pada malam pertama di pulau pangkor... (",)



Muka Alisha yang sabar menanti kehadiran makanan... walaupun perut dah mula berdangdut.. hihii


Pssttt.. nampak tak rambut alisha yang curly tu.. hihii.. actually rambut alisha ni jenis lurus bahagian atas & kerinting bahagian bawah.. Ini sebenarnya rambut idaman saya ketika mengandungkan alisha..hehehee.. Tak sabar2 nak tunggu rambut alisha panjang.. nanti bolehlah yang kerinting tu melepasi bahu.. (^_^)


Minuman untuk kami bertiga.. Saya punya air Lai Chi Kang suam.. my dear kopi, alisha air suam.. hahahaaa... takda maknanya Alisha nak minum air suam kalau kami berdua minum air yang best2.. kikikii


Last2 my dear mintak gelas plastik untuk isi sikit air kopi bagi alisha rasa kepahitan kopi tu.. ehhehhe


Lepas alisha dah sedut air kopi yang abah dia bagi, tiba2 dia teringin pulak nak minum air ibu dia tu haa... hihii.. Tengoklah tu, sampai my dear nak ambik gambar kami berdua pun, alisha tak layan yer.. lebih kusyuk melayan kenikmatan air ibu dia tu... hehhe

Ohya, abaikan muka saya yang terpampang jerawat tu yer.. maklumlah, muka tanpa secalit bedak.. lepas mandi, solat, pakai tudung, terus pergi makan... orang malas macam saya ni biasalah.. takda maknanya nak berbedak or berkrim2 di malam hari yer... hahahha


Inilah lauk yang kami tunggu2.. akhirnya sampai jugak.. IKAN BAKAR... SEDAP YANG AMAT HOKAY!! Tambah2 lagi angin sepoi2 bahasa + deruan ombak tu.. daripada tak sedap pun boleh jadi sangat sedap.. pendek kata, betoi2 menikmati makanan tu la..hehhe


Kami order 3 jenis lauk je pun.. Ikan bakar, tomyam & sayur.. nasi 2 pinggan.. Total makanan kami malam pertama di pulau pangkor adalah RM52.. Tak tahulah nak cakap mahal or tak.. tapi maybe standart kot untuk harga di tempat percutian macam ni.. thats y lah nak kene kumpul duit baru boleh pergi bercuti..hahahhahha

Rahsia alisha kini terbongkar..!!

Firstly, TAHNIAH pada peneka yang terpantas mengomen & bagi jawapan yang tepat tentang apa yang alisha takutkan.. (",).. Yap, Alisha takut OMBAK..!! So, sekarang saya nak bongkarkan rahsia alisha ni..hahhahah.. Baru saya tahu alisha takut ombak.. selama ni saya ingat semua budak2 akan suka bila tengok ombak + dapat main air.. tapi rupanya telahan saya silap sama sekali..hihi


 Hari pertama sampai di Pulau Pangkor.. berjalan sambil dipimpin oleh abahnya.. niat kat hati konon nak pergi main air ombak lah..hihi


Tak menahan siap bergaya spek mata hitam + galas beg..muahhahhah... actually beg tu ada tuala alisha je pun.. yela, kata nak main ombak kan.. so, saya bajet tak nak bagi alisha terketar2 pas main air.. bolehlah lap2 badan dia kan.. sekali nan ado...


Sesi mengenalkan alisha dengan air + ombak di pulau pangkor.. baru kenai2kan dari jauh je pun.. belum lagi bagi dia sentuh2 air tu... tapi last2..


Dia boleh pulak pergi lari dekat saya tu haa... adehhh.. ingat ke dia akan excited..huhuu.. 

Ohya, iklan jap.. pssstt... peyot saya ada nampak macam orang tengah mengandung menghampiri 4 bulan tak??.. sampai sekarang orang tak tahu saya mengandung kalau saya tak inform... tengok dari tepi pun perut tak besau lagi.. tengok dari depan pun perut tak besau lagi.. harapkan baju je besau.. hahhahah.. Actually, kaum kerabat saya masih ramai tak tahu saya pregnant.. yang tahu hanya family my dear + family saya + u all..


 Continue cerita alisha semula..hihii.. Bila dia dah datang dekat saya.. saya konon2 tarik semula tangan dia untuk menghampiri ombak tu.. tapi tengoklah tu.. dia boleh tarik semula tangan saya.. Dah ala2 main tarik tali pulak gayanya..hihihii


Sian alisha.. nampak tak muka orang yang takut tu.. siap menangis lagi.. adoii... sayang... sayang... macamana lah nak pergi pulau lagi pasni.. (",)... 

Ohya, alisha ni sebenarnya, bukan setakat dekat ombak ni je dia takut tau.. dekat atas feri.. dibahagian atas.. yang saya bagitahu u all dekat boleh ambik angin original pulau pangkor tu pun.. dia takut tau.. dia hanya duduk tengah2 feri je.. nak ke tepi, ala2 nak tengok ke bawah tu.. tak mungkin lah.. dia takut.. siap dia panggil suruh lari + bising2 dekat sorang budak yang berdiri tepi feri..hahahhah.. konon2nya ala2 nak bagitahu "jangan berdiri dekat situ.. bahaya.." kikikii... Jangan tak tahu.. abah alisha pun siap kena bising2 dengan alisha sebab abah alisha pergi main ombak... adoiii lahhh anak ibu ni.. bagus betoi.. begitu prihatin.. hihii

Nak u all teka.. apa yang alisha takutkan dalam gambar ni.. (^_^)


Sebelum saya sambung lagi cerita tentang percutian kami di Pulau Pangkor.. saya nak u all teka gambar dekat atas tu.. Time ni 1st day kami di sana.. kira baru je nak pergi jejak pasir + main2 airlah ni.. hihihii

Dalam gambar dekat atas tu, alisha tengah lari dari "tuttt" tau.. alisha takutkan "tuttt"... So, saya nak u all teka.. apakah "tuttt" yang saya maksudkan tu... situasi dia.. u all pun tahu lah bila dah tengok gambar dekat atas ni kan.. (",).. Ini adalah kali pertama alisha ke pulau.. & baru first time jugak tengok "tuttt"..  

U all agak2lah kalau pergi main air di pulau.. apa yang u all akan nampak... imagine anak u all lah senang..hihii.. Kalau kita, maybe teruja tapi anak2 yang baru first time... takut la pulak.. hihii



Saya mencari orang pertama yang dapat teka dengan betoi.. Saya akan bagi dia FM seperti gambar dekat atas tu.. (",)

P/s : Petang nanti nak pergi klinik ibu & anak... berdebar2 untuk mengetahui result ujian darah untuk TIROID saya tu... Redha je la apa yang doktor akan bagitahu nanti....

Mengubat kerinduan u all dekat Alisha... (^_^)

Adehhh... tajuk tak menahan.. bajet ada yang rindu nak menatap wajah alisha.. ahhahhahah... Selepas beberapa hari takda cerita Alisha, so, saya mulakan hari ni dengan aksi alisha ketika di atas feri dari Lumut nak ke Pulau Pangkor.. (",)


Time ni berada di tingkat atas feri.. dekat luar.. kiranya time feri tu gerak, bolehlah merasai hembusan angin pulau pangkor.. cewahhh... hihii 


Alisha sedang termenung sambil berpikir ke manalah ibu & abah dia nak bawak dia pergi ni..hihi


Time ni, kami dah masuk dalam feri.. dalam feri ada aircond tau.. so, takdalah dapat merasa angin original.. cuma dapat tengok air yang terbentuk cantik sebab dilanggar feri..hihii.. Ohya, gambar tu, Alisha sedang bercerita.. siap dengan gaya tangan lagi hokay... hahhah.. Ni kes, saya dah turunkan ilmu kat alisha la ni.. dah kalau ibu pun cakap tangan siap bergaya.. mahunya anak tak mengikut...muahahhaha



Saya letak alisha atas kerusi tapi dia nak panjat balik kerusi tu.. yela, dia nak tengok pemandangan dekat luar feri tu.. tapi saya dah malas nak berdiri..hahhah


Tapi saya tetap jugak layan kehendak alisha.. Tu, mata dia tengah tengok air yang sedang berkocak sebab feri langgar la tu.. kikikikii... Alisha ni.. dia suka bercerita tau.. bila tengok bot nelayan pun dia bercerita dekat saya.. tengok air pun cerita kat saya.. tapi cerita ikut bahasa dia lah kan... Apa yang dia tengok, semua dia cakap cantik.. hihihii


 Gambar ni pulak, kami dah nak balik.. dalam feri jugak.. dari jeti Pulau Pangkor, nak ke jeti Lumut.. Percutian di pulau yang membuatkan kulit saya jadi 'hangus' lah... kering lah.. jerawat pun makin banyak tumbuh...hahahhahha... Tapi tak kisah sebab dapat habiskan masa yang berkualiti kami 3 beranak... (^_^)


Horrayyyyyy alisha dah nak balik rumah... Bukan main seronok lagi alisha nak balik sebab dia tak perlu takut lagi dengan "TUTTTT"... Opsstttt... tak boleh inform lagi alisha takut apa, sebab nanti nak tunjuk gambar & nak suruh u all teka.. hihii
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...