Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Holiday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Holiday. Papar semua catatan

Minum petang di Boh Tea Centre Sungei Palas

Time dekat LADANG TEH BOH SUNGEI PALAS tu, kami pun tak ketinggalan minum petang kat sana.. tapi saya & my dear tak makan sangat pun... beli untuk anak2 je... layan tekak dorang.. time ni saya lebih lapar nasik...


Kek Strawberry untuk Alisha manakala roti tu untuk Aqilah... waktu ni dah petang so makanan pun dah tak banyak...


Mula2 kan, saya ingatkan mahal tau makanan kat sini.,.. rupanya standard macam kat bawah je... Kek strawberry tu kalau tak silap RM7 manakala roti tu RM3... harga dia jauh lebih murah dari BHARAT TEA PLANTATION, CAMERON HIGHLANDS.. kat Bharat Tea tu kan, time saya tengok tu, harga semuanya atas dari RM5 tau.. walaupun hanya sekadar roti.. 


Actually, masa saya singgah dekat BHARAT TEA tu, saya ingatkan ia lebih murah dari LADANG TEH BOH sebabnya BHARAT TEA ni tempat dia taklah secantik LADANG TEH BOH.... tapi rupa2nya "pandangan pertama" saya adalah silap....!


Makanan dekat sini sedap jugaklah.. Ditambah plak waktu hujan.. so, perut mulalah lapar kan... Last2 saya g beli lagi butter cake...


Time2 kami makan tu, matahari dah muncul tapi tetap jugak hujan tau.. renyai2 je la tapinya..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Lavender Garden di Cameron Highlands yang sangat cantik..!!


Kalau u all pergi Cameron Highlands, u all mesti singgah dekat LAVENDER GARDEN ni tau... Tepi jalan je.. confirm u all akan perasan la kalau u all naik dari Simpang Pulai.. Tempat ni kalau tak silap, 2 km je dari BHARAT TEA.. Tempat dia sangat2 cantik..!! Drama pukul 1 tengahari di TV3 sekarang ni pun ada shoot dekat sini tau... Lupa plak saya tajuk drama tu time taip entry ni.. haihhh


Bayaran masuk dia RM5 untuk dewasa.. untuk kanak2 lupa la plak saya... tapi yang pasti untuk umur Alisha & Aqilah ni FREE...







Pemandangan dekat LAVENDER GARDEN ni cantik sungguhla u all... Dengan bunga2 yang ada tu.. alahaiiii...


Kat kereta ni pun ramai orang posing tau... Kereta ni pun cantik dengan background putih pastu dot dot purple... warna lavender la kiranya...


LAVENDER GARDEN ni macam bertingkat2 tau u all... Tingkat pertama ada bunga2 & jual2... pastu tingkat lain plak ada jual cenderamata.. tingkat paling atas ada cafe..



Ohya, tingkat paling atas tu, ada tempat yang tanam2 bunga macam gambar atas ni tau... yang ni kita boleh pegang bunga dia... kalau dekat bawah tadi, yang ada bunga lavender tu... dilarang sentuh.. lagipun dalam pagar...


Haa lagi satu, lupa plak nak cite, kalau u all nak petik sendiri buah strawberry pun boleh... ni tingkat atas sekali... berapa RM untuk masuk kutip buah strawberry tu saya tak pasti la plak.. malas nak tanya sebab dah tau mahai... hahha... Sebab sebelum tu, kami ada singgah satu tempat, konon nak petik sendiri, sekali rupanya kene bayar RM30 untuk 2 orang masuk pastu boleh petik strawberry setengah kilo je... baik saya terus beli yang dorang petik, lagi jimat.. ekekekke


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Terengganu nantikan kepulangan kami...

Esok adalah saat yang ditunggu2... Esok kami sekeluarga akan balik TERENGGANU...!! Tak sabarnya rasa nak balik... setahun sekali je kami balik Terengganu ni tau... tu yang excited dia lain macam... Terengganu ni negeri kelahiran saya... Semasa di Terengganu saya duduk dekat Kuala Ibai... Bersekolah dekat Sekolah Pusat Kuala Ibai.. Sekolah menengah dekat sekolah Sultan Sulaiman... Intro dah gaya macam sesi memperkenalkan diri pulak dah... hahahha... Eh, ada antara u all yang baca entry ni satu sekolah or satu kampung dengan saya di Terengganu tak?... Kalau ada, sila2 lah kenalkan diri yer... mana tahu kot2 kita pernah berkawan ketika di Terengganu dulu... Boleh jejak kasih... wahh gitu... (^_^)

Ohya, bila saya bercuti ni, u all datang jugak blog saya tau... takyah nak tunggu saya share link entry dekat FB sebab ianya takkan berlaku time saya bercuti ni... terus je datang tau... Gigih saya karang entry untuk buat auto publish dari hari khamis hingga hari selasa... Sabtu & Ahad takda entry baru yer... saya dah siapkan 2 3 entry sehari... Pada u all yang kirim saya rempah gulai cap bunga ros, InsyaAllah saya akan beli nanti... kalau ada lagi antara u all yang nak, boleh gtau saya sebelum esok yer.. Time bercuti nanti, maybe saya takda masa nak tengok blog.. tapi kalau setakat FB & emel tu, InsyaAllah la saya layan jugak... yang tu kene on sebab takut ada orang order EPHYRA... muahhahha

InsyaAllah pukul 7 pagi esok kami akan gerak dari Sungai Petani... Parent saya akan gerak dari Chemor... kami akan bertemu dekat perhentian highway gerik... Apa2 pun, doakan moga perjalanan kami semua selamat yer u all... Take care... Jangan lupa singgah blog saya walaupun saya bercuti... (^_^)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

2 beradik yang excited dengan tab mandian


Masa kami pergi Cameron Highlands minggu lepas, kami tidur dekat HOTEL ROSA PASSADENA... dekat betul2 pekan Brinchang... Dalam bilik yang kami ambik tu, ada TAB MANDI tau... Si anak solehah 2 beradik ni, bila bukak je bilik mandi, bukan main excited tengok tab mandian tu.. hahhah.. Maklumlah, rumah sendiri takda tab camgitu... tab yang nak mandi baby tu adala... kikikiii


Yang paling seronok mestilah Alisha... U all bayanglah, tak kira waktu, kalau boleh nak mandi je keje dia... Sikit2 cakap "Ibu, kakak nak mandi"... Padahal nak main air dalam tab tu je pun... Layan kan je la... tidur pun semalam je dekat situ, nanti dah balik rumah, mandi air dari kolah tu je haa... hihi... Sebelum pergi sana, saya memang kalau boleh nak cari hotel yang dalam bilik ada TAB MANDIAN & BREAKFAST... bukan pe, sebab dah tahu anak saya ni suka tab camgitu... so, alang2 nak bawak mereka bercuti, baik cari bilik yang ada tab kan... saya pun seronok tengok anak2 happy... (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Budak kecik yang berlagak besar


Tengoklah tu, si kakak Aqilah... Sibuk nak bawak barang jugak.. Kami nak bawak dia tak bagi.. 


Last2 kami ibu bapa dia ni berlenggang, dia yang terkedek2 bawak barang.. hihi


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Baju sejuk kanak2

Finally Alisha & Aqilah ada baju sejuk sendiri... hihi... Dah lama saya teringin nak beli baju sejuk budak2 ni... Sebabnya saya suka tengok budak2 pakai baju sejuk, nampak comel sangat... Hari Rabu baru ni, tertunailah hajat saya tu.. ahhah.. Wah, hajat saya ok, bukan hajat anak2... hihii


Yang warna pink tu, Alisha punya, harga dia kalau tak silap saya, RM36.90 & Aqilah punya warna soft pink dah dekat2 nak jadi warna peach.. harga RM23.90... ... Saya pergi beli dekat CMART..


Excited bukan main 2 beradik ni dapat baju sejuk... Aqilah sampai tak nak bukak... ahhah Dorang tu excited sebab ada hoodie.. 


Ohya, tujuan kami beli baju sejuk untuk budak bertuah 2 orang ni, sebab kami nak pergi bercuti Cameron Highlands... Yeayyyy... Ibu dorang yang excited terlebih... muahahaa... Padahal pergi bukan lama pun.. hujung minggu depan, 2 hari 1 malam je... (^_^) Bukan apa u all, rasa seronok sebab sejak kawen, ni baru pertama kali nak pergi sana dengan suami & anak2... Bawak anak2 bercuti @ berjalan ni, antara aktiviti tahunan wajib kami... 2 minggu selepas pergi Cameron, InsyaAllah kami akan balik Terengganu pulak... Terengganu ni tak payah cakapla kan... kalau u all pembaca blog saya mesti tahu tiap2 tahun saya akan balik negeri tumpah darah saya ni kan...

P/s : 2 gambar terakhir tu guna hp murah saya yang takda flash tu yer... sebab tu gelap semacam (^_^)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Dinner malam kedua di Pulau Pangkor..

Yeayyy... cerita di pulau Pangkor dah habis.. seronoknya saya... hehhehe... Malam kedua pun kami dinner di kedai makan yang sama jugak.. (",)..


Kami 2 beranak yang sempat posing sementara tunggu makanan sampai.. (",).. Nampak tak, jerawat Pulau Pangkor dah tumbuh di tepi bibir ibu alisha.. kikikii


Kami order sotong bakar.. ohya, kalau u all pergi Pulau Pangkor, make sure u all tanya harga sebelum order tau.. sebab ada kes, makan 4 orang tapi kene bayaran RM700.. (ini kes lama.. kedai tu pun dah tutup).. Macam sotong ni pulak.. ada lagi satu kedai tu.. sotong siap bakar RM15.. tapi kedai yang kami pergi ni, sotong siap bakar RM10.. Sotong di kedua2 kedai ni, takda beza dari segi saiz pun.. semua kecik + sama banyak je.. mereka dah siap2 letak dalam pinggan...


5 ekor sotong yang dah siap dibakar.. sos yang atas sotong tu.. memang sedap yang amat hokay!!.. teringat2 sampai sekarang..hihii


Selain dari sotong bakar, kami order kerang + sup ayam.. Kami ingatkan sup ayam tu.. sup yang biasa kita makan tu.. rupa2nya, sup dia guna kiub maggi tu.. adoiii... dahla RM7 semangkuk.. takpalah.. sekali sekala kan..


Hari kedua, saya order nasi goreng kampung pulak..


Tengoklah alisha tu.. bukan main luas nganga mulut.. hihii... adik yang tukang hantar nasi tu letak je nasi atas meja, terus alisha tarik nasi goreng tu depan dia & terus ngap.. kikikiii


Habis sampai ke pipi nasi..hihii.. Total malam kedua cuma RM32.. (",).. Percutian yang seronok... Pssttt actualy ketika kami nak pergi bercuti ni, boss my dear dari KL nak datang Sungai Petani, so, semua orang tak boleh cuti tapi my dear bagi alasan "Isteri saya mengidam nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor".. hahahahaa.. Terus dapat pelepasan.... Yeayyyyy nampaknya my dear dah bagi idea, 3rd pregnant saya harus mengidam nak bercuti lagi.... hoorrraayyyyyyyyyyyyy... kikikii

P/s : Kami pergi salah masa sebab time hujan, so, kami banyak habiskan masa dalam bilik + jalan2 kat pantai je.. tak boleh nak pusing2 pulau... Kota Belanda pun tak sempat pergi..

Kamu nih bagus sangatlah anak oiii...

Sebelum ni saya pernah cerita dekat u all.. yang alisha ni bila keluar berjalan je mesti macam ala2 "menantu pilihan"... Tapi saya tak sangka la pulak, sampai ke tempat percutian pun dia baik2 macam tu jugak...  Macam dalam van ni haaa... Ohya, van ni akan berada di jeti Pulau Pangkor tau.. so, bila u all sampai sana, boleh naik van @ teksi ni... kalau dari jeti nak ke Teluk Nipah @ tempat penginapan kami, kami dikena bayaran RM15...


Saya ni haaa yang xcited terlebih naik van ni.. tapi alisha diam2 je duduk.. adehhh...


Pada mulanya saya imagine mesti alisha nak duduk dekat tepi tingkap ke.. berdiri ke.. nak duduk atas saya ke.. atas abah dia ke... tapi tidak sama sekali..!!


Dia boleh duduk diam2 je dekat tempat duduk dia tu.. alahaiii...sopan betoi anak dara ni.. ahhahha


Alisha bila nak jadi kakak ni, dia makin tunjuk kematangan dia.. dekat rumah pun tak banyak karenah.. aktiviti memanjat pun dah takda.. tapi banyak aktiviti main dengan patung bear or bunny pink dia tu... hihii.. macam dah tunjuk ciri2 ready jadi kakak kan alisha ni... (",)

Ohya, gambar 2 keping atas tu, masa kami baru sampai & 2 keping bawah tu, masa kami dah nak balik... Yap, baju alisha memang banyak warna pink yer.. kikikiii... Pada yang bertanya, Yap, saya tak dapat izin my dear untuk publish sebarang gambar dia (thats y watermark kene letak dekat muka my dear...hahhahhaha).. rasanya dah 3 4 bulan kot, gambar my dear takda dalam mana2 entry saya.. Jika u all nak tengok.. godek2 lah entry yang lama2 yer.. hihii

P/s : Bagi saya masa untuk terjah u all.. Broadband saya dah habis limit.. sesak nafas nak blogwalking jawabnya.. adehhh

Alisha tak heran dengan main ombak sebab alisha ada kolam renang..! (^_^)

Syukur sangat sebab kami tergerak hati nak booking resort yang ada kolam renang... Ohya, di Pulau Pangkor, kami tinggal di Teluk Nipah tau.. Dekat Pangkor Bay View Resort.. Ini satu2nya resort yang ada kolam renang di Teluk Nipah.. dekat area lain tu ada je kolam renang.. tapi kalau kat teluk nipah, Pangkor Bay View Resort je lah yang ada..

Saya ambik gambar kolam renang ni dari dalam bilik.. kiranya bilik kami sebelah kolam renanglah...kikii

Ikutkan sebelum ni, kami nak ambik resort lain.. harga dia pun murah sikitlah.. tapi tu la, di saat2 akhir kami tukar.. DIA gerakkan hati kami sebab DIA tahu yang alisha takkan main air dekat pantai.. (",).. 


Lepas kami balik dari melihat ombak yang mengganas tu, kami terus terjun kolam.. hahahha.. Ohya, hari pertama kami dekat resort ni, alisha mula2 takut gak.. tapi last2 dia pulak yang ajak kami mandi kolam.. hahahhahhah.. Thats y alisha tak heran dengan air kat pantai.. sebab dia nak mandi air kolam.. demand nih!!... hahhaha

 Saya yang konon2 nak ajar alisha berenang.. Walaupun hakikatnya, saya yang tak pandai berenang.. muahahhahha..

 Tapi oklah, 2 hari kami mandi kolam, alisha dah mula pandai kibas2kan kaki dia tu.. ala2 nak berenanglah konon.. rugi betoi rasanya sebab saya tak beli pelampung yang letak dekat tangan tu.. adehhh... 


Air dekat kolam kanak2 ni cetek je.. U all tengok gambar atas tu.. actually alisha tengah berdiri.. air tu paras dada alisha je pun... Alisha pun ada jugak pergi mandi dekat kolam renang bahagian dewasa tu tau.. tapi takdalah gambar.. dah kalau kami 3 beranak semua berendam... sape yang nak ambik gambar kan.. hehehh

Walaupun kami tak banyak lakukan aktiviti di sana sebab hujan, tapi saya happy sebab dapat luangkan masa bermutu kami 3 beranak.. (",) Kami memang suka pergi bercuti ketika hari orang bekerja sebabnya kami jenis yang tak suka terlalu sesak.. so, percutian kami tu enjoylah sebab tak banyak gangguan + tak perlu berebut.. paling penting, harga semuanya jadi murahlah.... hihii

Ini cara 'kamu' tackle Alisha yer...

Seperti yang saya dah ceritakan semalam.. Alisha kan takut ombak.. So, pada hari kedua kami di Pulau Pangkor, saya bajet mesti alisha akan suka jugak main air + saya akan 'paksa' jugak dia main dekat kaki2 air tu.. kikikiii


Tapi bila kami sampai dekat pantai tu.. ombak kuat + air pasang.. so, nampak gayanya, memang alisha takkan main air jugaklah jawabnya.. Lagi dia takut adalah... Ohya, hari kedua kami di pulau pangkor.. hujan tau.. ni pun kami redah je hujan, tu pun sebab hujan renyai2..


Air ombak ni naik sampai ke atas pasir tau.. makin lama, kawasan pasir makin sikit... makin tinggi air tu naik..


Secara peribadinya, saya sendiri pun semakin takut tau.. kalau alisha lebih lah lagi.. ombak dia sangat kuat.. Untuk pengetahuan u all.. buai yang kena ombak dekat hujung tu, sepatutnya, dekat situ takda air pun tau.. Saya yang tengok my dear dari jauh main ombak dekat buai tu, rasa sangat seriau.. sebab saya takut my dear kene tarik dengan ombak.. hihii


U all bayanglah.. saya yang duduk atas pasir tu je pun, air ombak boleh terjah sampai ke muka... menangis alisha.. kalau u all ada time ni, mesti u all pun paham apa yang saya nak sampaikan tentang ombak yang mengganas ni.. Kami duduk dekat pantai ni tak lama pun.. yela, air naik dengan sangat cepat.. so, kami balik bilik je lah jawabnya...




Kalau time air tak pasangkan, dekat batu2 ni, kita boleh pergi main tau.. tapi dah air pasang.. takda maknanyalah...


Sebelum kami balik bilik.. my dear sempatlah bagi alisha kene air sikit.. tu pun sebab air ombak tu dah menghampiri kami yang dekat atas pasir tu haaa... bukan main kuat lagi alisha pegang abah dia.. tu pun sekejap je.. lepas tu dia menangis suruh saya dukung.. taknak abah dia dukung dah.. takut abah dia ngelat dengan dia.. hahhaha.. 

So, kesimpulannya... inilah cara ombak tackle alisha.. kalu air ombak tu tenang, alisha tak berani nak pergi dekat dia.. last2 dia tunjuk kehebatan dia, biar dia sendiri pergi dekat alisha... kikikii... Boleh ibu alisha buat kesimpulan gitu... muahhahah

P/s : Hari ni saya dapat lagi 2 BE untuk blog IntaNBerliaN GA & Contest (BE ke 7 & 8 tahun 2012, BE ke 31 & 32 sepanjang berblog).. Nampak gayanya, everyday kene update blog tu la, walaupun satu GA je satu hari yang saya join... (",)

Dinner di Pulau Pangkor diiringi deruan ombak yang menghempas pantai... cewahhh ayat.. muahahaaa

Suke sungguh saya pergi makan dekat Pulau Pangkor ni.. bukan apa... bak kata tajuk entry saya tu... "diiringi deruan ombak yang menghempas pantai".. hahaa.. Ini adalah dinner kami pada malam pertama di pulau pangkor... (",)



Muka Alisha yang sabar menanti kehadiran makanan... walaupun perut dah mula berdangdut.. hihii


Pssttt.. nampak tak rambut alisha yang curly tu.. hihii.. actually rambut alisha ni jenis lurus bahagian atas & kerinting bahagian bawah.. Ini sebenarnya rambut idaman saya ketika mengandungkan alisha..hehehee.. Tak sabar2 nak tunggu rambut alisha panjang.. nanti bolehlah yang kerinting tu melepasi bahu.. (^_^)


Minuman untuk kami bertiga.. Saya punya air Lai Chi Kang suam.. my dear kopi, alisha air suam.. hahahaaa... takda maknanya Alisha nak minum air suam kalau kami berdua minum air yang best2.. kikikii


Last2 my dear mintak gelas plastik untuk isi sikit air kopi bagi alisha rasa kepahitan kopi tu.. ehhehhe


Lepas alisha dah sedut air kopi yang abah dia bagi, tiba2 dia teringin pulak nak minum air ibu dia tu haa... hihii.. Tengoklah tu, sampai my dear nak ambik gambar kami berdua pun, alisha tak layan yer.. lebih kusyuk melayan kenikmatan air ibu dia tu... hehhe

Ohya, abaikan muka saya yang terpampang jerawat tu yer.. maklumlah, muka tanpa secalit bedak.. lepas mandi, solat, pakai tudung, terus pergi makan... orang malas macam saya ni biasalah.. takda maknanya nak berbedak or berkrim2 di malam hari yer... hahahha


Inilah lauk yang kami tunggu2.. akhirnya sampai jugak.. IKAN BAKAR... SEDAP YANG AMAT HOKAY!! Tambah2 lagi angin sepoi2 bahasa + deruan ombak tu.. daripada tak sedap pun boleh jadi sangat sedap.. pendek kata, betoi2 menikmati makanan tu la..hehhe


Kami order 3 jenis lauk je pun.. Ikan bakar, tomyam & sayur.. nasi 2 pinggan.. Total makanan kami malam pertama di pulau pangkor adalah RM52.. Tak tahulah nak cakap mahal or tak.. tapi maybe standart kot untuk harga di tempat percutian macam ni.. thats y lah nak kene kumpul duit baru boleh pergi bercuti..hahahhahha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...