Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Desert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Desert. Papar semua catatan

Puding Coklat Sos Kastard yang super duper sedap..!!

Sebelum bersalin saya ada share gambar PUDING COKLAT SOS KASTARD ni dekat FB saya... ada rakan2 yang request resepi... so, saya update dekat sini lah... 


U all memang patut try RESEPI PUDING COKLAT SOS KASTARD ni sebab rasa dia memang super duper sedap tak hengat...!! Kalau u all tak buat sos kastard tu pun, rasa dia memang dah sedap... letak sos jadi bertambah2lah sedap...


Resepi dia saya ambik dekat blog Dayangjack.. CARA : SEPEKET (10G) AGAR2 SERBUK + 200ML AIR.. PASTU MASUKKAN 500ML SUSU SEGAR + SETIN SUSU CAIR + 3 SUDU BESAR SUSU PEKAT = KACAU SEBATI GUNA API PERLAHAN... PASTU MASUKKAN 2 SUDU BESAR SERBUK KOKO YANG TELAH DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR PANAS + SESUDU KECIL ESEN VANILA + 2 SUDU BESAR TEPUNG KASTARD YANG TELAH DIBANCUH DENGAN AIR + 2 SUDU BESAR MENTEGA = KACAU SEBATI PASTU MASUKKAN DALAM BEKAS.. SIAP..!!

SOS KASTARD : SETIN SUSU CAIR + 2 SUDU BESAR TEPUNG KASTARD + GULA + ESEN VANILA =  KACAU HINGGA LARUT PASTU PANASKAN GUNA API KECIL HINGGA SOS NAMPAK PEKAT.. PASTU TUANG ATAS PUDING KOKO TADI... SIAP..!! 

OHYA, GULA OR SUSU PEKAT TU, IKUT KESUKAAN U ALL NAK LETAK BANYAK MANA... RASALAH DULU YER, TAKUT TERMANIS PULAK... BOLEH ADJUST IKUT KESUKAAN KITA


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

Agar-agar sirap bersantan yang sedap & menyejukkan tekak

Rasa macam dah lama saya tak buat agar2.. Dengan cuaca yang panas sekarang ni, mulalah tekak duk membayangkan betapa sedapnya kalau agar2 yang sejuk2 dari peti ais tu lalu dekat tekak ni haaa... terasa macam air terjun jatuh... wah gituuu... muahhahah


So, pagi semalam saya terus masak AGAR-AGAR SIRAP BERSANTAN.. Nanti tengahari dah boleh makan... Nak buat dia tersangatlah senang.. macam biasa, saya kan suka yang simple2 yang susah ni pikir 10 kali pun belum tentu saya nak buat... Agar2 bersantan ni, semua orang boleh buat cuma nak tahu menjadi or tak, tengok samada ia menjadi 2 lapisan or tak... itu je...


CARA2 : SATU PAKET SERBUK AGAR2 + GULA (ikut kemanisan yang u all nak) + AIR (kalau ikut sukatan di bungkusan letak 1 liter tapi saya letak 6 + 1/2 mug tapi kejadian dia tetap jugak ok.. tak keras tak lembut) = KACAU SAMPAI LARUT... SEBIJIK TELUR + SEKOTAK SANTAN @ 250ML + SIRAP ROSE + GARAM = KACAU SEBATI... BILA GULA & SERBUK AGAR2 TADI DAH LARUT, TERUS MASUKKAN BAHAN2 YANG DIKACAU SEBATI TU + DAUN PANDAN YANG U ALL DAH SIMPUL KE DALAM PERIUK DENGAN API YANG PERLAHAN.. MASAK SAMPAI MENGGELEGAK... BILA DAH MENGGELEGAK, U ALL KUATKAN API & KACAU LEBIH KURANG 3 4 MINIT.. TUJUAN KACAU TU SUPAYA ADUNAN KITA TU TAK MELIMPAH KELUAR PERIUK... LEPAS DAH SIAP KACAU, TERUS MASUKKAN ADUNAN KE DALAM BEKAS ACUAN YANG U ALL NAK... SIAP..!!!

PESANAN @ TIPS

TULISAN DI BAHAGIAN CARA2 BUAT YANG SAYA HIGHLIGHT DENGAN WARNA UNGU ITU ADALAH TIPS UNTUK U ALL DAPATKAN AGAR2 SANTAN NI MENJADI 2 LAPISAN...!!


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Puding jagung biskut marie


Sebelum ni saya dah share 2 resepi yang guna biskut kan... Harini saya nak share lagi satu resepi yang guna biskut jugak.. Tapi kali ni saya guna biskut marie tapi kalau u all nak guna biskut cream cracker pun boleh je.. takda masalah.. ikut selera masing2.. (",)


Saya guna yang biskut marie coklat tu.. mula ingat nak guna yang biasa tu tapi pikirkan saya nak kan "warna"  lain sikit.. so, saya pilih yang coklat..


 Bagi u all yang penggemar jagung, puding ni memang sedap..!! cara nak buat senang je : SETIN JAGUNG + SETIN SUSU CAIR + AIR + GULA + 2 SUDU TEPUNG KASTARD + 2 SUDU TEPUNG JAGUNG + 2 SUDU MARJERIN = MASAK ATAS DAPUR SAMPAI KEPEKATAN MENGIKUT KEHENDAK U ALL..PASTU SUSUN BISKUT MARIE OR CREAM CRACKER DALAM BEKAS, CURAH SIKIT2 ADUNAN TADI ATAS BISKUT PASTU SUSUN BISKUT LAGI.. KIRANYA U ALL BUAT LAPISAN BISKUT BERSELANG SELI DENGAN ADUNAN TADI.. SIAP..!!

Di bawah ni plak, 2 resepi saya yang sebelum ni guna cream cracker.. btw, 2 resepi ni kalau u all nak guna biskut marie pun boleh je.. Janji tekak u all suka.. Dalam masakan ni kita tak boleh hadkan kreativiti kita.. kene ubah ikut selera kita sendiri.. (",)






"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Cheesekut perisa strawberry @ Biskut berkeju

Orang duk pakat wat cheesekut... Saya si peminat keju ni mana boleh tahan... Sanggup g beli CREAM CHEESE yang harga belas2 dengan berat 250gram je.. *mahai betoi..


Saya buat guna susu kotak Alisha, air kotak perisa strawberry.. hahahaaa... Gigih tau duk pukul cream cheese tu dengan tangan... datang Alisha, sibuk nak tolong jugak... Rajin sungguh gayanya..


Nak buat cheesekut or biskut keju ni senang je u all... U all cuma perlu beli SUSU PEKAT, SUSU SEGAR (saya guna susu kotak perisa strawberry), CREAM CRACKER & CREAM CHEESE.. Saya guna yang jenama PHILADELPHIA... Ohya, pastikan u all betoi2 beli CREAM CHEESE TAU.. JANGAN BELI CHEDDAR PULAK.. SEBAB BENTUKNYA SAMA JE.. (cheddar tu biasa kita guna untuk lapik roti or burger)


Saya takleh tahan nak tunggu lama2 chessekut or biskut keju tu mengeras.. So, time dia mengeras 50 50, saya dah makan... Time ni, keju tu meleleh... *tengok yang gambar sebelah kanan.. Ya Allah... terujanya saya tengok keju tu meleleh... *saya memang suka keju & bila tengok keju meleleh, jadi makin teruja dibuatnya... (^_^)

Yang ni yang dah mengeras sepenuhnya... Rasa dia memang sedap...!!! Saya jadi lebih teruja bila my dear yang jenis tak suka desert, tapi saya 2 3 kali offer my dear, dia tak tolak tapi dia makan... biasa my dear cakap tak nak... Opsttt walaupun camtu, my dear takdalah cakap sedap... penggemar nasik, haruslah dia akan kata nasik jugak yang sedap... (",) U all try la tau... Tak rugi punya...

Alamakkkk, lupa plak resepi.. hihi... PUKUL CREAM CHEESE HINGGA KEMBANG (warna cream cheese tu akan cerah sikit n jadi lembut), PASTU MASUKKAN SUSU PEKAT SIKIT2... (ikut tahap kemanisan yang u all suka), PASTU MASUKKAN SUSU SEGAR SIKIT2... (tekstur dia, tak cair sangat, tak pekat sangat.. tengok tekstur gambar first saya tu)... SIAP BAHAGIAN CREAM..!! PASTU AMBIK BISKUT CREAM CRACKER & CELUP DALAM SUSU SEGAR PASTU SUSUN DALAM BEKAS SEGI EMPAT.. DAH SIAP SELAPIS, TERUS LETAK SEDIKIT CREAM CHEESE TU ATAS BISKUT.. LEPAS TU LETAK BISKUT SEMULA..ULANG LANGKAH YANG SAMA, HINGGA HABIS MELAPIS... MASUK PETI AIS SIAP..!!
Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Biskut Cream Crackers Berkastard


Tadi saya ada bagitahu u all yang saya ada sediakan BISKUT CREAM CRACKERS BERKASTARD untuk family my dear kan.. So, saya nak share resepi dengan u all.. SANGAT SENANG & SANGAT SEDAP DIMAKAN SEJUK2 YANG BARU KELUAR PETI AIS TU...!!

CARA2 : 1 TIN SUSU CAIR + 1 TIN AIR + 4 SUDU BESAR TEPUNG KASTARD + GULA + ESEN VANILA = BLEND = MASAK ATAS DAPUR, GUNA API KECIK JE TAU.. KACAU SELALU SEHINGGA PEKAT  (jangan berhenti kacau sebab takut berketul.. alaaa tak lama pun u all nak kene kacau sebab dia cepat pekat)... LEPAS TU, U ALL AMBIK BISKUT CREAM CRACKERS & SUSUN DALAM LOYANG OR BEKAS APA2 YANG U ALL SUKA.. LEPAS TU, U ALL TUANG TEPUNG KASTARD YANG DAH DIMASAK TADI, LEPAS TU TABUR MILO.. LEPAS TU LAPIS LAGI DENGAN BISKUT & LETAK TEPUNG KASTARD MASAK TU & MILO & CAMTULA SETERUSNYA HINGGA HABIS.... SIAP..!! SIMPAN DALAM PETI SEJUK...

Alaa senang cite camni... SUSUN BISKUT CREAM CRACKERS + TUANG KASTARD YANG DAH DIMASAK & TABUR MILO.. ULANG LANGKAH NI HINGGA HABIS TEPUNG KASTARD YANG U ALL MASAK TU...

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Desert simple untuk tetamu dari jauh... hihii

Tadi saya ada bagitahu u all yang blogger datang rumah saya kan... Saya hidangkan nasi ayam & desert.. emmm saya hentam nama desert tu, puding koktel berkuah yang memang ummphhh.. hahahaa... boleh gitu..? ekekkek...

Bagi tekak saya, puding ni sedap.. mkn sejuk2.. adehhhh, nyaman je rasa.. hihii.. Alisha semalam duk makan puding ni lebih dari 5 kali... mulut dia tak berhenti cakap sedapppppp... ahhahha.. saje je tau nak suruh ibu dia ni perasan... muahhahha.. Eh, tapi kalau untuk mulut sue yang dah merasa masakan saya ni, tak tahu la pulak sedap or tak... (^_^)


Tadaaaa... Inilah desert yang saya buat khas untuk sue anak beranak... hihii... Rasa dia masam manis lemak... Ohya, ia bergantung pada buah koktel yang u all pilih tau... macam saya ni, antara isi koktel tu nenas, so, dia ada rasa masam sikit la, tapi disesuaikan pulak dengan buah2 lain yang manis tu... dicampur pulak dengan susu yang lemak berkrim... (",)


Cara nak buat, sangat2 senang... Sediakan isi dia dulu macam gambar dekat atas ni.... Sepeket agar2 serbuk + 7 gelas air + setin susu cair + gula + esen vanila... Agar2 ni, tak lembut sangat tak keras sangat tau.. sedang2 je...


Lepas tu sediakan kuah dia pulak.... Susu cair setin + setin koktel termasuk air dia + esen vanila... siap.. Nampak tak gambar atas tu.. bekas koktel tu siap nampak 'kesejukan' lagi kan... baru keluar dari peti ais.. hihii... Bila nak makan, u all cedok isi agar2 tu & tuang isi koktel ni atas dia... lepas tu ngap.. emmmm... sedap... hihii

P/s : Kalau tak nak buat agar2 tu pun boleh je.. u all boleh makan isi koktel tu je, pun sedap... (",)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...