MasyaAllah... tak tahu saya nak cakap apa.. Menangis saya baca cerita tentang adik Dania Emelda Aqasha.. Pada mulanya, saya terbaca pasal ni dekat blog PinkUmmi lepas tu saya terus ke link yang PU sertakan..
Ya Allah.. terus saya teringatkan Alisha yang tengah tidur... MasyaAllah... semoga Leen tabah hadapi semua dugaan ni.. Betapa beratnya dugaan yang Leen terpaksa tanggung.. Ya Allah Ya Tuhanku, kau kuatkanlah semangat ibu kepada adik Dania Emelda Aqasha.. Kau sembuhkanlah penyakit adik Nia..
Sedih sungguh saya.. dahla semakin hampir untuk kita semua menyambut syawal.. MasyaAllah.. dugaan seorang ibu.. sedangkan saya, alisha demam pun saya rasa sedih inikan pulak adik Nia yang kena Leukimia.. yang sekarang ni tengah bertarung nyawa..!!
Yang paling saya sedih & buat hati saya menangis teresak2 bila Leen tulis
kawan2.......
aku x akan minta duit......
tapi, hanya 1 minit selepas solat anda.....tolonglah doakan anak ku ini, Dania Emelda Aqasha supaya dia dapat melawan penyakitnnya, supaya dia kuat semangat......dan kuatkan semangat ku juga utk menempuh segala cabaran ini........1minit je!!!
Marilah u all, kita sama2 doakan adik Nia..
masa awal2 nia kene detect Leukimia.....
dia seorang yang periang sangat sebenarnya....
walaupun cucuk sana sini....dia tetap happy....
selepas kene ASPA
makan pil Dexa menyebabkan selera makan Nia bertambah2
masa ni dia sangat2 lemah.....tak nak minum & makan
Saya tak tahu nak cakap apa dah.. gambar ni semua buat saya lagi sedih.. Kalau u all nak tahu lebih lanjut, boleh terjah blog LEEN