Alisha sekarang ni.. macam2 barang dah dia jadikan mainan dia padahal mainan dia sendiri tu berlambak.. Akal si Alisha ni bukan main panjang.. siap kotak pun dia boleh jadikan mainan..
Pada mulanya, saya ingatkan kotak ni Alisha sekadar main belek2 or tolak2 je tapi rupanya dia boleh pergi baringkan kotak tu, lepas tu dia pergi panjat pulak kotak tu.. hahhaha
Bila dah panjat & dah duduk atas kotak tu, bukan setakat duduk diam2 tau tapi siap bergendang pulak.. dia pergi ketuk2nya kotak tu.. macam main gendang.. hahhahha
Jangan tak tahu, si Alisha ni siap terjatuh lagi dari kotak ni.. Mana taknya, punggung dia tu tersalah parking... hhaaha yela, suka sangat parking tang bucu2.. kalau atas katil pun sama la jugak.. Tu yang nak kena memerhati lebih tu...
Ni lah cara Alisha turun dari kotak tu.. hahhah.. Tak tersembam tu kira orait lah.. Tapi sayang ibu, atas katil, jangan buat pasal nak turun macam ni yer... :-)
P/s : Makin besar makin lama makin seronok lihat Alisha membesar :-)