Alhamdulillah.. jika dipanjangkan umur, dapatlah saya meraikan hari raya nanti sebagai seorang isteri & seorang ibu.. Tahun ni saya excited sikit nak beraya sebab ni adalah tahun pertama beraya sebagai isteri & ibu.. Tahun lepas, time orang beraya, saya berpantang.. so, tahun ni harus excited.. muahhahha..
Siap sedondon lagi kami 3 beranak.. hahah.. Tahun ni kami pakai baju warna dark brown.. Actually my dear, tak nak beli pun baju melayu.. dia cakap membazir.. yela, baju melayu kan tahan lama... mereka pun pakai baju melayu harapkan time pergi masjid je.. tu yang baju melayu mereka.. elok je lagi...
Tapi walau macamana pun, saya tetap suruh my dear beli juga sebab saya nak kami sedondon.. yela, seperti yang saya bagitahu tadi, ni tahun pertama kami beraya bersama2.. so kena la beli.. Lepas dipujuk, akhirnya my dear beli jugak.. hehee Lebih2 lagi, tahun ni raya pertama di rumah mak mentua saya.. so, secara tak langsung mesti tu salah satu sebab yang buat my dear lebih bersemangat juga nak beli baju melayu dia kan.. muahahaa *gurau je sayang.. hihii*
Baju raya saya hanya 2pasang je.. satu untuk guna dekat rumah mentua & lagi satu untuk
pakai di terengganu.. Actually baju tu pemberian maksu saya di terengganu untuk dipakai di majlis perkahwinan anaknya nanti.. kiranya baju tu mengikut tema majlis la kan..
Untuk Alisha pulak setakat ni dah ada 5 helai baju.. hahhah 2 jubah 2 baju kurung & 1 baju jalan2.. emmm rasanya baju jalan2 tu kena beli lagi kot.. kalau tak pun, pakai yang dah ada.. sebab baju alisha ni pun dah berlambak2.. Ohya, baju kurung alisha.. 1 tu adalah pemberian opah alisha a.k.a. my mum.. & 2 jubah & 1 pasang lagi baju kurung tu.. saya beli kain & suruh adik ipar saya jahitkan..
Kasut untuk alisha & my dear semua dah ada.. kira dah lengkap la.. cuma saya sorang je lagi belum ada kasut... hujung minggu ni.. InsyaAllah akan di'complete'kan.. hehee
InsyaAllah petang Ahad saya akan balik ke rumah mak mentua saya di Parit Butar, Perak.. Pagi Khamis 01/09 InsyaAllah kami akan bergerak ke Terengganu.. So, kami bertiga akan beraya di sana sampai Hari Selasa 06/09 baru kami akan bergerak balik ke kedah.. Tak sabar nak balik Terengganu, yela, kami balik Terengganu setahun sekali je.. Tahun ni jugak, tahun pertama alisha balik terengganu & tahun pertama juga saudara mara di terengganu nak jumpa Alisha.. hehhehe
So, nanti doakan kami selamat pergi & selamat kembali yer.. U all pun kalau balik kampung tu, bawak kereta berhati2 tau.. ingat insan2 tersayang.. :-) Maafkan saya jika selama ni saya ada terkasar bahasa or apa2 je la yang mengguris perasaan..
Thanks to Mr. Google