ARTIKEL INI DI "COPY & PASTE" DARI BLOG WATIE
Saya  mendapat berita sedih ini semalam apabila membaca status rakan saya  -Siti Salwa mengenai suaminya yang hilang sejak 2 August yang lalu.  Terperanjat sungguh dibuatnya. Beliau adalah rakan blogger dan juga  pembaca blog Genius Baby On Board. Kami pernah berjumpa buat pertama  kali sewaktu majlis hari lahir Eiyman, anak lelaki Ecar Nazrin yang  diadakan di Wisma Bling Lustre beberapa bulan yang lepas. Saya masih  ingat dalam pertemuan tersebut, kami berborak panjang dan ternyata Salwa  @ Wa seorang yg sangat baik dan peramah. Suaminya tidak berborak dengan  saya tapi nampak sungguh orangnya baik dan sayangkan anak-anak, rajin  melayan kerenah 3 org anak2 yg masih kecil.
Apabila  mendapat khabar ini, saya cukup sedih dan tekejut apatah lagi ia  berlaku di awal Ramadhan. Tak terkata di buatnya. Saya tahu ia bukan  mudah buat beliau yang kebetulan, masa kejadian tersebut dan hingga kini  agak tidak sihat seluruh badan akibat demam. Saya cuba membantu semampu  yang terdaya, saya memang tidak kenal dengan sesiapa yang pandai  mencari orang hilang, tetapi saya ada meminta bantuan jiran saya yang  mengamalkan perubatan Islam untuk membantu saya dalam pencarian ini.  Saya menghubungi Wa utk memberikan nombor telefon yang mungkin boleh  beliau hubungi sebagai usaha mencari suaminya itu. Melalui perbualan  kami serba sedikit, dapatlah saya sedikit gambaran tentang kejadian pada  pagi 2 August 2011.
Menurut Wa, suaminya keluar menjenguk kereta (yg kemudiannya saya dapat tahu beliau keluar untuk mengambil tafsir Quran dalam kereta) pada  pukul 3 pagi, 2 August 2011 dan selepas kira- kira 20 minit, suaminya  masih tidak masuk, dan apabila beliau mencari suaminya, beliau tiada di  depan rumah. Tanpa membawa sebarang dokumen, hp dan wang, suaminya  lenyap tiba-tiba sampai hari ini. Laporan polis sudah pun dilakukan, dan  rasanya di facebook juga sudah banyak yg berkongsi maklumat ini di wall  masing2 walaupun tidak saling mengenali.
Saya  juga amat berharap dan memohon agar semua pembaca blog ini dapat  membantu saya dan Salwa untuk menyebarkan berita serta maklumat ini.  Semoga suaminya akan pulang ke rumah dengan selamat di bulan yang mulia  ini. Saya tumpang simpati dengan Wa, menurut beliau, kehilangan suaminya  memang tidak disangka kerana sebelum kejadian, semuanya baik sahaja,  mereka sangat gembira malah hari pertama berbuka puasa juga suaminya sgt  happy bertanyakan tentang sambutan dan kuih Raya, tiada langsung tanda  dan petunjuk yg pelik, malah sebelum keluar menjenguk kereta pagi itu,  suaminya sempat mengurut kaki Wa untuk melegakan kesakitan akibat demam  dan sekit seluruh sendi yg Wa alami. Sungguh saya tumpang sedih bila Wa  cerita. Dan bertambah sedih bila Wa kata anak bongsu beliau yg berusia 6  bulan seolah-olah mengerti yg bapanya tidak pulang lagi, mula  menunjukkan rasa risau dan tidak selesa bila asyik merengek2 seolah  mencari ayahnya..huwaaaaa...sedih sgt!!!! Ya Allah, bantulah sahabatku  ini, semoga suaminya akan kembali dengan selamat. Amin..
Di  sini saya sertakan gambaran serta butiran peribadi dan maklumat yg  boleh rakan-rakan kongsikan samada di blog, twitter @ FB masing-masing,  serta siapa yang boleh anda hubungi jika terserempak atau mempunyai  maklumat tentang suami beliau. Saya merayu dan memohon kerjasama semua  pembaca untuk menyebarkan berita ini, dan semoga Allah SWT memberkati  usaha kita. Amin..
Kepada  Wa, semoga Wa tabah menghadapi cabaran di awal Ramadhan ini. Watie dan  kawan-kawan semua akan membantu selagi terdaya dan kami mengharapkan yg  terbaik untuk Wa dan keluarga. Semoga Wa cepat sembuh dan Wa diberikan  kekuatan oleh Allah SWT yer yang....Insya Allah, semuanya akan selamat.  Doa kami bersama Wa dan keluarga. Amin...
Nama: Ithnin Ngadiman
Hilang pada: 2 August 2011, kira-kira pukul 3 pagi
Maklumat: Keluar tanpa ic. wang, dan hp, memakai baju merah dan seluar hitam. 
Nombor uk dihubungi sekiranya anda mempunyai maklumat: Sarjan Radha - 012-6059997, Salwa - 0133101221 atau ibu Salwa 0163743248 
Marilah kita sama-sama membaca Yassin Mubin (terima kasih Nurul Husna Hj Ani di atas maklumat ini),  semoga Encik Itnin akan kembali ke rumah dengan selamat. Kita baca  Surah Yassin dan setiap kali kita jumpa perkatan mubin, niatkan di hati  kita agar Encik Ihtnin akan pulang kerumah dengan selamatnya. Insya  Allah mujarab lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.  Insya Allah. 
