Kurma besar sebijik RM2


U all yang dah lama follow blog saya mesti tahu yang kami ni memang telan kurma hari2 walaupun sebijik.. Dah jadi macam kewajipan plak makan buah kurma ni... Anak2 solehah saya tu lagilah... mereka buat buah kurma ni gaya dah macam makan snacks... Ketika kami keluar baru ni, my dear singgahla kedai yang ada jual kurma yang stail timbang2 ni.. so, dekat kedai tu ada banyak jenis kurmalah kan.. Selain dari beli kurma bertangkai, my dear beli jugak kurma yang besar ni haaa... RM8 100gram... my dear beli 200gram RM16... Eh, tengah2 taip ni baru perasan... mahal jugak yer kurma ni... ibaratnya sekilo RM80... Tapi takpala, nak merasa kan.... Ohya, 200gram tu, kami hanya dapat 8 bijik je tau, kira macam sebijik RM2..


Saya tak pasti apa nama buah kurma ni... tapi ia memang besar, bijiknya kecik je pun... cuma tu la, ia agak manis... saya kurang sikit kurma yang manis2 ni.. tapi walaupun camtu.. telan jugak... mahal woooo... hihii... Kene bagi baby "muhammad" ni rasa kurma mahai jugak.. ekkekek.... Anak2 saya memang dari dalam rahim dah "diajar" makan buah kurma... sebab tu agaknya bila mereka lahir ni, mereka jadikan buah kurma ni antara snacks untuk mereka...

U all pun, ibu2 mengandung, makanlah buah kurma, sangat2lah banyak kebaikan dia...!! Bagus untuk anak dalam kandungan.. U all yang tak mengandung pun elok jugak amalkan... bagi anak2 u all tu makan jugak... Elok untuk otak anak2.. InsyaAllah senang anak2 nak "serap" segala yang diajar... Saya tak nak cerita lebih la pasal buah kurma ni, sebab dekat blog saya ni je pun, berlambak2 entry di bawah LABEL KURMA... U all boleh baca... nak tahu kebaikan dia ke... pengalaman saya sendiri ke... semua ada..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 10 comments.. read them below or add one }

Luqman Zakaria Luqman Zakaria May 21, 2014
besarnya...tak pernah lak tahu ade yg besar mcm nih..hehe
tifaanvar tifaanvar May 21, 2014
mahalnya... Agaknya dr baka yg baik kot tu yg mahal
Mommy_ima Mommy_ima May 21, 2014
susah pula nak cari buah kurma kat sini. lately ni je baru dapat makan kurma, sbb mu hubby belikan masa outstation. Sebab dah pesan kat dia kalau ada nampak jual kurma tolong belikan..hihi. dia teringat tu yg baru dapat beli. :p dah nak puasa ni banyak la kot kurma, tp sy pula jarang keluar skg, tak larat nak jalan kononnya. tunggu weekend hubby balik baru kuatkan semangat keluar rumah. ;)
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 21, 2014
salam k.ina..

bsr jgk buah kurma ni..mesti kenyang makn..
sekarang dah nak masuk syaban..blh la cari kurma kat kedai umah cma ni ha.. :)
Unknown Unknown May 21, 2014
budak2 suka makan kurma dr dalam perot baik budaknya.. bijak.. dengar cakap.. inshaaAllah alisha n aqilah anak solehah
QasehnyaRania QasehnyaRania May 21, 2014
boleh tahan reganya tu. hihi
nak merasa apa salahnya kan..

alhamdulillah saya pon dh jadi penggemar kurma tegar. hihi. selalunya safina & wasem jadik stok saya.kadng2. tukar selera beli kurma ajwa.kat pasar mlm.ada sorng abg ni jual timbang :)
Maria Firdz Maria Firdz May 22, 2014
Sy mmg mkn kurma ni kak.. Mmg mahal tpi sedap...
Mimie Mimie May 27, 2014
Besar jugak kurma tuh...xpernah tgk pun...kat peti sejuk sy de stok buah kurma...raya nti nak buat biskut kurma..
lynndamya lynndamya June 04, 2014
Salam, wah besar gak kurma ni, macam mana dia boleh jadi besar cenggitu? haha, sy suka kurma yg biasa2 je...kecuali kurma yang warna dia coklat ala2 transparent sikit tu, org kata kurma cina...entah~ haha, kurma ni mmg sedap.. and bagi tenaga :D