Pengumuman Mini Giveaway #24


Mini Giveaway #24 sepatutnya buat akhir bulan 4, tapi tak sempat nak pergi beli hadiah la u all... so, awal bulan 5 la saya lancarkan.. (",)... Hari rabu malam baru ni kami keluar, sekali saya terpandang jersey bola ni haa... Saya pun terus rembat sehelai.. Selama ni kebanyakannnya hadiah yang saya bagi lebih kepada anak perempuan, ni kebetulan jumpa jersey bola.. elok sangatlah saya bagi hadiah untuk anak lelaki pulak... Ambik berkat, mana nak tahu kot2 dengan izin Tuhan, anak ketiga saya ni lahir nanti lelaki... InsyaAllah.. Doa2kan yer (^_^)

Saya ni hanya peminat bola 4 tahun sekali je tau... hahah... Asal piala dunia je saya berialah sikit tengok bolanya.. pasukan pilihan saya Brazil.. Tu yang saya beli jersey Brazil... (",) Pasal saiz pulak, saya tak pasti jersey ni untuk budak besar mana... lebih kurang besar Alisha kot.. Mini Giveaway #24 ni, macam biasa, semua boleh join samada ada anak or tak, anak lelaki ke anak perempuan ke, tak kisah, dah kawen ke belum ke... boleh je join... kalau menang boleh je bagi hadiah tu dekat anak2 lain yang muat.. bagi dekat anak saudara ke sapa2 ke.. semua boleh... Itu rezeki mereka lah kan... (",)  

Mini Giveaway #24 ni saya akan lancarkan pada 05/05/2014 (Isnin) dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 17 comments.. read them below or add one }

Amelia Amelia May 02, 2014
tak sabar nak join ^^,
fizafantagiro fizafantagiro May 02, 2014
Terharu fiza baca doa intan yang kat last entry tu :'( Aaminn .. Fiza masih berdoa dan terus berdoa ..
Unknown Unknown May 02, 2014
ok noted.. nak join nanti.. hihi
tifaanvar tifaanvar May 02, 2014
insyaAllah saya join
mamamursyid mamamursyid May 02, 2014
insyaallah nak join jugak nanti..hehe
Tie HT Tie HT May 02, 2014
insha Allah'teringin nak join nanti :)
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ May 02, 2014
salam k.ina..

hihi...smart! insyaallah...ade kesempatan, mesti join!
Unknown Unknown May 02, 2014
nak join nak join ^_^ boleh kasi kat adik kalau menang :D
Maria Firdz Maria Firdz May 02, 2014
Harap sempat la join...
sal ya sal ya May 03, 2014
Bertuah la si boboy tu nnt. InsyaAllah... Ada rezeki bby boy tu.
Cik Ila Menari Cik Ila Menari May 03, 2014
Boleh lah cuba nasib nanti :)
Puan Kutu Puan Kutu May 04, 2014
Insyaallah join klu sempat..hari isnin tu sy keje pg.sibuk sikit dengan nk ambil hantar aiman kafa..dh la mlmnya masuk keja lagi..mitak2 la sempat..klu menang boleh bagi anak sedara.berangan dulu.hehe
Mimie Mimie May 11, 2014
Hehehe xdan nak join