Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Segmen. Papar semua catatan

Segmen BOOKMARKS RAYA dari IntaNBerliaN

Tahun lepas saya banyak dapat KAD RAYA tapi tak berkesempatan untuk balas... So, tahun ni, saya nak balas semua KAD RAYA yang saya dapat tahun lepas tu... Tapi saya bukan nak bagi KAD RAYA tau.. Saya nak bagi BOOKMARKS RAYA... dengan kata lain, 2 in 1 la... SAYA WISH HARI RAYA DEKAT U ALL MELALUI BOOKMARKS.. So, u all bolehlah selit bookmarks tu dekat buku2 u all.. tak ke setiap masa u all akan ingat saya.. TIDAK HANYA FOKUS PADA HARI RAYA (^_^)

Ohya, untuk pengetahuan u all, BOOKMARKS RAYA bukan saya yang buat yer.. saya tempah tau.. KHAS UNTUK U ALL... (",)

JIKA ADA YANG SUDI, BOLEH BAGI :-

UNTUK BLOGGER

NAMA, ALAMAT & LINK BLOG KE FACEBOOK OR EMEL SAYA.. DENGAN TAJUK "Segmen BOOKMARKS RAYA dari IntaNBerliaN"...

UNTUK BUKAN BLOGGER @ TAKDA BLOG

NAMA & ALAMAT KE FACEBOOK OR EMEL SAYA.. DENGAN TAJUK "Segmen BOOKMARKS RAYA dari IntaNBerliaN"...

FACEBOOK : Zarina Tazari
EMEL : zarina_naniey@yahoo.com.my

TARIKH TUTUP : 09/07/2013

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau ringankanlah dan sembuhkanlah kesakitan yang sedang ditanggung oleh MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.. 

Nak tak promote blog u all di blog saya?

Saya kan, nak sangat singgah blog u all macam dulu2... tapi saya tak dapat lakukan dekat semua blog... mana dan je saya singgah... kadang2 tu, saya singgah tapi tak tinggal jejak... So, sebagai nak menghargai jasa baik u all ni.. saya nak tanya u all, andaikata saya buat entry, ala2 segmen untuk prmote blog u all, u all nak tak? Ini baru perancangan... nak tahu ada sambutan or tak... heheee

Cara dia macam ni, saya akan up satu entry yang suruh u all tinggalkan link blog u all... lepas tu, saya akan pilih satu blog secara random untuk buat entry promote blog dia di blog saya.... TAPI ENTRY TU, BUKAN SAYA YANG TULIS, TAPI PEMILIK BLOG TU YANG TULIS... Promote je apa2 yang u all nak promote tentang blog u all.... Time ni lah u all nak "jual blog" u all tu.... tarik pembaca untuk terjah blog u all... Nak promote produk u all pun suka hati u all... mana nak tahu.. kot2 ada yang baca entry u all akan terbekenan dengan produk u all & mereka akan beli produk tu dengan u all.. sedikit sebanyak, saya dah bantu u all tambah pendapatan.. (",)

Tapi u all kena draft lah entry tu dulu... lepas tu, send dekat emel saya & saya akan punlish.. sticky post 24 jam... hihiii.. Ohya, setiap orang hanya ada peluang sekali je untuk promote blog masing2... Segmen macam ni, maybe saya akan buat sebulan sekali or dua kali.. tengoklah macamana yer... hihii

So, macamana, kalau saya buat, ada yang nak join tak?


BEN ASHAARI DAN SAYA


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 21/06/2012 @ 11 malam

Seriusla... dah lama saya tak join apa2 segmen.. Malam ni koje saya duk balas jejak je.. sampai dah rasa sakit pinggang + perut dah rasa tegang akibat makan terlalu banyak.. muahhahha.. So, nak relaxkan badan jap, saya join lah segmen Abang Ben ni... (",) Jika u all pun nak join, klik banner kat atas tau... tapi terbuka sampai pukul 11 malam ni je.. Lagi beberapa minit je ni pun.. hahhahah

Blog yang menarik pilihan saya adalah...
  1. Blog yang berbentuk kekeluargaan.. sebab saya suka baca kisah anak2.. macam2 keletah mereka yang mencuit hati kita.. hihii
  2. Dah semestinya blog tu tak berat untuk loading.. maklumlah, saya ni guna broadband je.. habis limit, slow mengalahkan kura2.. ekekkeke
  3. Lagi satu, saya suka blog yang function dia "mesra alam".. (",)
  4. Bukan setakat blog je mesra alam tapi empunya blog pun mesra alam jugak.. barulah syok... hehhehhe
UPDATE : TERLUPA LAGI SATU... DAH TENTUNYA BLOG YANG SENTIASA SINGGAH DI BLOG SAYA.. SEBAB BLOG MEREKA SEMUA BANYAK INFO YANG MENARIK.. (",)


Segmen: Imbau kenangan saat sah jadi miliknya


Alang2 ramai yang nak tahu kesinambungan apabila saya bagitahu yang saya hanya kenal my dear 30 minit sahaja.. lepas tu terus merisik, so, saya akan ceritakannya dekat segmen yang dianjurkan oleh Izan ni.. (",).. Saya ceritakan dekat sini secara ringkas je lah yer.. walaupun hakikatnya, memang kisah kami ni ringkas je pun.. zup zap zup zap.. terus nikah.. so, takda cerita yang beria sangat.. muahahhah

Untuk pengetahuan u all, sebelum saya mengenali my dear, saya pernahlah dikecewakan walaupun dah mengenali parent masing2.. STOP.. itu je yang perlu orang lain tahu.. yang tahu lebih mendalam hanyalah family saya & my dear... Lupakan... yang saya nak cerita adalah kisah saya & my dear.. (^_^)

Untuk pengetahuan u all, sebelum saya kenal my dear @ selepas kekecewaan.. saya sentiasa berdoa "Ya Allah.. jika lepas ni aku jumpa lelaki, jumpakanlah aku dengan jodoh aku.. jika dia bukan jodoh aku, jauhkan dia dari aku"... Memang dengan takdirnya.. selepas kekecewaan tu, hanya my dear je lelaki yang hadir dalam kehidupan saya... takda lelaki lain yang berani dekati saya.. (",)

Begini permulaan cerita kami.. baca tau.. kikikiii... Ketika saya bekerja dulu, adalah sorang kakak yang saya hanya contact dalam telefon je pun.. tu pun pasal kerja.. sebab company berurusan antara satu sama lain... Satu hari tu, dia tanya saya.. dah ada yang punya ke.. saya cakap belum.. dengan nada gelak2.. saya cakap "Tolonglah carikan"... muahahahha.. Tanpa saya tahu, yang sebenarnya, Kak Nor ni memang sedang mencari seseorang untuk dikenen2kan dengan my dear... kikikiii

Lepas dah beberapa kali kak nor duk sembang pasal ni dengan saya, akhirnya kak nor mintak izin nak bagi nombor handphone saya dekat my dear.. Ohya, untuk pengetahuan u all... My dear tak pernah jumpa kak nor & saya pun tak pernah jumpa kak nor.. U all bayanglah, kami bertiga tak pernah jumpa satu sama lain, tapi berani mengenen2 pulak... tersilap kenen nahas jawabnya.. muka tak tahu camne, perangai pun tak tahu camne...

Saya masih ingat lagi, sms yang pertama dari my dear pada pertengahan bulan 04/2009, hanya bertulis "Assalamualaikum".. skima je lagak my dear.. satu perkataan tu je.. hahahaa... Tapi dari pada gayanya, saya tahu yang my dear ni bukanlah romeo.. bukanlah pandai bab2 nak mengorat ni... kikikii.. Kami hanya sms je.. tu pun mesej biasa2 je.. bukannya ada bagitahu nak declare or apa.. heheh

Last2 pada 01/05/2009, my dear dari Parit Buntar, datang jumpa saya yang berada di Chemor.. dup dap dup dap jantung saya... muahahaaa... Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, saya bukanlah jenis yang senang nak keluar rumah ni.. nak jumpa my dear tu pun, macam2 kene soal siasat dengan mak saya.. tapi nasib abah saya izinkan.. tu pun kami jumpa kat kedai mamak, dekat chemor je pun.. tak jauh pun dari rumah.. muahahahaaa...

Perjumpaan kami berlaku hanya 30 minit sahaja... dari pukul 5 petang hingga 5:30 petang.. minum tea tarik & pisang... hahahaa.. bukan banyak sembang sangat pun.. tapi alih2, malam kejadian tu, my dear boleh sms saya tanya, "kalau nak ajak saya kahwin, berapa ribu hantaran".... muahahahaaa 30 minit jumpa, tak pernah declare.. alih2 dah ajak kahwin.. muahhahah... *Cinta pandang pertama la tu.... kikikii.. 

2 minggu lepas my dear jumpa saya, my dear datang rumah saya, berjumpa pulak dengan parent saya.. berdebar2 my dear.. bukan main lama berhenti solat kat masjid.. hihii.. Ohya, ini pertama kali my dear nak jumpa "parent".. sebelum ni takda pengalaman macam ni lah kiranya.. (",).. Selepas disoal siasat oleh my parent... akhirnya 2 minggu lepas tu @ akhir bulan 05/2009, my dear bawak family dia datang merisik saya.. hihii..

Selepas perbincangan, akhirnya ditetapkan pada 19/07/2009, kami bertunang... U all jangan ingat lepas bertunang tu kami selalu jumpa.. tidak yer.. hanya beberapa kali je.. tu pun pergi beli barang hantaran + test baju kahwin.. tu pun bukan berdua tau.. tapi adik saya temankan...  (",)

Akhirnya pada 17/12/2009, kami dinikahkan oleh my dad sendiri... saya yang bagitahu my dad, saya nak dia yang nikahkan saya... tak nak wakil2.. nikah hanya sekali & yang sekali tu lah, my dad yang nikahkan... (",) 19/12/2009... majlis kenduri kahwin kami... So, bermula dari saat tu lah baru kami bercinta... ehhehhe... Terus je nikah..(",).. sebelum ada apa2 ikatan, takda pun my dear nak declare yang kami ni pasangan kekasih ke apa ke.. takda nak ber'ayang2' ke ber'sayang2' ke.. panggil nama je yer... sampai sekarang tetap panggil nama.. INA..  muahahhahha...

Saya pernah tanya my dear.. kenapa tak nak panggil saya sayang ke ayang ke.. baru romantik.. kikikiii tapi my dear jawab "Kalau panggil ayang or sayang.. belum tentu tu ina tapi kalau panggil ina.. dah sah2 orang yang abang panggil tu INA" (U all paham2 sendirilah maksud my dear tu yer... malas pulak nak explain..hihihii)

Alhamdulillah.. bersyukur sangat2 sebab segala yang dirancang berjalan dengan lancar.. semuanya berjalan dalam tempoh setahun... Moga perkahwinan kami kekal untuk selama2nya.. InsyaAllah...

10/04/2009 = sms pertama
01/05/2009 = bertemu 30 minit
09/05/2009 = berjumpa dengan my parent
30/05/2009 = merisik
17/07/2009 = bertunang
17/12/2009 = menikah


Dikesempatan ni jugak saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 13 untuk Kak Fieda.. Semoga perkahwinan Kak Fieda kekal untuk selama2nya.. & semoga menjadi isteri yang solehah + ibu yang mithali... (",)

P/s : Kali pertama jumpa kak nor @ orang yang kenen2kan kami adalah pada majlis kenduri pernikahan saya & my dear..

Konon nak cerita ringkas.. tapi alih2.... kikikiii


Projek 100 Bloggers oleh Broframestone

Hari ni tiba2 tergerak hati nak join Projek 100 Bloggers oleh Broframestone.. Bagi saya projek ni macam sangat best..!! Tu yang walaupun saya rasa macam tak berkelayakan tapi nak jugak join... muahahhahha.. Mana tahu kot2 ada rezeki menjadi antara 100 bloggers yang bertuah.. (",)

Meh sini nak cerita dekat u all apa yang buat saya tertarik nak join.. Tapi saya confirm, lepas saya cerita, pasti u all pun akan tergoda.. kikikii.. Untuk pengetahuan u all, Broframestone akan present kertas kerja dia kepada kepada klient2 dia.. di mana 100 blog akan terpilih untuk menjadi medium pengiklanan kepada klient2 Broframestone..

100 blogger yang terpilih tu akan dapat sponsor post.. Kiranya u all hanya perlu menulis & promosikan klient2 tersebut.. u all akan dibayar atas hasil usaha u all tu.. So, best tak?.. kiranya macam side income dalam berblog lah kan.. (^_^)

Tapi untuk join.. ada syarat2nya tau..  baca dekat bawah ni yer.. :-

  1. 100 blog Malaysia dan pemiliknya warganegara Malaysia.
  2. Blog yang mempunyai trafik dalam 500 uv dan keatas dalam sehari. (bukti statistik blog amat diperlukan)
  3. Blog berbahasa melayu atau english.
  4. Blog yang berkualiti (bukan copy paste & setiap post mendapat feedback yang menggalakan dari pembaca).
  5. Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog di update.
  6. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
  7. Dan sanggup memberi komitment dalam menjaya Projek 100 Bloggers

Untuk pengetahuan u all jugak.. dalam bab traffic tu dah sah2 lah saya tak berapa nak capai kan.. Tapi apa2 pun saya tetap jugak nak join.. mana tahu ada rezeki.. Orang kata, Tuah Ayam nampak di kaki.. Tuah ibu alisha @ IntaNBerliaN.. siapa yang tahu.. (^_^)

P/ws : Wish me luck & jom lah kita join & support blogger Broframestone.. KLIK SINI (",)


"Segmen Review Blog Kami"


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 14/02/2012 @ 6 petang..

Saya nak join segmen ni.. lagi setengah jam nak tamat tempoh.. Baru berkesempatan nak join..hihii.. Maklumlah, kesibukan sebagai suri rumah membataskan saya mengadap komputer selagi kerja rumah tak siap... tu yang join pun semuanya last minute... adehhhh.... U all pun kalau berminat nak join.. cepat2 tau...!! Moga segmen ni dapat membantu @ merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.. (",)

Segmen : Followers Didahulukan, Readers Diutamakan by Zareliqa




Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 12/12/2011

Memandangkan saya telah diajak oleh Iqa untuk saya join segmen yang dianjurkan olehnya, so Hari ni saya baru berkesempatan untuk join.. Actually Iqa ni pun salah seorang pengunjung setia blog saya ni.. so, saya  berbesar hati untuk join segmen ni... Segmen Followers Didahulukan, readers Diutamakan.. Kalau u all pun nak join & nak support Iqa, Klik gambnar dekat atas tu yer (",)

Bagi saya followers & readers ni sama2 penting.. kalau takda followers mana nak datangnya readers.. hahhaha.. Boleh cakap gitu.. muahhaha.. Readers ni penting sebab merekalah yang memberi semangat untuk kita meneruskan penulisan kita di blog... (",)
Wanna have some summer fun?

Review blog by ujang


Tadi ketika saya singgah di blog Kak Ema.. Saya nampak Kak Ema join segmen Ujang.. So, tibe2 pulak saya pun berminat jugak nak join.. hihii..

Jom lah u all.. kita join sama2.. ujang nak review blog kita nih.. hihii Bila lagi nak suruh Ujang review kan.. Ni lah time nak suruh dia jenguk2 sikit blog kita yang tak seberapa ni.. cewahhh.. hehhe

Saya ada jugak menjenguk Blog Ujang ni.. tapi just silent reader je la... saya suka dengan cara penyampaian dia yang sempoi.. (",)

Kalau u all nak join.. Klik SINI tau.. Cepat2 sebab last date dia 22/11/2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 29/10/2011

Saya join segmen ni untuk menambah lagi followers saya yang sedia ada selain dari untuk menambah lagi rakan2 di alam maya

Segmen : Saya, blog dan pembaca


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 19/10/2011 @ 5 petang

Apa yang saya faham tentang Saya, blog & pembaca adalah semua ni berkait rapat.. Di mana saya adalah owner kepada blog & u all adalah pembaca kepada penulisan saya di dalam blog ni.. Di dalam sesuatu blog jugak, kita boleh dapat apa2 je info terkini yang berlaku di dalam & luar negara, tak lupa juga cerita2 tentang anak2 or peribadi macam blog saya nih.. hihii.. Yang paling penting, dunia blog ni jugak mampu mengeratkan silaturrahim sesama blogger.. (",)

AKU CUMA SEORANG BLOGGER


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 12/10/2011@10malam

Rakan2 blogger yang lain patut menjengah ke blog saya ni sebabnya saya ingin jadi kawan u all.. (^_^).. Actually blog saya ni hanyalah sebuah blog yang menceritakan tentang anak saya.. NUR ALISHA selain daripada cerita2 sampingan tentang kami 3 beranak.. hihii.. Saya jugak suka berkongsi sesuatu cerita dengan u all.. Kalau u all nak minta sesuatu pandangan dari saya pun boleh... hihii

Bab sumber inspirasi saya ni.. malu saya nak bagitahu... hahahaa.. sebabnya rasa macam tak mungkin jadi macam dia... jauh panggang dari api...!! Tapi hakikatnya dialah yang menaikkan semangat saya untuk terus berblog moga2 suatu hari dapat jadi macam dia... Walaupun 100 tahun lagi... muahahaaa..

Actually blog inspirasi saya ni diperkenalkan oleh my dear..(",) Manalah tahu dengan harapan & doa dari my dear.. saya dapat jadi macam dia.. (^_^)

U all nak tahu ke blog siapa inspirasi saya tu?? Jangan gelak tau.. hihii.. Adussss malu giler nie... ayoyoyoooo.. Kasi can u all tahu lah... KLIK SINI

Segmen : Tambah Trafik Blog!


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 05/10/2011

Saya join segmen ni sebab saya terbaca entry Nisa.. Nisa join, so, saya pun join lah jugak.. Mana tahu kot2 traffic blog saya ni boleh meningkat.. hihii 

SEGMEN HARIS KAITO : JOM TAMBAH FOLLOWER


Saya join segmen lagi.. hihii.. Saja seronok untuk kenal lebih ramai blogger lagi.. (",).. Kalau u all pun nak tambah follower & nak join, klik banner tau..

Segmen : Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita !



Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 07/10/2011

Kali ni saya join segmen Bloglist pulak.. Saya telah di tag oleh Nisa & Susan.. Segmen ni akan memilih 10 blog yang menarik minat Ryn untuk di review selain akan buat entry khas untuk promote blog tersebut.. So, kalau u all pun nak join klik banner dekat atas tu cepat2 tau.. (",)   

Ohya, saya juga nak tag 2 orang biras saya ni..Mama Idlan & Ibu Nurul.. Haa lagi satu kalau u all teringin nak kenal siapa biras saya.. boleh je u all klik link yang saya bagi tu... hihii

Segmen | Jom tambah follower


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 30/09/2011 @ 3 petang

Kali ni saya join segmen yang dianjurkan oleh LULU.. Jomlah join u all.. sama2 kita tambahkan followers.. hihii :-)

SEGMEN XX-TRA FOLLOWERS



Nak join klik banner

Saya join segmen lagi.. hihii Mana tau boleh tambahkan followers selain dapat lebih ramai lagi kawan yang baik2 dekat alam maya ni :-) Kalau u all pun nak join klik banner tau.. Secara tak langsung dapat jugak up kan traffic u all.. muahhah..

Saya nak tag :-

Aku nak promosi blog di UmarFaruq.Com!!

umarfaruqdotcom
Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 12/09/2011

Saya teringin untuk join segmen ni.. Kalau u all pun nak blog u all di'promosi'kan.. u all cepat2 lah klik banner dekat atas tau.. Mana tau, untung2 boleh tambah traffic blog u all :-)

Wanie bagi saya doodle raya.. hihiii Thanks Wanie :-)


Tadaaaa nampak tak doodle kat atas ni.. Inilah doodle yang wanie buatkan untuk saya... hihii Actually, sebelum ni, saya ada join Segmen Wanie: Doodle Raya Free.. So, inilah doodle tersebut.. hihii.. 

Doodle ni saya akan letak di blog kedua saya la.. Blog IntaNBerliaN GA & Contest 

Bukan apa.. blog GA saya tu pun perlukan seri jugak lagipun saya join segmen ni dekat blog GA.. :-) Apa2 pun terima kasih sangat2 tau wanie.. suker :-)
P/s : Nanti saya akan tunjukkan u all banner & watermark yang saya menang tu.. hihii

SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER: Saya Blogger Wanita


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 01/08/2011

Kali ni saya teringin nak join segmen lagi.. hihii SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER: Saya Blogger Wanita.. Maklumla, follower saya tak ramai.. join segmen ni, boleh jugak membantu memperkenalkan blog saya nih.. cewahhh.. muahahaaa  

So, kalau u all pun teringin nak join, klik banner dekat atas yer.. :-)

SEGMEN JOM FOLLOW DAN KOMEN



Nak join klik banner
Last date : 03/07/2011

Follower saya setakat entry ni ditulis adalah 296 orang.. sikit je.. huhuu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...