Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Connection Tot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Connection Tot. Papar semua catatan

Alisha tolong masak untuk abah?

Wah hebat tak Alisha ni.. siap masak untuk abah dia lagi... hahhah.... Actually semalam my dear tiba2 pulak teringin nak makan maggie... so, my dear pun pergilah masak...(",) Elok je my dear kupas kulit bawang, anak dara saya yang melihat dari jauh ni, terus je ambik kerusi merah dia tu bawak pergi dapur... hihi


Ada gaya macam orang dah biasa ke dapur tak??.. hehhe


Ibu & abah alisha ni jenis yang macam ni lah... lebih suka mengajar dari melarang.. dah dia tunjuk minat ajar je lah kan... padahal umur belum lagi 2 tahun tapi macam orang besar... sibuk jugak nak masak.. dapat kacau pun jadilah.. muahahahha


Ohya, u all janganlah pikir saya biarkan je alisha buat semua ni tanpa pemantauan tau... Walau apa pun alisha buat, walau apa pun saya ajar alisha, walau apa pun saya bagi keizinan dekat alisha lakukan, semuanya di bawah pemantauan saya or abah alisha... (",) Kami ni jenis parent yang suka anak explore... biar jaringan2 dalam otak dia tu bersambung sebelum jaringan tu makin berkurangan... hihi

P/s : BE ke 18 singgah di blog GA (Digi Prepaid Mass Promo)

Cerah bijik mata kerana Alisha..

Kejadian ni berlaku di kampung my dear, ketika saya tengah tidur di waktu petang.. sekali Alisha datang menempek dekat sebelah saya.. Dalam keadaan mamai2.. saya celik mata... & sangat terkejut terus cerah bijik mata & terus pergi ambik kamera.. hihii.. Saya boleh nampak alisha menyelak buku kecik & tekan2 buku tu nak bagi betoi balik sebab buku tu terkemek.. & dia amik sebatang pen terus menconteng buku tu tapi sayangnya.. dakwat pulak takda...

MasyaAllah.. terkejut giler saya... yela, sejak saya belikan sketcher dekat Alisha, saya dah tak bagi dia main pen.. & saya sendiri pun tak pernah terfikir yang alisha pandai menconteng di kertas.. rupa2nya sangkaan saya salah sama sekali... Alisha cuba buktikan dekat saya dia pandai guna pen & kertas... & dia tahu yang pen tu digunakan untuk menconteng kertas bukan conteng dinding.. hihii

Kesian Alisha.. Saya tak bawak balik kampung sketcher dia tu.. tu yang dia pergi cari pen & kertas... Rajin betoi anak saya ni... time balik kampung pun sibuk nak study.. hihii


Inilah buku & pen yang Alisha guna tu..



 Saya bagi Alisha guna pensel sebab pen takda dakwat


Tapi Alisha taknak guna pensel tetap jugak berkenan dekat pen yang takda dakwat tu.. hihii


Pegang pen terbalik pun takpalah.. pegang betoi pun, bukan ada dakwat.. muahhaha


 Bila dah balik Sungai Petani, saya bagilah Alisha pen & kertas.. Cantik tak lukisan Alisha tu?.. hihii.. TAPI bila saya dah bagi pen, bukan setakat kertas dia conteng...


Tu diaaaaaa... Tengoklah muka dia yang bertempek dengan bedak tu pun berconteng dengan pen... muahahhahha

P/s : Kita jangan fikir anak kita tak pandai guna or buat sesuatu selagi kita tak bagi mereka mencuba sesuatu.. Sebenarnya anak2 mampu membuat sesuatu yang di luar kotak pemikiran kita

Rumah saya yang dah nak jadi macam "TASKA" hihii

Memang rumah saya ni dah nak jadi macam taska pun.. hihi Bahan pembelajaran Alisha penuh dekat dinding rumah saya ni tau.. Dah berwarna-warni dibuatnya.. muahhaha


 Ini untuk Alisha belajar mengenali anggota badan dia & untuk belajar Alif Ba Ta.. Ohya, kalau u all nak tahu.. setiap kali saya cakap dekat alisha.. "Alisha.. cepat baca Alif Ba Ta".. Alisha akan cepat2 tengok pelekat dekat dinding ni.. thats mean, Alisha tahu yang itu adalah "Alif Ba Ta".. hihii Good Girl lah (",)

Lagi satu, Alisha pun dah pandai sebut "A Ba Ta" tau.. hihii Jadilah kan.. pelan2 belajar (",)


Ni pulak puzzle mat 123 yang versi besar punya...


 Ni pulak puzzle mat 123 & abc huruf kecik.. saya suka dengan yang 123 tu sebab dia ada tanda +, -, x, =.. senanglah saya nak ajar alisha 1+2=3... hahahhah

Cermin yang cun melecun tu pun tak lupa jugak untuk melekat di dinding rumah saya ni... Mahu taknya.. anak saya ni kan anak dara.. sukakan cermin hokay... hahhahah Serius la u all, alisha ni kalau saya bagi dia pakai apa2 atas kepala dia samada tudung ke cekak ke topi ke.. lepas tu saya cakap cantikkkkkkkkk... mesti alisha akan cepat2 pergi tengok cermin dia sambil tersengih2... mauhahahhahhah


 Yang ni pulak mini puzzle mat untuk ABC huruf besar & 123.. Gambar rama2 tu pulak.. menjadi pilihan alisha untuk dibeli ketika kami ke taman rama2..

Kalau u all nak tahu.. semua puzzle mat yang melekat dekat dinding ni dah berapa kali saya lekat sebabnya setiap kali alisha "study" dia mesti cabut & usung ke mana je dia pergi.. hihii


Yang ni pulak mainan alisha.. penuh sebakul.. ni yang muat dalam bakul.. yang tak boleh sumbat dalam bakul ada lagi tu.. hihii


 Ni pulak antara bahan pembelajaran alisha..


Tebal tak flash card alisha?? hihii.. sekali alisha guna flash card ni... bersepah satu rumah.. hihii alisha ni kalau dia tengok flash card.. dia bukan tengok semata-mata tengok tau.. tapi dia akan betul2 tilik & bila ada mana2 flash card yang menarik hati dia.. mula la dia akan pot pet pot pet.. kadang2 tu, bawak flash card tu dekat saya nak tunjuk.. saya pun explain la pasal gambar dekat flash card tu.. hihii

Setakat ni alhamdulillah la.. alisha menunjukkan minat untuk membaca.. pantang jumpa buku ke surat khabar ke mesti belek.. kalau dulu suka koyak.. sekarang dah besar.. dah tak koyak tapi memerhati pulak.. (",)

P/s : Lain kali saya buat entry gambar alisha setiap kali "mengadap" bahan bacaan pulak (",)

Alisha yang semakin "PROFESIONAL"

Yap.. Alisha memang dah semakin "profesional" sejak2 dah dapat ijazah ni.. profesional "mengemas" di dapur yer.. huhh!


Kalau sebelum ni ketika dia pandai merangkak, dia hanya "kemaskan" kabinet dapur saya ni bahagian bawah je... pendek kata periuk belanga saya tu habis berdentam dentum la...


Tapi sekarang ni, bila dah pandai berjalan... tu diaaaaa bahagian atas kabinet tu pulak dia "kemaskan"... habis senduk la sudip la sudu garfu semua di bawa keluarnya...


Sanggup si budak kecik ni jinjing kaki, janji dapat "tolong" ibu dia "kemaskan" kabinet...


Yang tak tahan tu.. baru bangun tidur terus je ke dapur tolong saya "kemas".. ayoyooo anak saya ni lah.. time saya busy masak dekat dapur, time tu lah dia pun busy jugak nak "mengemas"..



Satu perkara yang buat saya surprise.. sudu jatuh ke bawah kabinet tu.. tak sangka pulak saya yang dia boleh baring atas lantai lepas tu ambil sudu tu sendiri... hahahha Good Girl!! Connection tot berlaku dekat situ!... hihiihiii *Macam iklan susu Wardina dengan anak dia.. sudu jatuh bawah meja*... (",)

Takpalah anak ibu... ibu tahu kamu sedang dalam proses pembelajaran.. Ibu tak kisah walaupun 10 kali sehari buat kerja yang sama.. ibu kemas kamu sepahkan, ibu kemas lagi tapi kamu sepahkan lagi... takpalah sayang.. janji kamu dapat belajar & ibu takkan halang jaringan2 dalam otak kamu tu untuk bersambung sebanyak yang mungkin... (",)

 P/s : Bagi saya, dengan kita membiarkan anak kita melakukan sesuatu tapi di bawah PENGAWASAN kita.. ia mampu meningkatkan pembelajaran anak.. kiranya, apa yang dia nak terokai tidak tersekat. Saya lebih suka tidak menggunakan perkataan "JANGAN" dekat alisha tapi saya lebih suka explain dekat dia jika sesuatu yang dia main tak sesuai dengan dia.. contoh pisau.. kiranya saya akan explain kenapa pisau tu tak sesuai dia main.. so, secara tak langsung, alisha dapat belajar.. (",)

Connection tot..cara Alisha pegang HP

Alisha sekarang ni dah macam orang besar.. dah makin pandai..!! kalau sebelum ni, setiap kali dapat hp mesti masuk mulut.. lepas tu habis lenjun hp tu dengan air liur dia.. tapi sekarang ni, Alisha dah makin advance.. dapat hp habis ditekannya... cara pegang hp pun dah macam orang besar.. hahha


Tengoklah tu.. betapa tekunnya dia mengadap hp.. konon teror sangatlah tu.. hahha... Buat apa tu sayang... hantar mesej ke?.. muahahha


Kadang2 Alisha ni pergi tekan button call.. tapi nasiblah setakat ni dia hanya tekan call opah dia.. *free* kalau orang lain.. jenuhlah nak membayar bil.. hiihii


Hp lama ni saya bagi dia main tapi kadang2 dia nak jugak hp saya yang lagi satu tu.. yang ada kamera.. ada gambar ada warna.. tu yang dia berkenan sangat.. kadang2 dia pergi ambil gambar.. hahhah jumpa pulak dia cari function kamera tu.. muahahha

Kadang2 saya sengaja bagi hp dekat alisha dalam keadaan terbalik, mean, saya pegang dekat bahagian button bagi dekat dia.. si alisha ni pulak akan terima hp tu dalam keadaan skrin hp dekat bawah la kan... tapi dia pandai... pusingkan hp tu.. yela, takkan dia nak tekan skrinkan.. mestilah nak tekan button & mata tengok skrin kan.... hahhah connection tot berlaku lagi..!! muahahah... pandailah kamu ni sayang... hihii

Alisha & Kabel Handphone

Rasa macam nak tersengih + tergelak je ni.. hihii.. Bukan pasal apa pun, cuma teringatkan gelagat Alisha.. Normally, saya akan upload gambar dari handphone ke komputer semasa menyusukan Alisha or Alisha tengah main2 dekat sebelah saya.. Saya upload macam biasala, takda pulak terfikir Alisha memahami or akan meniru gelagat saya..

Kalau u all nak tahu, rupanya ramalan saya tu salah.. rupanya dalam diam Alisha memerhati & belajar memahami apa yang saya buat.. hihii.. Malam tadi ketika saya tengah guna komputer, boleh si Alisha ni pergi ambil kabel & nak cucuk kabel tu dekat cpu.. wah! connection tot telah berlaku.. heheh TAPI janganlah u all fikir si Alisha ni, nak cucuk betoi2 dekat lubang nak sumbat kabel tu.. si alisha ni just cucuk dekat2 area lubang tu je.. part2 dekat cpu tu je.. tapi saya tetap bangga dengan Alisha.. muahahha

Kebetulan ketika Alisha nak cucuk2 dekat cpu tu, my dear ada dekat sebelah saya, so, saya pun cuit2lah my dear tu, suruh dia tengok Alisha.. kami berdua pun apa lagi.. tersengih2 la.. hahah.. Tapi yang paling syok tu, bila Alisha ambil kabel handphone tu, pergi cucuk2 dekat badan abah dia... hahahhahhah ingat abah tu cpu ke sayang oiii.. muahahhah

Rasa terkejut pun ada jugak sebenarnya.. yela, biasa Alisha ni tahu semua benda masuk mulut je.. kabel tu pun dah berapa kali jadi 'mangsa' Alisha.. tapi entah macam mana, malam tadi, boleh pulak dia pergi cucuk2 kabel dekat cpu.. hihii.. Apa2 pun, ibu bangga sama kamu sayang.. muahhhh.. Well done my baby!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...