Resepi pasta untuk anak 10 bulan ke atas

Rasa macam dah lama pulak tak share resepi anak solehah Afrina dekat blog ni... Hari ni saya nak share 2 resepi pasta... Kalau ditengok dengan mata kasar, macam sama je kan rupa dia... tapi rasanya berlainan sebenarnya... kalau anak u all takda gigi lagi tapi u all berminat untuk bagi anak cuba pasta, u all boleh blend pasta ni... tapi jika nak penyet2 je pun ok je... tengok atas kesesuaian anak u all... Macam Afrina, dia makan seketoi2 macam tu je pasta... sekali masuk mulut je..hahha... Lagipun pasta yang saya guna ni, pasta yang memang khas untuk anak2..

PASTA GORENG BERKEJU


CARA : BAWANG PUTIH DICINCANG & DITUMIS GUNA UNSALTED BUTTER... SELEPAS TU U ALL MASUKKAN PES TOMATO.. MASUKKAN PULAK AYAM YANG DIKISAR KERING... MASUKKAN AIR & LOBAK MERAH... DAH AGAK2 HAMPIR MASAK, U ALL MASUKKAN PULAK PASTA YANG DAH DIREBUS BERSAMA DENGAN KEJU BEGA... GAUL2... SIAP..!! bagi saya, pasta ni memang wangilah bau dia... bukan setakat wangi, sedap pulak tu... lagipun kita guna unsalted butter... tu yang menambahkan lagi kesedapana dia...

PASTA GORENG BERTELUR


Kalau anak u all dah pass telur, u all boleh try resepi pasta ni dekat anak u all... Time saya buat pasta goreng bertelur ni saya dalam proses "4 days rule - TELUR" untuk Afrina... CARA : BAWANG PUTIH DICINCANG & DITUMIS GUNA OLIVE OIL... LEPAS TU MASUKKAN PES TOMATO HOMEMADE... MASUKKAN PULA AYAM YANG DICINCANG... BILA AYAM DAH MASAK, MASUKKAN LOBAK MERAH... LEPAS TU MASUKKAN PASTA YANG DAH DIREBUS... MASUKKAN TELUR, KACAU2... SIAP..!!


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

6 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown October 02, 2015
mudah je caranya.. nampak sedap laa kak.. hehehe.. tp klau tekak org besar ni mesti nak pedas..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI October 02, 2015
tiba- tiba rasa nak buat utk diri sndiri..hihi
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip October 03, 2015
yang style bertelur tu slalu buat time jadi student..
mmg stock pasta akan slalu ada kat hostel.. kami bleh masak kat hostel..
senang.. rebus n kadang2 makan ngan lauk tapau kt cafe ehehe..
lynndAmya lynndAmya October 05, 2015
Salam, haha comelnyaa...entry2 resepi akak msak untuk anak akak ni buat sy xsabar pula nk ade anak..xsabar nak masak2 cmni jugak utk anak saye nt..insyaAllah, haha :D
Unknown Unknown October 06, 2015
sedapppp!! anak2 pun suka