U all pernah pergi kedai Mr.Diy tak?? U all tahu tak kedai ni "berhantu"? Ke "hantu" tu tak merasuk u all??.. Saya kan, kalau setiap kali pergi kedai Diy ni, confirm terasuk.. "hantu" yang saya maksud kan tu bukan hantu yang u all takut tu tau... sekadar penggunaan word "berhantu".. hahha... Mana taknya, setiap kali masuk kedai Diy tu, rasa macam semua benda nak beli, kalau ikutkan hati, dengan kedai diy tu nak angkut sekali bawak balik rumah...hahhahah... Mahunya tak, barang2 dekat kedai Diy tu semuanya murah2..!! Lebih2 lagi saya ni buat aktiviti homeschool anak2, so, Diy ni memang kedai yang dicari2lah kan...
Nak tau ber"hantu" tak ber"hantu"nya kedai Diy ni, u all bayanglah... baru ni saya pergi ke kedai Diy, sampai sana, lagi 15 minit nak tutup kedai... Dalam tempoh 15 minit tu, apa yang saya berkenan, saya ambik2 je... tak kira pun berapa anggaran jumlah harga barang tu... dari rumah dah berhajat nak beli satu barang ni untuk aktiviti homeschool anak2 saya... tapi bila sampai, barang yang saya nak beli tu, saya tak beli pun, tapi barang yang tak plan tu jugak yang saya beli... haihhh!! Ber"hantu" tak??... hahhah... Ini kalau saya pergi lagi sekali dengan tujuan nak beli barang yang saya nak beli tu, mau saya beli sekali dengan barang lain lagi ni...hahhah.... Kalau pergi Diy, penuh satu bakul beli barang... Itu belum campur barang yang dekat tangan anak lagi... Bila dah masuk je Diy tu pulak, bukan setakat ibu je "terasuk", anak pun sama jugak... lagi haru.... Si abah je yang tak "terasuk"... pandai abah tahan diri dari kena "rasuk" yer... hahahaa...
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"