Nasihat untuk jurumekap & butik pengantin

Firstly saya nak cakap, apa yang saya tulis ni adalah pengalaman family saya sendiri.. Pikir positif apa yang saya nak coretkan ini.. jangan tanya saya siapa jurumekap tersebut or apa nama butik tersebut... saya bercerita sekadar untuk meluahkan perasaan terkilan... Walaupun yang jadi pengantin itu bukan saya... tapi tak salah untuk saya tulis rasanya kan.. at least siapa yang bergelar jurumekap or mempunyai butik pengantin ni boleh ambik perhatian apa yang saya nak bagitahu ni... Yang paling penting bila kita berbisnes dalam bidang macam ni, kepuasan pelanggan itu tersangatlah penting...!! Ianya secara tak langsung, ibarat strategi dalam marketing la jugak... bila servis kita bagus, pasti kita akan direkemen dekat orang lain... marketing dari mulut ke mulut kekdahnya.... tapi kalau servis kita tak ok, apa yang kita dapat?? 

Hari Jumaat @ 23/10/2015 baru ni, adik perempuan saya nikah manakala 24/10/2015 pulak, kenduri perkahwinan mereka... Majlis tersebut, parent saya buat di dewan... Urusan butik pengantin ke mekap ke catering ke dewan ke segala bagailah, semuanya diuruskan oleh parent saya sebabnya adik saya berada di Kuantan manakala majlis akan dibuat di Perak... Bila orang tua yang uruskan pasal butik pengantin ni, u all tahu je la... mesti parent kita buat pilihan mengikut apa yang orang suggest je kan... manalah mereka tahu pasal benda2 macam ni.. mereka pun bukannya tahu nak google review butik tersebut samada ok or tak kan... Parent saya ambik butik tersebut selepas ada hamba Allah ni yang suggest.. katanya anak dia guna servis dari butik tu sebelum ni, oklah katanya kan... tapi tu la, maybe rezeki masing2... Bila dengan hamba Allah tu ok, dengan kami sebaliknya...

Masih terngiang2 di telinga saya... masih terbayang di mata saya reaksi jurumekap dekat butik tersebut bagitahu yang dia kalau mekap ambik masa 3 jam... Ohya, time ni saya & family ke butik tersebut untuk bayar pendahuluan... Saya pulak memang jenis yang banyak mulut & cerewet bab2 ni.. so, walaupun perbincangan tu antara parent saya dengan jurumekap & tokey butik tersebut, tapi saya tetap jugak banyak bertanya... mahunya tak, majlis perkahwinan adik saya kot... bukannya orang luar... ketika perjumpaan ni jugak, adik kepada tokey kedai @ jurumekap tersebut, ada bagitahu suruh adik ipar saya ukur baju nikah & sanding tu dulu hari khamis nanti, jika tak muat, pagi2 jumaat tu datang ke butik tersebut & dia akan alter semula... sebab katanya nampak baju tu macam kecik je... Untuk pengetahuan u all, adik ipar saya ni orang Terengganu, sebelum ni memang dia dah datang ke Perak untuk ambik ukuran...

Nak dijadikan cerita, Baju nikah adik ipar saya tu ketat tapi baju yang nak pakai sanding ok je... So, adik ipar saya ni pergilah semula ke butik tersebut... Ikut perjanjian pukul 10 pagi jumpa di butik tapi adik ipar saya sampai sebelum pukul 10 pagi... U all tahu tak pukul berapa adik kepada tokey kedai tu sampai ke butik tersebut??? Pukul 11... Janjinya pukul 10... katanya rumah dia dekat je.. taman belakang butik tu je pun... Itupun, adik tokey kedai tu sampai selepas beberapa kali abah saya telefon... Bila abah saya telefon tokey kedai tu, tokey kedai tu cakap, adiknya jenis susah bangun tidur... What???? Dekat sini pun dia dah bagi "pandangan pertama" di mata saya yang buruk..!! saya sangat sangat sangatttttt tak suka dengan orang yang tak pandai urus masa... Itu satu hal... Lagi satu, kan ada baju nikah dengan baju sanding... baju sanding, elok je dengan adik ipar saya.. tapi baju nikah tu, ketat... apa kes?? sebenarnya dia alter ke tak baju nikah tu?? dahla macam tu, baju tu pulak berbau... Alahai sayanggggggg... tau lah baju nikah tu FOC....

Itu pagi Jumaat punya cerita... Petang Jumaat punya cerita pulak ni... Ikut perjanjian, katanya dia akan datang mekap adik saya pukul 2 petang... adik saya nikah selepas asar... Asar kan sekarang dah awal, kalau tak silap hari Jumaat tu asar pukul 4.21 petang... kalau ikut kata si jurumekap yang dia mekap selama 3 jam tu, dah sah2 la kalau dia start dari pukul 2 petang tu, tak cukup masa kan... Kalau 3 jam, bermula pukul 2 petang, mesti akan siap pukul 5 petang kan... U all tahu tak jurumekap tu datang rumah pukul berapa??? Saya tengok jam hokey... hampir pukul 3:30 petang baru sampai rumah parent saya..!! Itupun tak larat nak telefon dia... Bila tanya asyik otw... Walaupun bukan saya yang kawen, tapi hati saya pulak yang membara... hahhahah... Kan saya dah cakap, saya tak suka orang yang tak pandai urus masa... Adik saya pun dah susah hati... u all bayangla, orang dah ke masjid semuanya... adik saya belum siap mekap...!! Ikutkan hati saya, rasa macam nak je "bising2" dekat tukang mekap tu haaa... tapi saya buat derk je la... dengan harapan, mekap time kenduri takkan berlaku kes lambat macam ni lagila...

Harapan hanya sekadar harapan... U all tahu tak?? Jurumekap ni berjanji nak datang rumah pukul 9 pagi... Ketibaan pengantin di dewan pukul 1 tengahari... Kalau ikutkan katanya yang 3 jam mekap tu, dah sah2la paling lewat pun, dia kena mekap pukul 10 pagi kan... Tapi dah kata tak pandai urus masa.... Pukul 10:30 abah saya telefon, katanya dia tengah sarapan...!!! Whatt??? Berdesing telinga saya dengar.... Pantang betoi saya orang yang hanya tahu berjanji tahu bercakap tapi tak tahu tunaikan... Please ok, bila awak jadi jurumekap, bila servis awak melibatkan majlis orang... tolong bagi perkhidmatan yang terbaik..!! yang paling penting bila awak bekerja di bidang ini adalah PENGURUSAN MASA...!! Awak tahu tak yang pengantin tu dah nak terberak terkencing tunggu awak... Itu adalah majlis besar mereka... Pukul 11 pagi baru jurumekap tu sampai rumah parent saya... Datang dengan muka manis senyum2... Baguslah kan nak senyum2 muka manis2 tu... tapi apa salahnya MINTAK MAAF... Ini tak... buat macam takda apa yang berlaku.. buat macam tak bersalah je gayanya... 

Bila dah jadi macam ni, barulah kami tahu... rupa2nya, memang dah ramai orang tak ambik sangat dengan butik tersebut... Memang butik tersebut dah disenarai hitam... Masa ni lah baru kami tahu, kisah pengantin2 yang sebelum2 ni.... Puncanya hanya 1 je u all... PENGURUSAN MASA... Bila kita tak pandai urus masa, HABISLAH JAWABNYA... Bukan dalam kes ni je, dalam apa hal sekalipun, pengurusan masa tu tersangatttttttttttttt penting..!! kalau melibatkan masa, kaum kerabat saya pun pernah je dengar saya "bising2"... contohnya kalau kami nak gerak ke mana2, janji pukul 10 tapi pukul 9 masih duk terhegeh2 dengan baju tak packing lagi... haaa ini antara nak buat saya bising... hahhaha.. Dari zaman anak dara lagi saya memang pentingkan pengurusan masa... Kalau saya berjanji dengan orang, nak keluar pukul 10, sebelum pukul 10 saya dah siap tunggu depan rumah... Ini kadang2 saya nampak orang berjanji pukul 10 tapi bila kawan sampai pukul 10:15, kita masih lagi duk bersiap... terpaksalah pulak kawan tu menunggu kita... Please la ok... belajar hormati masa orang... 

Ohya, yang pasal butik tu kan... abah saya memang serahkan 100% dekat tokey & adik kepada tokey butik tersebut untuk buat pelamin dekat dewan tu macamana... tapi dalam masa yang sama, dia ada bagitahulah apa yang dia akan buat... sekian sekian sekian... tapi bila siap... errrmmmmm... Ini kes kami dengan butik tersebut... jangan tanya saya apa nama butik tersebut... kang jatuh mengumpat pulak... wakkakakak... Cuma saya nak cakap dekat sini, Jika awak adalah jurumekap or awak tokey butik pengantin, tolonglah hormati masa client... belajar pengurusan masa... ni bila masa tak cukup, mulalah awak mekap ala kadar je... Client bayar tau.. Bukan free... Client pilih awak sebab dia percayakan awak.. Tapi bila awak buat macam ni, awak dah burukkan nama awak & butik awak... Semua pengantin & family pengantin mengharapkan yang terbaik dari awak... kalau awak ada nak bagi FOC dekat client sebagai contoh baju, awak basuhlah jugak baju tu ye wak... janganlah mentang2 FOC awak bagi baju yang bekas peluh orang... Berkerja dengan ikhlas, InsyaAllah akan semakin berjaya & murah rezeki... Harapan saya, moga butik tersebut akan semakin maju disertai dengan perubahan yang positif... Berubah ke arah kebaikan adalah terbaik... jangan bila orang tegur, awak buat tak tahu je... walaupun yang tegur awak tu bangsa lain... terima pandangan orang untuk kemajuan diri sndiri jugak kan wak? Apa2 pun semuanya dah selamat.. setiap orang ada rezeki tersendiri... maybe si polan ni si polan nun ok dengan butik or jurumekap tersebut tapi adik saya tak... itu namanya bukan rezeki adik saya untuk dapat servis yang terbaik... Tapi tetap jugak bersyukur... semuanya dah selesai...

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
Nasihat untuk jurumekap & butik pengantin

{ 17 comments.. read them below or add one }

Nafisa81 Nafisa81 October 27, 2015
Oppss....hehehe...bulan 6 hari ti adik kawen...photographer pula ntah hape...bayar je mahal
..kalau tak...baik pakai henpon je...
eima eima October 27, 2015
cer highlight sikit nama butik supaya orang lain tak kena lagi kes begini ..kesian org lain kot ..... byr beribu tp yg dpt hampeh
Cik Tie Cik Tie October 27, 2015
oo.. boleh haru biru jugak la majlis kalau kes jadi camni. Apa la jurumekap ni. Orang boleh nangis tau kalau awak buat camni.
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha October 27, 2015
Tu psl...bila eca nak kawen nnti, eca nak buat sndiri semua hal2 tu..baru puashati.hehehehe~
Nad MamaZN Nad MamaZN October 27, 2015
x mampu baca abes.. sbb panas hati plak baca entry ni. geram sgt kt mak andam tu. sgt tak suka berurusan dgn org yg x pandai manage masa..
JunAina JunAina October 27, 2015
Ni namanya nak melingkupkan bisness sendiri...
muja muja October 27, 2015
tengok je tajuk entri ni terus bukak. nnti muja buat entri pasal majlis muja pulak. mmg haru. sampai sekarang, kalau teringat, memang nak menangis. tapi orang dok kata, asal kawin sah. dye tak tahu dalam hati ni macam mana. mmg tak la adik2 aku kawin nnti nak pilih dia lagi sekali.

ps-rasa macam nak buat majlis kawin sekali lagi je bila teringat. siyes! :'(
nusha fasha nusha fasha October 27, 2015
uihh truknya service..

kak, walau akk kata jgn tnya butik mana. blh ke pm yui secara private kat fb? tkutla plak yui yang terkena.. huuu.. walau xde rncg, tp kena beringat ni
lynndAmya lynndAmya October 27, 2015
Salam, hmmm...risaunye jadi benda2 camni kan :(
Sy ni pun dah booking mekap dah, tp dlm dilemma jugak sbb tukang mekap yg sy nak tu jrg ade..jd kena stand by org lain..org lain mekap xmeyakinkan pulak tu..hadoi...rase cm nak mekap sendiri je ni..hmm :'(
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah October 27, 2015
hmm myb fae suruh kwn atau saudara mekapkan fae time nikah nanti..
azizah green line azizah green line October 27, 2015
teruknya servis camni.. sampai bila 2org xcaya dah.
Cikna Cikna October 29, 2015
Cikna pun alami benda yg sama tp bukan berkaitan masa tapi berkaitan jumlah bayaran, ingt bayar mahal kot muka boleh jadi cam che ta ke siti nurhaliza tp biasa je.....
Fiza Rahman Fiza Rahman October 29, 2015
Memang tak patutlah org macam ni. Tau nak untung jer. Elok viralkan nama butik tu supaya orang lain tak kena sama.
shahdiana shahdiana October 31, 2015
Tula..nak kata lain kali x nak dah pun x bole kan ina..sbb majlis dah habis...n adik bongsu...cme bila jadi camni kita jadi ralat kan...btw...ina pm yn butik n jurumekap ni bole x...manatau takut trkena sbb adik yn kalau ada rezeki tahun dpn ni nak buat majlis nya...x nak la trkena macam ni...
nini nini October 31, 2015
Alhamdulillah kakak yamg nini deal okey.....puas hati la
Hihi
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip November 14, 2015
eeeeeh boleh pulak eh dia buat cenggitu.. huurrm.. apalah nak bisnes jgn la gini.. plus lama gila dia mekap.. 3 jam ? kawan CT mekap 45 min je kak ahaha.. pro ke tak tu smpai 3 jam..