7 KOLEKSI RAYA TUDUNG BUDAK YANG KEBABOOOMMM DENGAN JAMINAN 180 HARI..!!!

Minggu depan dah nak masuk bulan puasa, dah buat persiapan baju raya ke u all? dah ada tema? meh padankan dengan tudung pula tema u all tu.. U all yang ada anak perempuan, baca entry ni sampai habis tau, saya ada niat nak meng'hasut' u all ni.. hahahaha.. Ni haa, saya nak tunjuk dekat u all 7 KOLEKSI RAYA TUDUNG BUDAK @ TUDUNG KANAK-KANAK yang pasti kebaboooommmmmm..!!! Dahla design dia tu kebaboom, ada JAMINAN 180 HARI pula tu!! Arghhh pengsan, 6 bulan kemain lama dia punya jaminan. Sebenarnya ada banyak tudung kasual yang kami jual tapi ini antara yang terkini, dengan kata lain, KOLEKSI RAYA.

Design yang kami bawakan untuk u all adalah design yang boleh buat u all rasa frust yang amat jika tak beli. Cantik memang tak beragak dan selesa memang yang amat. Pasti anak u all akan teruja, dah pakai taknak bukak2 dah tudung, silap haribulan, takdan pakai raya dah rasmi dulu... hahhah.. Eh betoi tau, saya ada customer yang beli untuk raya, sekali anak dia dah nak guna. Nampak tak?? Secara tak langsung, tudung kami dah berjaya menyuntik anak2 untuk bertudung di awal usia.

Jangan risau u all, produk kami GERENTI PUAS HATI, GERENTI AKAN BUAT ANAK U ALL TERSENYUM GEMBIRA. Kalau anak u all tak gembira atau tak suka, u all habaq mai kat saya, kami akan kembalikan duit u all. Kami hanya nak duit hasil dari senyuman anak u all, kalau anak u all nangis2 tak mau pakai, bagitahu saya. Tapi setakat ni, customer saya, anak2nya semua suka, mak2 dorang jangan dikata, beli sehelai mana nak cukup, pejam mata je beli 2 3 helai.

U all jangan risau pasal tudung, InsyaAllah kualitnya sangat kebaboommm, memang best!! Ada jaminan 180 hari. Contohla anak u all dah 5 bulan guna tudung kami, dari anak u all guna comel lote sampai bulan ke 5 dah tak berapa nak comel, muka tudung kemain jadi besar, dengan awning kelepet bagai, u all boleh datang komplen dekat saya, bagitahu anak u all dah tak comel guna Tudungsicomel, jangan risau, kami akan gantikan yang baru dekat u all, yang dah guna 5 bulan tu, kami hadiahkan dekat u all, tak perlu dipulangkan. Taknak ganti tudung?? Kami pulangkan kembali duit u all. pilih mana satu, nak tudung atau nak duit semula.

Kenapa u all patut beli tudung keluaran Tudungsicomel ni dengan saya? Pasal saya akan bantu u all sehingga tudung tu sampai ke tangan u all. Sebagai contohla, dah 3 4 hari parcel di pos kepada u all, tapi u all masih belum terima, jangan risau, BAGITAHU SAYA, saya akan MEMBANTU, saya akan semak dengan pos laju untuk mengetahui status pesanan u all tu. Tapi u all kenalah bagitahu saya kalau belum dapat. Lagi satu contoh kononlah seminggu dah kami pos tapi u all masih tak dapat parcel tersebut, sehingga hilang terus dari radar, tak dapat dikesan kat mana parcel tu berada, jangan sedih, jangan berduka lara, kami akan pos yang baru dekat u all, PERCUMA je u all, PERCUMA, u all tak payah bayar kali kedua. Kami akan tanggung kerugian tersebut, asalkan u all puas hati!! 

Lagi satu contoh, u all dapat tudung kami tak cantik, benang jahitan tudung tersebut tetas, yang ni pun u all boleh bagitahu saya tau, tak payah cerita atau komplen dekat kawan, kawan bukan boleh bantu u all, u all komplen dekat saya ni haa, saya SEDIA MEMBANTU. Kami akan pos kan yang baru dekat u all, tudung di tangan u all tu jika harganya bawah RM50, kami hadiahkan je dekat u all.. Best ke tak best ni u all??? Apa tunggu lagi, jom cuci mata tengok gambar tudung pula. HARGA TUDUNG KAMI SETANDING KUALITI.

TUDUNG SHOPKINS


INSTANT SHAWL KUPU-KUPU



TUDUNG SYRIA PUCCI 


INSTANT SHAWL SAFIYYA


TUDUNG MEEDINA



SHAWL 2 MUKA TEJA


TUDUNG SYRIA TWIKLE ( BERKELIP-KELIP )


Kalau u all nak tahu maklumat lanjut tudung2 tersebut, u all whatsApp saya tau. Kalau saya tulis semua butiran tudung tersebut di sini, kang terlajak panjang pula, ini pun dah panjang. haha. Pembelian 3 helai atau 3 items campuran, kami bagi diskaun 10%. Masa ni la u all pakat-pakat ajak kawan-kawan, jiran tetangga join beli. Dapat kurangkan harga tu satu hal dah, nanti u all pun dapat pahala, pahala sebab membantu anak jiran cantik comel lote di pagi raya... gittewww.. 


PM DI FB : Zarina Tazari
PAGE : Tudung untuk Si Comel 
WEBSITE (pembelian secara online) :TudungSiComel.com 

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

2 comments.. read them below or add one

Diana Diana May 18, 2017
Untung anak-anak skg, kecik2 dah ada macam2 fesyen tudung :)
Nisa Nisa May 18, 2017
Eeii, cantik sangat. I will show this to my sis-in-law. She has a daughter yang sukakan tudung. I'm sure, she will love it too.

http://panphila.blogspot.my