Saya Wakil Jualan Sah TudungSiComel.Com


Saya serius dengan jual produk TudungSiComel.com ni dari akhir tahun lepas. Saya adalah KREW KHIDMAT PELANGGAN TUDUNGSICOMEL, di mana saya membantu pelanggan-pelanggan membuat tempahan di samping membantu menjawab persoalan yang pelanggan ingin tahu. Eh, tapi kalau u all nak gelarkan saya ni, krew khidmat pelanggan ke, agen ke, wakil jualan ke, dropshipper ke pun boleh, yang penting, produknya adalah barang jualan di TudungSiComel.com.   


Saya sebenarnya tak sangka yang saya akan terlibat dengan berniaga. Dulu dari zaman anak dara sehingga 2 3 tahun sebelum ni, saya tetap berpegang yang saya TIDAK MINAT BUSINESS dan TAK AKAN BUSINESS, tapi tu la, hati kita, TUHAN yang pegang. Tak sangka dengan TudungSiComel ni saya boleh serius berniaga online. Serius tak seriusnya saya u all bayanglah sampai saya buat flyers la tahun ni. hahaha. 

Saya buat flyers ni pasal nak cabar diri saya, selama ni saya jual online je sebab orang tak nampak muka sayala kononnya. Offline ni tak taula camna, flyers dah lama dapat tapi tak edar lagi. hahhahhah. Nak letak kat kereta di tempat parking, rasa malu, terfikir habislah kalau orang nampak saya letak flyers kat kereta dorang... hahhahhah.


Bukan setakat flyers, siap dengan rubber stamp saya tempah khas tau. Nampak tak?? Macam berkobar-kobar sangat nak buat offline ni tau.. tapi tu la, huwaaaa keyakinan diri nak berniaga offline ni masih rendah. Adehhh... Kalau berniaga online, jangan di cakap, rasa macam sayalah heroinnya. wakkakkaka..


Ini muka depan dan belakang flyers untuk julan tudung sekolah tahun ni.


Ini bahagian dalam flyers tudung sekolah, ada pelbagai pilihan warna di samping kod warna dan cara order. Tapi kalau u all nak beli TUDUNG SEKOLAH dengan saya, boleh whatsApp saya di http://wasap.my/60135309850 atau boleh terus beli di website kami TudungSiComel.comTudung kasual, jubah, sejadah, telekung, inner, baju sekolah, blouse, semuanya kami jual tau, siap dengan JAMINAN 180 HARI.

Kesimpulannya saya nak cakap dekat u all, saya ni KREW KHIDMAT PELANGGAN SAH, WAKIL JUALAN SAH, DROPSHIPPER SAH, AGEN SAH atau PENJUAL SAH TudungSiComel.comTak perlu ragu-ragu untuk buat pembelian dengan saya. Saya akan BANTU u all dari A sampai Z. Senang cakap sehingga barang tu sampai ke tangan u all. Ada masalah dengan pos laju pun, saya akan bantu u all sampai settle. Kalau pos laju hilangkan parcel u all pun, saya pos yang baru dekat u all. Haa sampai gitu sekali saya sediakan perkhidmatan dekat u all. Nampak tak betapa SAYANGNYA saya dekat u all? Sayang sampai tahap blog sekarang sebulan sekali je update. hahhahhahhaha. Maklumla, dah serius dengan berniaga ni, tak sempat nak update blog walaupun cerita kemainnnnnnnnnn banyak. gitteww alasan dia!

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku" 

2 comments.. read them below or add one

PERMATABIRU PERMATABIRU October 26, 2017
insyallah ada rezeki hujung tahun nie kita roger k.ina..beli tudung sek anak