31 idea untuk BUSY BAG @ bahan pembelajaran anak2 yang seronok

Di entry GAMEBOOK UNTUK ANAK-ANAK BELAJAR SAMBIL BERMAIN, saya ada janji dengan u all nak berkongsi idea aktiviti BUSY BAG anak2 solehah saya kan... Nah, ini entry yang saya janjikan tu... Sorry la yer, lambat sikit saya buat entry ni... Saya sekarang memang dah jarang update blog.. Masa saya banyak dihabiskan dengan melayan anak... Bukan tak nak update, tapi tu la... masa tidak mengizinkan... Saya buat aktiviti untuk BUSY BAG ni pun, kalau u all nak tahu, pukul 1, 2 atau 3 pagi saya bangun buat & tak tidur sampai ke sudah... tidur tak tidur bila dah sampai malam esoknya... Di siang hari saya tak dapat nak lakukannya, tunggu anak2 tidur lena barulah saya boleh buat...

Sebab tu bagi saya, dalam bab mengajar anak TIDAK BOLEH WUJUDKAN ALASAN "Si polan tak kerja, bolehla ajar anak dekat rumah"... Kalaulah saya ni buat kerja ni semua dalam tempoh orang bekerja @ waktu pejabat @ pukul 8 pagi hingga 5 petang, layaklah orang berkata sedemikian.. tapi saya buat semua ni dalam tempoh orang tidur lena pagi2 buta... Kalau u all dah lama follow blog saya, pasti u all selalu jumpa ayat "UNTUK BERJAYA DALAM APA HAL SEKALIPUN JANGAN SESEKALI WUJUDKAN ALASAN..!!".. Percayalah u all, alasan tu lah yang buat kita lambat bertindak.. bila kita tersedar, masa dah suntuk.. lepas tu mulalah duk rasa "Kalaulah masa itu dapat diputar kembali..."... Eh saya tak cakap dekat orang lain ni tau... Cakap dekat diri sendiri.. banyak benda yang saya mengharapkan masa itu dapat diputar kembali... Maklumlah, saya manusia, TERLALU BIJAK MENCIPTA ALASAN...


Untuk pengetahuan u all, BUSY BAG ni maksudnya lebih kurang u all buat sesuatu "aktiviti" untuk anak2 u all lepas tu masukkan dalam plastik bag atau mana2 bag.. Sebagai contoh masukkan aktiviti tersebut satu persatu ke dalam plastik, lepas tu sumbat semua aktiviti tu ke dalam satu bag besar ala2 poket doraemon yang ada macam2 tu ha... tak ke busy namanya tu.. hahha.. maka jadilah BUSY BAG... Eh, kalau sekadar nak letak dalam plastik macam tu je pun boleh je.. tak jadi masalah pun... U all boleh tengok aktiviti ni satu persatu.. semuanya saya laminate & guna VELCRO.. tapi gambar yang saya kongsi ni ada jugak saya ambik sebelum tampal velcro... Velcro ni yang macam pelekat kasut sekolah anak tu.. Saya dah sediakan link dekat bawah, u all boleh klik untuk ambik soft copy setiap aktiviti tersebut... Next time saya share pulak bahan pembelajaran @ CORRUBOARD dekat u all..

BELAJAR SAMBIL BERMAIN / BERMAIN SAMBIL BELAJAR


COLOUR MATCHING SCHOOL PUZZLES

Colour Matching School Puzzles ni, bukan setakat anak kita dapat main puzzle tapi jugak anak kita dapat belajar membaca & mengeja warna2 tersebut selain dari belajar kenal warna..

http://www.modernpreschool.com
Printable Colour Matching Schooll Puzzles

SILHOUETTE MATCHING GAMES

Silhouette Matching Games ni antara kegemaran anak solehah Aqilah @ 3 tahun... Saya pada mulanya ingat dia tak tau nak buat, konon2nya beranggapan dia tak paham konsep la kan... Tapi bila dia buat, e'elehhh senang pulak gayanya... Kesimpulannya, jangan under estimate dekat anak2 kita... Cara nak main, suruh anak padankan gambar dengan bayang2... Selain dari tu, boleh jugak jadikan gambar2 ni sebagai memory matching games... Terbalikkan semua gambar tu lepas tu suruh anak u all matching gambar2 tersebut tanpa mereka lihat gambar... Dekat sinilah nak menguji daya ingatan anak2 kita tu..

http://blog.theconnectionweshare.com
Printable Silhouette Matching Games

ANIMAL PUZZLE

Animal Puzzle ni macam puzzle2 yang lain tu la jugak.. Mencantumkan kembali gambar2 haiwan tersebut.. Kalau untuk Alisha yang umur 5 tahun tu, mudah sangatlah bagi dia game puzzle ni tapi game ni saya buat untuk Aqilah.. Sambil anak2 kita main animal puzzle ni, kita boleh kenalkan jugak nama2 binatang tersebut dekat mereka..


ALPHABET CLIPS CARDS

Alphabet Clips Cards ni untuk uji anak kita samada mereka dah kenal huruf besar dengan huruf kecik ke belum.. Game ni nampak macam best sebab ianya diberi 3 pilihan jawapan... dapatlah kita tengok samada anak2 kita tu dah betoi2 mahir atau tak dengan ABC ni...



 FRUIT SLICES MATCHING GAME

Fruit Slices Matching Game ni, sekali tengok saya dah jatuh cinta.. Bukan apa, rasa macam idea ni menarik & comel la pulak tengok potongan buah ni... Game ni untuk dipadankan isi dengan kulit buah tersebut...

http://www.coffeecupsandcrayons.com
Printable Fruit Slices Matching Game

CANDY CORN MATCH

Candy Corn Match ni rasanya aktiviti yang paling mudah... padankan je setiap bentuk tersebut... Di samping tu, kenalkan jugak anak dengan warna..

http://teachingmama.org
Printable Corn Match

SPY FUN SHEET

Spy Fun Sheet ni best jugak.. anak kita mencari gambar2 yang ada di kertas tersebut.. bila dah jumpa bulatkan gambar tersebut...

http://justsomethingimade.com
Printable Spy fun Sheet

http://allourdays.com
Printable I Spy cards

Q-TIP SNOWFLAKES

Q-Tip Snowflakes ni dapat mengajar anak kita lebih fokus... Yela, nak kene tengok satu persatu nak letak q-tip yang mana terlebih dahulu... Mengajar anak menjadi lebih sabar pun yer jugak ni..

http://www.playdoughtoplato.com
Printable Q-Tip Snowflakes


NUMBER WORD CARDS

Number Word Cards ni dapat membantu anak2 kita membaca & mengeja sambil mengenal nombor.. Setiap nombor tersebut, ada 2 salinan... Satu salinan yang dalam kotak dah tertulis ejaannya manakala yang lagi satu salinan petak kosong... Untuk anak yang baru nak belajar, boleh suruh anak letak huruf2 tersebut di bahagian yang dah ada ejaan tu haa... tindih je huruf2 yang dah ada tu ataupun buat dekat yang petak kosong tu tapi jadikan yang dah ada ejaan tu sebagai rujukan..

http://www.confessionsofahomeschooler.com
Printable Number Word Cards

MAMA & BABY OWL

Mama & Baby Owl ni cara nak main dia, hanya padankan ibu dengan anak.. Alaa bukan susah pun, anak kita tu hanya perlu tengok gambar burung hantu yang sama... Ibu burung hantu tu letak dalam petak empat yang besar manakala yang baby letak dalam petak yang lebih kecil...

http://teachingmama.org
Printable Mama & Baby Owl

CLOTHESPIN NUMBER MATCH

Clothespin Number Match ni untuk tengok kemahiran anak kita dalam mengira... Cara gunanya, suruh anak kepit clothespin tu guna pengepit baju mengikut nombor yang tertera dekat kepit baju tu.. Selain dari tu jugak, suruh anak padankan warna dekat kepit baju & dot dot tersebut.. Nak buat aktiviti TAMBAH & TOLAK pun boleh... Saya bagi idea, 10 + 5... suruh anak u all kepit dekat clothespin tu dekat dot dot 10 & 5 ataupun u all bagi je jawapan terus dekat anak.. cakap je "Ibu nak awak buat aktiviti tambah dengan menggunakan 2 clothespin ni nak bagi dapat jawapan 15"... So, dekat sini, maybe anak kita akan kepit dekat 7 & 8... Ikut je otak anak kita tu berpikir... tengok macamana dia nak selesaikan masalah tersebut... Untuk aktiviti TOLAK pun macam ni jugak...

http://www.confessionsofahomeschooler.com
Printable Clothespin Number

UNDER THE SEA LACING CARDS

Under The Sea Lacing Cards ni pun dapat membantu anak2 dalam motor halus dia... Motor halus ni dapat menguatkan jari jemari anak2... Ohya, dalam aktiviti ni jugak dapat membantu anak lebih fokus...

http://www.livinglifeandlearning.com
Printable Under The sea Lacing Cards


COLOUR WORDS CARDS

Colour Word Cards ni sama je fungsinya dengan Number Word cards... Macam saya, saya print huruf2 tu guna yang dah berwarna tau.. fungsi huruf berwarna ni kira macam nak bagi hint la dekat anak2 kita untuk memudahkan mereka padankan perkataan2 tersebut.. tapi kalau u all nak lebih cabaran, u all print je huruf2 tersebut yang hitam putih punya..

http://www.confessionsofahomeschooler.com
Printable Colour Words

RAINBOW GAME

Rainbow Game ni permainan untuk mengajar anak membaca & kenal warna.. Cara main dia mula2 sekali kene terbalikkan kad2 yang tertulis warna tu ke bawah gaya macam main daun terup tu haa... Lepas tu anak u all kene ambik satu kad, misalnya dapat warna merah... jadinya anak u all kene gerakkan dia punya pom pom ball (guna duit syiling pun boleh jer) ke warna merah yang pertama bermula dari start & bergerak mengikut anak panah.. Lepas tu u all pulak yang ambik kad tu & tengok warna apa yang u all dapat... mainlah sampai ke finish... Ohya, andaikata u all or anak dah sampai dekat hujung tapi bila u all ambik kad, warna yang terpapar dekat kad tu takda dekat "depan" u all or anak, u all boleh terus ke FINISH & diistiharkan menang..!! Yeayyyy...

http://www.themeasuredmom.com
Printable Rainbow Game

SHAPE WITH COLOUR & COUNTING

Shape With Colour & Counting ini untuk belajar bentuk, warna & nombor.. Ini jugak termasuk dalam kemahiran motor halus tau.. Sambil2 u all teman anak main tu, u all kenalkanlah nama bentuk2 tersebut selain dari warna & nombor..

http://www.powerfulmothering.com
Printable Shape Colour & Counting

ALPHABET MATCHING PUZZLES

Alphabet Matching Puzzle ni lebih susah dari Animal Puzzle... Yang ni anak2 dapat belajar Huruf besar & huruf kecik.. Alaa macam ni, saya bagi contoh, bahagian kepala huruf A besar kena gabungkan dengan kaki huruf A kecik... manakala badannya pulak A untuk Apple.. Pendek kata, boleh kenal huruf besar & huruf kecik selalin dari contoh sesuatu yang bermula dengan huruf2 tersebut... Lagi satu, dapat jugak memperkenalkan anak2 kita dengan bentuk.. Bentuk segiempat..



COUNTING CATERPILLAR

Counting Caterpillar ni, anak2 seronok main pom pom ball tu je yang lebih... Cara nak main dia, bagi anak2 yang masih kecil, boleh kenalkan mereka dengan warna & padankan warna dekat nombor2 di kad tersebut dengan pom pom ball selain dari meningkatkan lagi motor halus.. Untuk anak yang dah besar ni, ia diguna untuk belajar nombor..

http://www.powerfulmothering.com
Printable Counting Caterpillar

ICE CREAM COLOUR MATCHING GAME

Ice Cream Colour Matching Game ni untuk anak kita belajar kenal nama warna & kenal warna... Yang ais krim kon tu, letak scoop yang bulat tu mengikut warna yang ada di kon tersebut... Ais krim batang tu pulak, letak ais krim mengikut warna yang tertulis di batang aiskrim tersebut...

http://mrprintables.com
Printable Ice Cream Colour Matching Game

SHAPE SILHOUETTE MATCH UP

Shape Silhouette Match Up ni untuk membantu anak2 kita mengenal bentuk... Suruh anak u all padankan bentuk tersebut.. Sambil2 tu u all bagitahulah anak2 apa nama bentuk2 tu seperti oval, heart dan lain2... Ohya, di setiap bentuk yang nak dipadankan tu, ada tertulis nama bentuk2 tersebut..

http://www.confessionsofahomeschooler.com
Printable Shape Silhouette match Up

ICE CREAM CONES

Mesti anak2 u all suka dengan aktiviti yang bentuk ais krim ni... Anak2 saya suka dengan aktiviti ni.. sebenarnya lebih kepada suka aiskrim.. Cara guna, u all boleh tulis dekat cones tu nombor sebagai contoh 3, lepas tu suruh anak u all buat 3 titi dekat kon tersebut... ataupun u all boleh jugak suruh anak u all letak 3 scoop aiskrim dekat atas kon... Selain dari tu,b boleh jugak jadikan sebagai bahan untuk buat aktiviti pengiraan matematik... aya bagi contoh 5 + 3 = ??... Suruh anak u all ambik kon lepas tu letak 5 scoop aiskrim & buat pulak lagi satu aiskrim tapi letak 3 scoop sahaja... untuk dapatkan jawapan, suruh anak u all kira jumlah scoop aiskrim tersebut... Tak ke lebih seronok belajar??

http://homeschoolingonadime.com
Printable Ice Cream Cones


PEAR TREE GAME

Pear Tree Game ni antara aktiviti yang saya suka... anak dapat belajar sambil bermain.. Selain dari anak2 kita menjawab soalan2 yang berada di pokok tersebut, u all jugak boleh "pinjam" pokok tersebut buat soalan sendiri... apa susah, u all tempek je kertas yang dah tulis soalan & jawapan lepas tu tempek je dekat buah2 tersebut... kan ke mudah... tak payah buat yang lain... Nak buat aktiviti tambah, aktiviti tolak.. semua boleh... tempek guna double tape... nanti koyakla semula..

http://www.itsybitsyfun.com
Printable Pear Tree Game
Printable Pear Number

ALPHABET FUN GAME

Alphabet Fun Game ni macam kita main dam la lebih kurang.. Game ni guna dadu & benda alah yang nak gerak2 tu, saya guna pom pom balls jer.. Cara nak main dia, kita baling dadu, sebagai contoh dapat 6 titik, makanya kita gerakkan pom pom ball tu ke huruf F... Bila dah sampai dekat huruf F tu, suruh anak sebut itu huruf apa & suruh jugak anak bagi contoh apa yang bermula dengan huruf F... Kalau anak tak reti lagi, u all sendiri boleh ajar anak apa yang bermula dengan huruf F.. sebagai contoh FISH for English & FERI for Malay..

http://www.confessionsofahomeschooler.com
Printable Fun game

PUZZLES

Puzzles ni nampak menarik je kan... Dari puzzle ni anak kita dapat belajar mengenal bentuk..

http://the-js-arena.blogspot.my
Printable Magnet Puzzles

EASY SEWING PATTERN

Easy Sewing Pattern ni guna bentuk geometri... Sepatutnya untuk buat aktiviti ni, nak lagi kemas guna tali yang halus tu, apa ntah nama tali tu... tapi dekat DIY tu takdalah pulak.. makanya saya beli je Fashion Strings ni haa...

http://mrprintables.com
Printable Easy Sewing Pattern


HEXI CARDS

Hexi Cards ni berbentuk HEXAGON yang mempunyai berlainan warna... Eh, warna dia menarikkan... print satu set macam tak cukup je nak beraktiviti dengan lebih kreatif... Dengan Hexi cards ni, anak2 kita boleh belajar kenal warna & match kan warna tersebut.. Selain tu jugak, anak2 kita boleh berkreativiti dengan buat apa2 bentuk guna hexi cards ni..

http://picklebums.com
Printable Hexi Cards

PAINT BRUSH COLOUR MATCH

Paint Brush Colour Match ni untuk anak kenal warna.. Letak "berus" tersebut ke dalam "bekas" mengikut warna yang tertulis di "bekas" tersebut...

http://www.confessionsofahomeschooler.com
Printable Paint Brush colour Match

ASSESSMENT TEST

Assessment Test ni ada 3 jenis, Alphabet huruf besar, huruf kecik & nombor 1 hingga 20... Game ni u all kena join sekali dengan anak... Cara main dia, u all sebut nombor atau huruf tersebut lepas tu suruh anak u all cari & tanda bila dah jumpa...

http://www.confessionsofahomeschooler.com
Printable Assessment Test

CATCH A BUG GAME

Untuk main Catch A Bug ni, kita memerlukan 1 dadu & 1 lagi dadu yang ditempek dengan warna bug tersebut.. Cara nak main dia, masukkan bug tersebut ke dalam "botol" mengikut warna yang tertera di botol tersebut... Cara kedua pulak, u all bahagi warna tersebut kepada 2 bahagian, 1 bahagian untuk u all & satu bahagian lagi untuk anak u all... Saya bagi contoh, anak u all baling dadu biasa dapat 2 dot dot & dadu warna tu dapat warna kuning... Maknanya, anak u all kena ambik 2 bug kuning yang dia dapat tadi lepastu masukkan dalam jar.. Jika anak u all baling lagi sekali dapat 5 dot dot & warna kuning tapi bug warna kuning yang dia ada hanya 4 sahaja, jika ini berlaku, makanya anak u all terlepas giliran & u all kene ambik turn untuk baling... Siapa yang dapat penuhkan bug dalam jar terlebih dahulu, dikira sebagai pemenang.. kalau nak yang lagi mudah, u all just guna dadu biasa je, tak perlu guna dadu warna... so, u all boleh masukkan bug tu sesuka hati warna apa pun mengikut jumlah dot dot dekat dadu tadi...

http://picklebums.com
Printable Catch A Bug


A-Z BEGINNING SOUND GAME

A-Z Beginning Sound Game ni untuk anak kita mengenal setiap gambar tersebut disamping belajar huruf pertama gambar2 tersebut... Sambil2 padankan tu, sambil2lah ajar anak kita... sebagai contoh "A" goes next to the "Ant" picture..

http://www.confessionsofahomeschooler.com
Printable Beginning Sound Game

A - Z CLOTHESPIN MATCH UP

A-Z Clothespin Match Up ni dapat membantu anak2 kita belajar kenal huruf besar & huruf kecik selain dari sesuatu yang bermula dengan huruf2 tersebut... Clothespin macam ni nampak lebih fun, anak2 boleh putar sambil mencari untuk padankan huruf dengan gambar atau huruf dengan huruf.. Nak lebih seronok, suruh anak u all kelip huruf besar dengan huruf kecik or huruf tersebut dengan gambar... U all bagi je anak u all guna klip paper tu haa... Kan lagi best... Secara tak langsung, dapat memperhebatkan lagi motor halus mereka..

http://www.confessionsofahomeschooler.com
Printable Clothespin Match Up

CLOCKS

Game berkaitan dengan clocks ni pun best jugak.. Ini antara game pengenalan untuk anak solehah Alisha belajar tengok jam.. Untuk game ni, kita perlukan 3 dadu, 2 dadu diguna untuk jarum pendek @ jam manakala 1 dadu diguna untuk jarum panjang @ minit... Ohya, untuk 2 dadu jam, saya tandakan warna merah sebagai perbezaan dengan dadu minit... Meh saya ajar cara nak main pulak, u all baling dadu untuk jam & untuk minit... Saya bagi contoh, 2 dadu jam tu, u all dapat 6 & 4 so total 10 bermakna pukul 10.. manakala dadu minit u all dapat 3 bermaksud 30.. Kesimpulannya pukul 10:30... Untuk pengetahuan u all, setiap dot dot dadu minit tu mewakili 10 minit...


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"

{ 15 comments.. read them below or add one }

jamilahamzah jamilahamzah December 01, 2015
wah, banyaknya.. nti blk kg bg budak2 ni lepak rumah ina la..haha..

k.ja tgk pun rambang mata...
nini nini December 01, 2015
Wahhhhh bestnyeeee kite pulak yang teruja dengan semua niiii...oh myyyy
Luqman Zakaria Luqman Zakaria December 01, 2015
banyak betul idea untuk busy bag.
Unknown Unknown December 01, 2015
seronok cara pembelajaran camnih, tq kak sudi share ...yuyu copy yer !! :)
Mrs Velentine Mrs Velentine December 01, 2015
tq kak ...tapi dapat print yg black n white jer....sebab takda print color
syawalsimpsons syawalsimpsons December 01, 2015
BANYAK IDEA NI INA....SUE TENGAH CUBA KUATKAN SEMANGAT NAK BUAT BENDA NI
Cik Ash Cik Ash December 01, 2015
Wahhh teruja nak buat ajar anak saudara ni
Aryan azra Aryan azra December 03, 2015
rajinnya ina..baguslah macam ni
Loviey_Fiey Loviey_Fiey December 03, 2015
ya allah rajinnya kak... kalau ad jual sy nak beli.. nak buat semua sekali mmg x de masa.. huhu
lynndAmya lynndAmya December 03, 2015
Salam, haaa tu diaaa...ni baru seronok kakkk! hahahaha best2 (n_n) rajin gigih betul akak buat semua haa...
lynndAmya lynndAmya December 03, 2015
Salam, haaa tu diaaa...ni baru seronok kakkk! hahahaha best2 (n_n) rajin gigih betul akak buat semua haa...
Aina Dayana Hilmi Aina Dayana Hilmi December 05, 2015
Masya Allah, banyaknyaaaa. Gigih sungguh ibunya buat busy bag ni. Seronok!! Tahniah puan ;)
paan paan December 23, 2015
TQ awak. save nnt nk buat utk anak2. tq byk2, bg idea utk busy bag dorg. Semoga dimurahkan rezeki :)
paan paan December 23, 2015
tq awak. save nnt nk buat untuk anak2. tq byk2, bg idea nk buat busy bag dorg. minta halal ya sy copy. Semoga dimurahkan rezeki :)