Hari ni saya ingin berkongsi gambar dengan u all yang selama ni mengikuti perkembangan adik saya... Saya nak berkongsi gambar adik saya dari dia sihat hingga sekarang... Tujuan saya hanya satu, ingin tunjuk dekat u all perubahan positif adik saya... Moga entry ini dapat memberi semangat dekat u all ke, kaum kerabat ke atau siapa sahaja yang memerlukan semangat untuk kembali bangkit dari kesedihan... Kalau mengikut cakap doktor, keadaan adik saya ketika kemalangan tu, 50 50.. maybe adik saya akan meninggalkan kami buat selama-lamanya... kaum keluarga semua disuruh balik untuk tengok adik saya... Itu sekadar andaian doktor tapi kuasa Tuhan tak siapa mampu menghalang... Alhamdulllah adik saya masih lagi diberi rezeki untuk terus bernafas di muka bumi ini... Doktor pernah bagitahu, maybe adik saya tak boleh bercakap @ sekadar bercakap bahasa baby untuk selama-lamanya, sekali lagi ianya sekadar andaian.. dengan kuasa Tuhan, Alhamdulillah adik saya boleh bercakap seperti biasa... walau kadang2 ada jugak yang kurang jelas sebutan, tapi overall kita pahamla apa yang adik saya cakapkan..
Alhamdulillah adik saya dikurniakan isteri yang tetap bersama adik saya ketika susah atau senang.. setiap kali bercerita pasal adik, mesti orang akan tanya "macamana isteri dia?".. "isteri dia masih bersama dia lagi ke?"... AllahuAkbar.. Alhamdulillah.. adik ipar saya sentiasa di sisi adik... Tau tak, adik ipar saya ni sangat positif orangnya.. Walhal adik ipar saya ni ada sakit jantung tau u all... Tabah dia hadapi dugaan ni.. Dia kuat untuk menjaga "syurga"nya... kukuhnya cinta mereka.. Moga mereka kekal hingga ke jannah..!! Percayalah u all, apabila kita memberi sokongan kepada pesakit, pasti pesakit pun akan bersemangat untuk sembuh... Macam adik saya, Alhamdulillah dia dikelilingi insan2 yang positif... Mereka tak malu untuk bawak adik saya yang berkerusi roda keluar jalan2 pergi AEON ke, restoran ke atau mana2 je.. pendek kata, adik saya takda terperap je dalam rumah... itu yang adik saya walaupun dia macam tu, tapi dia punya cara melawak, pembawakan, seolah2 macam dia tak rasa yang dia tu berkerusi roda... macam dia rasa dia tu normal macam kita semua... Sebab tu pentingnya aura positif dalam diri.. jangan kata untuk mereka yang tak sihat, kita yang sihat ni pun, perlukan aura positif...
Adik saya kemalangan pada 06/09/2013, gambar ni pulak diambil pada hari raya tahun 2012.. inilah rupa sebenar adik saya sebelum kemalangan... Seorang yang kurus & tinggi.... Sebelah adik saya tu, isteri dia...
Ini gambar ketika adik saya berada dalam ICU.. adik saya duduk dalam ICU sebulan lebih la jugak... Adik saya ditempatkan dalam sebuah bilik berseorangan dalam ICU.. bilik di mana untuk mereka yang paling kritikal dalam ICU... Ya Allah... tak sanggup saya ingat situasi tersebut... hanya Tuhan je yang tahu perasaan kami semua pada masa itu... masih saya ingat, masa tu di rumah, mak saya menangis teresak2.. tersedu sedan... abah saya pulak panggil kami @ anak2nya ni & cakap suruh kami semua bersedia dengan apa je yang berlaku selepas ni... Ya Tuhan...
Gambar atas ni, keadaan yang parent saya sempat tengok adik saya selepas kejadian.. kalau ikutkan, keadaan adik saya dalam wad kecemasan.. Ya Allah... Tuhan je yang tahu... dah nyawa2 ikan...!! tak tahu saya nak cakap macamana... Nasib baik parent saya tak sempat tengok keadaan adik dalam kecemasan yang penuh dengan darah.. pernafasan yang kelihatan sangat "terseksa"...
Ini gambar adik saya selepas buat pembedahan buang darah beku dalam kepala.. Pembedahan yang sangat berisiko..!! Sebelum adik saya dibedah, parent saya dipanggil untuk tandatangan surat kebenaran.. Pada masa ni lah, parent saya diberitahu keadaan adik saya yang dah 50 50... pembedahan yang buat kami semua kecut perut... adik saya akan kembali menjadi "baby" untuk selama2nya menurut kata doktor... Walaupun macam tu, ia bergantung pada semangat pesakit untuk "melawan"...
Selepas pembedahan, maka jadilah adik saya seperti baby kembali... pakai pampers.. minum susu melalui tiub.. tak dapat bercakap.. terkebil2 tengok kita... kadang2 bila kita bertanya, keluar air matanya...
Selepas 6 bulan kejadian, tempurung kepala asli adik saya dimasukkan kembali... Alhamdulillah bila dah masuk je tempurung kepala, banyak perubahan... Dah boleh bercakap macam biasa.. Tapi yang heran tu, kepalanya kembali kemek, seolah2 tak dimasukkan tempurung.. Tempurung adik saya tu semakin mengecil...
Hari demi hari, adik saya semakin banyak perubahan.. tidak hanya terlantar atas katil seperti sebelum masukkan tempurung... pampers pun dah tak pakai... dah boleh makan & minum melalui mulut tapi atas bantuan orang la...
Semakin lama, adik saya semakin menunjukkan perkembangan positif... Dah boleh minum sendiri, makan sendiri... U all nampak tak keceriaan adik saya dalam gambar ni... Confident je dia bergambar walaupun kepala sebelah kemek.. hehe... Inilah adik saya, sangat positif!!! Insan2 disekeliling dia semua positif...
Alhamdulillah kini adik saya dah boleh duduk sendiri tanpa sokongan... Maksud saya duduk macam dalam gambar baju warna merah + hitam tu.. Badan adik saya jugak semakin "ringan" untuk menapak @ latihan untuk berjalan... Gambar atas ni adik saya tengah belajar berjalan sambil orang papah kanan & kiri.. nampak tak gambar kaki dia tu, macam dah kuat sikit kan...
Untuk jadi macam ni, adik saya pergi fisioterapi 2 or 3 kali seminggu di yayasan dekat Perak.. Tempat tu percuma je tapi sekarang tak tahulah kot2 dah start kena bayar.. lupa pulak nak tanya adik ipar saya.. Aritu adik ipar bagitahu ada ura2 nak kena bayar dah... Selain dari fisio, adik saya jugak mengurut.. Macam sekarang ni, adik saya duduk sebulan dekat Taiping, dia pergi mengurut.. urat dia dah keras.. Lagi satu, isteri adik saya ni pun selalu "fisio" kan adik saya ni dekat rumah jugak.. Eh, nanti kalau rajin, saya buat entry antara aktiviti yang adik saya buat dekat tempat fisio tu yer...
Ini gambar adik saya yang terkini... baju merah tu gambar raya haji manakala baju pink tu kenduri kahwin adik perempuan saya pada 24/10/2015 baru ni... jauhkan perbezaan adik saya dari masa mula2 kena tu... Masa duduk wad, kurus kering... sekarang dah berisi... Gambar raya haji tu, nampak macam ensem.. gaya macam belah rambut tepi je.. heheh... tapi sebenarnya sebab kepala adik saya kemek.. Kalau sebelum ni, adik saya tak boleh duduk atas kerusi roda lama2, sekarang dah ok.. 2 3 jam pun dia boleh bertahan lagi...
InsyaAllah 06/01/2016 adik saya akan masuk wad manakala 07/01/2016, adik saya akan jalani pembedahan kepala lagi sekali untuk ganti tempurung kepala yang mengecut tu... Perbelanjaan untuk pembedahan ni RM6000... Alhamdulillah jugak adik saya kerja polis sebelum ni, so, peruntukan tu polis yang bagi... Diharap selepas adik saya dimasukkan tempurung, adik saya semakin sihat, dah boleh jalan... Doakan adik saya yer... Haa lupa nak cakap, adik saya ni confident je cakap "Tahun depan dia nak balik Terengganu, drive kereta sendiri".. AllahuAkbar... keyakinan itu penting, pemikiran positif itu jugak penting... tak lupa jugak target... InsyaAllah, dengan usaha yang berterusan, moga termakbul impian adik saya tu... Kalau u all nak baca kisah adik saya, KLIK SINI yer... saya cadangkan baca dari entry paling lama ke paling terbaru untuk u all paham..
"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"