Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Kami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kami. Papar semua catatan

Segmen: Imbau kenangan saat sah jadi miliknya


Alang2 ramai yang nak tahu kesinambungan apabila saya bagitahu yang saya hanya kenal my dear 30 minit sahaja.. lepas tu terus merisik, so, saya akan ceritakannya dekat segmen yang dianjurkan oleh Izan ni.. (",).. Saya ceritakan dekat sini secara ringkas je lah yer.. walaupun hakikatnya, memang kisah kami ni ringkas je pun.. zup zap zup zap.. terus nikah.. so, takda cerita yang beria sangat.. muahahhah

Untuk pengetahuan u all, sebelum saya mengenali my dear, saya pernahlah dikecewakan walaupun dah mengenali parent masing2.. STOP.. itu je yang perlu orang lain tahu.. yang tahu lebih mendalam hanyalah family saya & my dear... Lupakan... yang saya nak cerita adalah kisah saya & my dear.. (^_^)

Untuk pengetahuan u all, sebelum saya kenal my dear @ selepas kekecewaan.. saya sentiasa berdoa "Ya Allah.. jika lepas ni aku jumpa lelaki, jumpakanlah aku dengan jodoh aku.. jika dia bukan jodoh aku, jauhkan dia dari aku"... Memang dengan takdirnya.. selepas kekecewaan tu, hanya my dear je lelaki yang hadir dalam kehidupan saya... takda lelaki lain yang berani dekati saya.. (",)

Begini permulaan cerita kami.. baca tau.. kikikiii... Ketika saya bekerja dulu, adalah sorang kakak yang saya hanya contact dalam telefon je pun.. tu pun pasal kerja.. sebab company berurusan antara satu sama lain... Satu hari tu, dia tanya saya.. dah ada yang punya ke.. saya cakap belum.. dengan nada gelak2.. saya cakap "Tolonglah carikan"... muahahahha.. Tanpa saya tahu, yang sebenarnya, Kak Nor ni memang sedang mencari seseorang untuk dikenen2kan dengan my dear... kikikiii

Lepas dah beberapa kali kak nor duk sembang pasal ni dengan saya, akhirnya kak nor mintak izin nak bagi nombor handphone saya dekat my dear.. Ohya, untuk pengetahuan u all... My dear tak pernah jumpa kak nor & saya pun tak pernah jumpa kak nor.. U all bayanglah, kami bertiga tak pernah jumpa satu sama lain, tapi berani mengenen2 pulak... tersilap kenen nahas jawabnya.. muka tak tahu camne, perangai pun tak tahu camne...

Saya masih ingat lagi, sms yang pertama dari my dear pada pertengahan bulan 04/2009, hanya bertulis "Assalamualaikum".. skima je lagak my dear.. satu perkataan tu je.. hahahaa... Tapi dari pada gayanya, saya tahu yang my dear ni bukanlah romeo.. bukanlah pandai bab2 nak mengorat ni... kikikii.. Kami hanya sms je.. tu pun mesej biasa2 je.. bukannya ada bagitahu nak declare or apa.. heheh

Last2 pada 01/05/2009, my dear dari Parit Buntar, datang jumpa saya yang berada di Chemor.. dup dap dup dap jantung saya... muahahaaa... Seperti yang saya pernah bagitahu sebelum ni, saya bukanlah jenis yang senang nak keluar rumah ni.. nak jumpa my dear tu pun, macam2 kene soal siasat dengan mak saya.. tapi nasib abah saya izinkan.. tu pun kami jumpa kat kedai mamak, dekat chemor je pun.. tak jauh pun dari rumah.. muahahahaaa...

Perjumpaan kami berlaku hanya 30 minit sahaja... dari pukul 5 petang hingga 5:30 petang.. minum tea tarik & pisang... hahahaa.. bukan banyak sembang sangat pun.. tapi alih2, malam kejadian tu, my dear boleh sms saya tanya, "kalau nak ajak saya kahwin, berapa ribu hantaran".... muahahahaaa 30 minit jumpa, tak pernah declare.. alih2 dah ajak kahwin.. muahhahah... *Cinta pandang pertama la tu.... kikikii.. 

2 minggu lepas my dear jumpa saya, my dear datang rumah saya, berjumpa pulak dengan parent saya.. berdebar2 my dear.. bukan main lama berhenti solat kat masjid.. hihii.. Ohya, ini pertama kali my dear nak jumpa "parent".. sebelum ni takda pengalaman macam ni lah kiranya.. (",).. Selepas disoal siasat oleh my parent... akhirnya 2 minggu lepas tu @ akhir bulan 05/2009, my dear bawak family dia datang merisik saya.. hihii..

Selepas perbincangan, akhirnya ditetapkan pada 19/07/2009, kami bertunang... U all jangan ingat lepas bertunang tu kami selalu jumpa.. tidak yer.. hanya beberapa kali je.. tu pun pergi beli barang hantaran + test baju kahwin.. tu pun bukan berdua tau.. tapi adik saya temankan...  (",)

Akhirnya pada 17/12/2009, kami dinikahkan oleh my dad sendiri... saya yang bagitahu my dad, saya nak dia yang nikahkan saya... tak nak wakil2.. nikah hanya sekali & yang sekali tu lah, my dad yang nikahkan... (",) 19/12/2009... majlis kenduri kahwin kami... So, bermula dari saat tu lah baru kami bercinta... ehhehhe... Terus je nikah..(",).. sebelum ada apa2 ikatan, takda pun my dear nak declare yang kami ni pasangan kekasih ke apa ke.. takda nak ber'ayang2' ke ber'sayang2' ke.. panggil nama je yer... sampai sekarang tetap panggil nama.. INA..  muahahhahha...

Saya pernah tanya my dear.. kenapa tak nak panggil saya sayang ke ayang ke.. baru romantik.. kikikiii tapi my dear jawab "Kalau panggil ayang or sayang.. belum tentu tu ina tapi kalau panggil ina.. dah sah2 orang yang abang panggil tu INA" (U all paham2 sendirilah maksud my dear tu yer... malas pulak nak explain..hihihii)

Alhamdulillah.. bersyukur sangat2 sebab segala yang dirancang berjalan dengan lancar.. semuanya berjalan dalam tempoh setahun... Moga perkahwinan kami kekal untuk selama2nya.. InsyaAllah...

10/04/2009 = sms pertama
01/05/2009 = bertemu 30 minit
09/05/2009 = berjumpa dengan my parent
30/05/2009 = merisik
17/07/2009 = bertunang
17/12/2009 = menikah


Dikesempatan ni jugak saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 13 untuk Kak Fieda.. Semoga perkahwinan Kak Fieda kekal untuk selama2nya.. & semoga menjadi isteri yang solehah + ibu yang mithali... (",)

P/s : Kali pertama jumpa kak nor @ orang yang kenen2kan kami adalah pada majlis kenduri pernikahan saya & my dear..

Konon nak cerita ringkas.. tapi alih2.... kikikiii


Yeayyy Esok cuti..!!! Honeymoon kali kedua?!

Mood saya sekarang dah tak sabar nak tunggu esok.. sebab nak pergi HONEYMOON..hahhahhaha... Opsstt baby dah ada dalam peyot pun, still nak guna perkataan honeymoon ke?.. hihii... Sesuka hati je saya ni kan.. tapi takpalah, kalau guna perkataan honeymoon tu, mood dia lain macam sikit.. muahahhah..

Ohya, kalau u all masih ingat, akhir tahun lepas, masa anniversary perkahwinan kami, saya ada bagitahu nak pergi honeymoon kali kedua bulan satu baru ni kan.. tapi tu la, asyik tangguh je.. So, kali ni, takda tangguh2 lagi yer... hihi.. Dari belum pregnant sampai dah pregnant.. baru dapat pergi..kikikii... 

Kami bertiga akan bertolak ke PULAU PANGKOR, esok pagi... Khamis petang, lepas checkout, kami akan gerak balik ke Chemor, Sabtu baru balik Sungai Petani... Ohya, disebabkan hati saya yang berbunga2 riang ni.. START ESOK, SAYA NAK BUAT MINI GIVEAWAY #2... TARIKH TUTUP SAMPAI 12 TENGAH MALAM HARI KHAMIS... kiranya 3 harilah... Esok pagi saya akan publish entry tu.. macam biasa.. IANYA HANYA MINI GIVEAWAY, SO, U ALL JUST ,TINGGALKAN LINK BLOG U ALL DEKAT ENTRY TERSEBUT... HADIAH SAYA BELUM TAHU APA, TAPI OLE2 DARI PULAU PANGKORLAH YER... MAYBE FM OR MAYBE KEYCHAIN OR APA2 JE LAH YANG SAYA BERKENAN UNTUK BELIKAN DEKAT U ALL DI SANA NANTI... BERAPA ORANG PEMENANG PUN BELUM TAHU JUGAK.. TENGOK BERAPA BANYAK BARANG SAYA BERKENAN NANTI..hihii

P/s : Doakan percutian kami ni, semuanya ok yer.. selamat pergi & selamat kembali.. & doakan moga saya & kandungan jugak sihat walafiat... > <..

Jangan lupa join Mini Giveaway #2 saya nanti yer... (",)...

Setiap jejak u all mulai esok, saya akan balas selepas kembali dari bercuti yer... (^_^)

SELAMAT HARI PEKERJA & HAPPY HOLIDAY (",)


Penangan Prosperity Burger..


Hari Khamis baru ni, ketika my dear balik kerja, sambil2 rehat, tiba2 my dear boleh cakap "Rasa macam teringin nak makan prosperity burger".. Saya yang tengah cuci pinggan dekat dapur, terus datang dekat my dear & cakap "Jomlah, malam ni kita pergi makan"... Alang2 my dear dah cakap macam tu, lebih baik saya terus mengajak.. hihiii... 

Tapi yang sebenarnya, saya macam tak percaya bila dengar my dear cakap nak makan prosperity sebabnya untuk pengetahuan u all, my dear bukan seorang yang sukakan makanan segera.. selalu kalau saya ajak, my dear mesti tak berapa nak setuju punya.. tapi entah macamana yang prosperity ni pulak, dia boleh berkenan.. hihii...

So, malam tu, kami bertiga pergilah keluarlah, semata2 nak makan prosperity.. Kami ambik 2 set.. RM30 berapa sen entah, dah lupa... satu besar & satu kecik.. Nak dijadikan cerita, boleh pulak kami berdua ni makan prosperity dengan hebatnya tanpa teringat untuk bagi alisha rasa walau sedikit.. Kami hanya bagi alisha makan kentang goreng je.. Adehhhh

Bila dah habis makan, dah licin pun.. barulah my dear tanya saya "Ada bagi Alisha rasa tak?".. Saya cakap takda.. my dear pun tak bagi jugak... Ini first time, kami tak bagi Alisha rasa apa yang kami makan.. selalu kalau keluar makan, mesti suap jugak dekat Alisha... "Ibu & Abah mintak maaf yer sayang... " (",)

Memanglah prosperity tu pedas tapi tu la sekurang2nya bagilah alisha rasa roti properity tu sikit kan... tapi kami berdua ni, memang langsung tak bagi.. adusss.. My dear cakap "Ni kes bukan setakat mak mentua lalu dekat depan kami tak sedar, tapi Alisha yang duduk dekat sebelah ni pun kami tak sedar".. hahaha dasyat betul penangan prosperity ni.. hihii 

P/s : Terima kasih yang tak terhingga di atas ucapan u all dekat entry Anniversary saya & tak lupa jugak dekat kak fieda sebab buat entry di blognya.. (^_^).. Saya sangat2 menghargainya..!!! (",) Pada mereka yang nak tengok gambar saya dari depan pulak, boleh KLIK SINI (^_^)

ESOK ulangtahun perkahwinan kami yang kedua... (^_^)

Melangkah keluar dari masjid dengan status SUAMI & ISTERI (",)

Mood saya sangat2 HAPPY.. hihii.. Actually saya sendiri dah terlupa yang esok adalah ulangtahun perkahwinan kami.. cumanya tadi saya bukak FB & terbaca status kawan saya pasal anniversary dia... Tu yang saya cepat2 tengok kalendar.. Rupe2nya... Esok anniversary kami.... hihihiiii...

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana memanjangkan jodoh kami sehingga ke hari ini & semoga jodoh kami akan berpanjangan hingga ke syurga.. InsyaAllah... Saya jugak bersyukur sangat2 sebab, walaupun baru 2 tahun berkahwin tapi telah 15 bulan bergelar seorang ibu...

Saya jugak bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami saya.. walaubagaimana pun tetap jugak ada sifat2 yang berlawanan antara kami.. tapi sifat2 tu lah yang melengkapkan hubungan kami.. (",)... Kalau ada diantara u all belum tahu, saya & my dear bercinta selepas kahwin.. sebab itu kami sentiasa di alam percintaan.. *Ayat poyo*.. hihii

Saya tak sempat nak taip panjang2 memandangkan saya "curi2" guna komputer ni sekejap sebab my dear masih lagi nak guna komputer ni... Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke syurga & dikurniakan anak yang ramai.. muahhahah... 


"SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KEDUA YE SAYANG"... Saya sayang sama kamu...!!!!

P/s : InsyaAllah... bulan depan kami akan honeymoon kali kedua di tempat honeymoon kami yang 1st time dulu.. Alaa dekat Pulau Pangkor je pun.. hihii... Ulit Kenangan... tapi kali ni lebih istimewa sebab ada Alisha... muahahahha

ENTRY AUTO PUBLISH

Kenapa saya Suka EMAS

Saya sendiri pun tak pasti kenapa saya boleh suka EMAS.. lebih2 lagi yang besau2.. hihii.. Actually, sebelum ni, saya tak suka emas2 yang besau2 gedabak ni.. nampak macam MAKCIK-MAKCIK.. tapi tu la.. hambikkkkk.. bila dah terlalu tak suka tu, Tuhan pusingkan balik buat saya jadi suka emas.. sampai yang besar2 gedabak yang sebelum ni saya cakap macam makcik-makcik tu la yang saya suka.. 

Ohya, hanya suka tau.. belum ada lagi barang kemas yang besau2 gedabak ni.. hihiii!! Saya tak suka yang silver2 ke emas putih ke.. bagi saya ianya buat rugi duit saya je.. kalau memang emas sebetoi2 emas ni.. pelaburan ooooooo... hihii


Ini antara rantai yang saya sukalah.. minat saya kepada emas dah beralih kepada yang besar2 macam ni.. muahahaaa.. *SEKALI LAGI DIINGATKAN, HANYA MINAT BUKANNYA DAH ADA.. YANG ADA DI BADAN TETAP JUGAK YANG HALUS..HIHII*


Tanpa disangka2 dengan takdir Tuhan jugak.. DIA temukan jodoh saya dengan penggemar emas jugak.. tapi bukanlah barang kemas yer.. sekadar yang ketoi2 tu je.. Pelaburan semua ni.. sahut cabaran DR. M (",).. Saya rasa mengumpul emas ni bagus tau.. emas sekarang ingat murah ke.. mahai u all.. dulu zaman saya budak2 emas berapa puluh hengget je segram.. sekarang se gram dekat 200 hengget.. hambikkk!!

Kita boleh buat pelaburan dengan emas ni tau..!! Serius tau u all.. my dear dah try buat benda ni dari zaman bujang lagi.. saya tak reti nak terang macamana cara yang saya maksudkan tu.. kena tanya my dearlah kalau nak tau.. Kalau tak pun, u all pergi je baca dekat Jutawanemas.com ni.. My dear, mula2 dulu study dekat sinilah.. (",)

kami ;-)

 
Saja nak bagi u all tengok gambar kami masa nikah pada 17/12/2009.. dah lama abad dah gamba ni..hahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...