Belly Wrap Basic dan Hips Wrap Plus dari Shapee

BELLY WRAP BASIC dan HIPS WRAP PLUS dari SHAPEE ni senang cakap dalam bahasa kita, ianya bengkung moden. Bengkung ni memang antara benda yang wajib ada bagi ibu-ibu yang nak kembali ramping selepas bersalin. Ada sesetengah orang zaman sekarang, bengkung yang lilit tu dah taknak guna, nak pakai yang moden zap zap je siap. Zap zap pun buka boleh zap zap saja, nak kena pilih yang selesa juga kan, kalau yang jenis pakai sekejap dah terasa gatal, mulalah ramping ke mana, bengkung ke mana... Lupa sekejap nak jadi cun melecun selepas bersalin.. hehe


Saya nak kenalkan u all dengan BELLY WRAP BASIC shapee, saya baru je guna minggu lepas belly wrap ni. Bila saya guna belly wrap dari Shapee ni, ia buat saya rasa sangat selesa tau u all. Bila pakai tu, elok je ia terletak di kedudukan asal, takda tiba2 nak bergerak ke kanan ke ke kiri ke.. Memang bestlah!! Lagi satu kan ia takda nak buat kulit saya rasa gatal ke apa ke.. ya best tu, takda pula rasa rimas atau berpeluh ke meruap ke.. Saya nak menyusu pun mudah je u all, kiranya saya nak cakap yang belly wrap ni, takda nak ganggu proses penyusuan ketika anak saya menyusu. Sakit pinggang pun dapat dielakkan, yela, kadang bila kita menyusu, mulalah tanpa sedar membongkokkan badan, itu yang buat sakit pinggang. Bila pakai belly wrap ni, badan tegap je..


Velcro yang digunakan di belly wrap Shapee ni pun, kuat pegangan dia tau u all, sebab tu saya kata ia tak bergerak ketika penggunaan, tetap kekal di tempat asal.


Belly wrap basic Shapee ni diperbuat dari bahan elastik yang terbaik, ia memberi ruang-ruang udara untuk kulit kita bernafas. Itu yang buat saya rasa selesa tu, takda nak meruap atau berpeluh ketika penggunaan. Nak bergerak buat kerja rumah pun seronok je rasa. Ohya, belly wrap basic ni, bukan hanya untuk mereka-mereka yang bersalin normal je boleh guna tau, kalau u all bersalin secara pembedahan pun boleh guna. Belly wrap ni dapat membantu kembalikan rahim kepada saiz asal selain dari mengurangkan inci di bahagian perut tu. Kata taknak buncit kan??? Kenalah pakai bengkung.. (",)


HIPS WRAP PLUS dari SHAPEE ni ia hadir di waktu yang tepat. Bukan apa u all, dah bersalin ni, u all tahu je la, vontot pun boleh mengembang. Taknaklah nanti bila tengok cermin, udah gaya bentuk buah pear, bahagian pinggang ke atas, bukan main ramping, turun ke bawah sikit, eh eh, lebar la pulak... oh tidakkk!! Kan saya dari anak dara jaga badan, takmaula anak empat saya buat-buat lupa pula pasal ni kan... Saya nak, walaupun dah ada anak empat, tapi bentuk badan, tidak menggambarkan yang saya dah ada anak empat, bentuk badan macam anak dara lagi bagus.. wah gitu!! hahhahah



Hips Wrap Basic Shapee ni pun sangat mudah digunakan, sebab ia pun jenis zap zap je. Hips wrap ni dapat membantu dalam mengecilkan pinggang selepas bersalin.


Hips wrap plus shapee diperbuat dari bahan yang sama seperti Belly Wrap Basic Shapee, makanya dari segi penggunaan, memang selesa la kan. Ia boleh dilaras  mengikut keselesaan masing-masing. Hips wrap plus ini dapat membantu menyokong pelvis, lantai pelvik, bahagian bawah abdomen dan pinggul.



Harga untuk Belly wrap basic dan hips wrap plus dari shapee ni, tersangatlah murah, BELLY WRAP BASIC berharga RM55 manakala HIPS WRAP PLUS adalah RM45.




1 comment... add one now

Nadia Johari Nadia Johari March 02, 2017
memang best..haritu cuba saja pakai, memang selesa