Pengalaman KHATAN @ SUNAT bayi lelaki di usia 41 hari

Saya tahu pasal lelaki boleh disunat @ dikhatankan di usia bayi ketika saya ada anak sorang. Masa tu saya terbaca entry pasal anak rakan blogger yang sunatkan anak ketika masih bayi. Sejak dari itu saya tergerak hati, jika ditakdirkan ada rezeki saya untuk dapat anak lelaki, saya nak sunatkan ketika bayi juga. Setahun dua akhir2 ni, saya dah banyak baca pasal lelaki disunat ketika bayi, dengan kata lain, semakin banyaklah info yang saya dapat. Bila saya dapat info pasal ni, saya selalu printscreen dan hantar whatsApp kepada my dear. Kiranya waktu tu macam saya bagi hint la dekat my dear yang saya nak sunatkan anak ketika masih bayi. Alhamdulillah, ketika kami dah dapat anak lelaki, my dear setuju je nak khatankan anak soleh Ammar. Alhamdulillah, niat yang baik pasti Tuhan permudahkan. InsyaAllah.

Ohya, kami buat keputusan nak khatankan @ sunatkan anak kami ketika masih bayi bukan kerana nak follow orang ke, dengar cakap orang ke apa ke. Keputusan yang kami buat selepas kami sendiri dah ada ilmu pasal ni. Baca situ baca sini, tanya doktor itu tanya doktor ini dan tanya mereka2 yang ada pengalaman. Haa ketika saya pergi checkup sebulan Ammar di klinik ibu anak, doktor bangsa lain tanya saya "Biasa orang melayu sunat anak lelaki bila?" Saya terus cakap "Doktor, kalau saya nak sunatkan anak minggu depan, boleh ke? atau ada masalah sunat awal?"... Doktor tersebut jawab "Boleh, tiada masalah". Saya juga ada bertanya rakan yang menetap di Arab pasal orang Arab kebiasaannya bersunat waktu bila, katanya ketika bayi.

Bersunat atau khatan ketika anak masih bayi, mungkin lebih mudah kerana ianya lebih cepat sembuh dan tak payah nak berpantang makan ke apa ke, yang berpantang ibu dia ni haa sebab bagi susu badan. Eh, itu saya yang kata, doktor pula cakap makan je semua tak payah nak berpantang. Apa kebaikan bersunat @ khatan ketika bayi ni, u all boleh google ye, saya malas nak cerita. Dekat sini, saya nak bercerita pasal pengalaman sunatkan anak soleh Ammar di usia 41 hari. Ohya, kalau u all nak sunatkan anak ketika bayi juga, seeloknya sunatkan ketika anak masih belum pandai meniarap, tak aktif lagi la maksud saya tu.

Orang kata, sunat ketika anak dah besar sikit sebab nak bagi pengalaman dekat anak, kiranya macam kalau kawan2 tanya, bolehlah dia cerita pengalaman dia bersunat. Entry ini khas untuk Ammar supaya nanti dia pun boleh bercerita juga bila rakan2 tanya (",) Ammar tak takut, Ammar tak lari, Ammar serah diri sebab Ammar tak tahu nak kena sunat.. hahhahha


Pada 24/02/2017 pukul 3 lebih petang, ibu, abah dan kakak2 bawa Ammar ke Poliklinik Dr Azhar dan rakan2 untuk disunatkan. Sebelum pergi, ibu dah buat temujanji dengan doktor. Ammar, gambar di atas ini adalah sebelum Ammar khatan tau, kita baru nak pergi Poliklinik Dr Azhar dan rakan2. Ketika nak pergi tu, ibu relax je, takda rasa takut ke apa. Dalam kepala ibu dah set nak sunat Ammar guna kaedah clamp. Waktu ni ibu tak terbayang pun pasal darah ke apa, yang ibu bayang, lepas ni Ammar dah "besar".. (",)


Lebih kurang pukul 4 lebih petang, Ammar dah masuk bilik untuk disunat. Gambar atas ni, gambar sebelum Ammar disunat, Ammar macam biasala, terkial-kial. Dalam Ammar terkial-kial tunggu doktor masuk tu, Ammar terkucil la pula, nasib baik tak kena pembantu doktor. hehe. Alhamdulillah masa ni Ammar tak menangis, mungkin sebab Ammar dah kenyang minum susu.


Ammar, inilah alatan yang digunakan untuk sunat Ammar tau. Bila doktor dah masuk bilik tersebut, doktor terangkan dekat ibu cara nak sunat @ khatan tu macamana. Doktor cadangkan untuk sunat Ammar guna kaedah jahitan tapi ibu cakap nak kaedah clamp sebab ibu membayangkan macam sakit je nak kena jahit tu. Tapi tu la, perancangan ibu bukanlah yang terbaik sayang, dah tertulis Ammar bersunat guna kaedah jahitan seperti kebanyakan orang lakukan dulu-dulu. Clamp untuk saiz Ammar tiada di poliklinik tersebut...


Doktor mulakan dengan cucuk bius dekat bahagian pangkal Ammar punya. Bila Ammar kena cucuk bius je terus Ammar menangis. Pembantu doktor pegang kaki Ammar, ibu pegang tangan Ammar, bukan pegang kuat sayang, pegang lembut untuk tenangkan Ammar. Tangisan Ammar yang seolah2 merayu tu, buat ibu rasa macam nak angkat Ammar, tak jadi nak sunat. Ini kes, otak ibu dah di set untuk clamp yang lebih "simple" prosesnya, sekali kena kaedah jahit. Ibu melihat proses Ammar disunat dari awal sampai akhir. Ibu lihat darah yang keluar. Ibu lihat Amar punya digunting, dipotong dan dijahit.. Tau tak sayang, di saat ibu menulis entry ini, ibu masih terbayang proses bersunat tersebut. Alhamdulillah ada rezeki ibu untuk tambah ilmu pasal cara bersunat anak lelaki, alhamdulillah juga ada rezeki ibu untuk teman Ammar ketika sunat.

Ammar, Ammar tahu tak, ibu tak pernah nampak Ammar menangis sehingga keluar airmata, tapi ketika sunat itulah kali pertama ibu nampak air mata Ammar mengalir keluar dari kelopak mata. AllahuAkbar sayang... sesungguhnya niat yang baik itu pasti Tuhan permudahkan. Ibu pun tak sangka yang ibu kuat untuk melihat Ammar yang pada waktu itu menangis sungguh-sungguh, seolah2 sedang merayu, tangisan Ammar tu seolah-olah Ammar sakit sangat. Ada satu part tu, ibu dengar Ammar menangis tersedu. Ammar, walaupun Ammar menangis, tapi Ammar memang hero, Ammar tak meronta-ronta pun sayang. Ammar pandang je muka ibu, ibu tahu, mesti ibu adalah "kekuatan" untuk Ammar, kan sayang. (",) Ibu pasangkan suara alunan orang mengaji untuk tenangkan Ammar, ini kerana biasanya ketika di rumah, Ammar lebih selesa @ diam bila dengar orang mengaji. Doktor tersebut lakukan proses sunat Ammar tu tak lama pun sayang.. lebih kurang 30 minit atau hampir 30 minit. Bila proses khatan tu dah selesai, Ammar dah ok, dah tak menangis. Ohya sayang, Ammar menangis sepanjang proses bersunat tapi ibu pun kurang pasti samada Ammar menangis tu disebabkan sakit atau disebabkan kaki Ammar kena pegang. Apa-apa pun Ammar dah sunat @ khatan sayang.. Imam muda Ammar (",)


Selepas Ammar siap dikhatankan, kita terus balik ke rumah. Ohya sayang, gambar atas ni, gambar Ammar baru lepas sunat tau, nampak tak? wajah Ammar tenang je kan sayang, walhal baru lepas sunat. Ammar memang hebat!! (",) Sampai di rumah, Ammar ada menangis sikit ketika nak kencing, mungkin pedih akibat kena air kencing agaknya. Ibu tak bagi Ammar pakai pampers ketat-ketat pun, longgar je sebab taknak bagi pampers tu terkena Ammar punya. Anak ibu Ahmad Ammar adalah anak yang sangat baik. AllahuAkbar... sayang, ibu membayangkan yang malam selepas bersunat tu, Ammar takkan tidur dengan lena, ibu buat andaian macam tu kerana ibu dapat tahu dari pengalaman rakan-rakan ibu yang sunat anak seusia Ammar. AllahuAkbar, sesungguhnya Tuhan itu maha penyayang, Ammar tidur malam sangatttttt lena sayang, seolah2 tiada apa yang berlaku. Ammar tidur lena macam hari-hari biasa, Ammar hanya terjaga untuk minum susu sahaja. Ibu pun dapat tidur lena. Terima kasih sayang, terima kasih, Ammar membuktikan dekat ibu yang Ammar memang kuat!! 



Dalam hari keempat atau kelima, ibu dah mula nampak yang Ammar punya dah semakin kering. Doktor bagi ubat tahan sakit, antibiotik dan ubat sapu. Ammar punya lebihan yang dipotong pun, doktor bagi bawa balik. Cara penjagaan Ammar, setiap kali lepas mandi, ibu akan sapu ubat yang doktor bagi, pampers ibu bagi pakai longgar-longgar dan kerap salin pampers. Ibu sendiri berpantang makan sebab Ammar menyusu badan. Seminggu selepas berkhatan, ibu, abah dan kakak-kakak pergi lagi ke poliklinik Dr Azhar dan rakan-rakan untuk doktor lihat perkembangan Ammar selepas bersunat. Alhamdulillah, doktor kata semuanya ok, cumanya benang belum reput sepenuhnya. Sehingga entry ini ditulis, hari ke 14 selepas sunat, benang dibahagian yang disimpul mati, masih belum reput sepenuhnya. Mengikut kata doktor, benang tersebut akan reput selepas 2 3 minggu. Keadaan Ammar punya dah 90% elok, tunggu benang itu je lagi nak reput. Perkembangan yang sangat hebat sayang!! Tiada rengetan atau tangisan selepas bersunat. Sangat-sangat mudah jaga Ammar. Inilah cerita Ammar ketika sunat @ khatan di usia 41 hari, nanti kalau rakan-rakan tanya, Ammar boleh cerita kepada mereka. Mungkin pada waktu itu, rakan2 Ammar dah ramai guna kaedah clamp, tapi Ammar guna kaedah jahitan yang lebih memerlukan "kekebalan".. 

               *****************************************************************

Bila melibatkan anak-anak, saya seboleh mungkin nak kedepan. hahha. Macam pasal sunat Ammar ni, saya tanya my dear nak masuk atau tak ketika Ammar disunat, my dear kata takpa, saya je masuk, biar dia jaga 3 orang lagi anak kami. Ohya, ketika saya keluar dari bilik sunat tu, my dear cakap "kesian dengar suara Ammar menangis".. (",) Takpa sayang.. Ammar kan hero kita. Pesan saya, jika u all nak sunat anak ketika masih bayi, pastikan u all seorang yang berani dan hati kental dengar tangisan anak tau. Kalau tak, suruh je hubby u all temankan baby, tapi pastikan hubby tak takut darah ye. hehe

Saya ada tengok video sunat kanak2 yang dah besar, video tersebut memang akan dengar tangisan dan jeritan si anak itu la ketika doktor nak sunat tu. Kesimpulannya, sunat ketika besar pun menangis, sunat ketika bayi pun menangis, yang bezanya penjagaan selepas sunat tu, ketika bayi lebih mudah berbanding sunat anak yang dah besar. Bayi hanya baring, minum susu, tidur berlainan dengan anak yang besar ada lakukan pergerakan juga. Mungkin sebab itu sunat ketika bayi ni lebih cepat sembuh. Apa-apa pun, setiap orang ada pendapat tersendiri berkaitan sunat ni, samada nak sunat ketika bayi atau ketika dah bergelar kanak-kanak. Apa je yang kita lakukan untuk anak-anak kita, semuanya mempunyai motif yang sama, iaitu untuk yang terbaik untuk anak-anak kita. InsyaAllah...

POLIKLINIK DR AZHAR DAN RAKAN-RAKAN

TAMAN CINDAI JAYA SUNGAI PETANI

RM150 KAEDAH JAHIT
RM180 KAEDAH CLAMP

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 9 comments.. read them below or add one }

Sheila Adziz Sheila Adziz March 09, 2017
Ammar anak baik dan bijak... menarik juga sis berkhatan anak lelaki 41 hari ni... akak belum pernah dgr lagi sebelum ni... kat tempat akak di changlun pun ada juga poliklinik Dr Azhar dan rakan-rakan panel tempat keje akak... erm... nice sharing sis....
Unknown Unknown March 15, 2017
awal sunat!
mak kita xbagi sunat awal.. biasa time kanak2 sbb bila tua2 nnt tak cepat mati pucuk..katanya lah..hahaa
MiaZain MiaZain March 20, 2017
masyaAllah, Ammar anak yang baik...
pengalaman baru tentang sunat ketika bayi ni... nice sharing kak...
Unknown Unknown May 02, 2017
Actually sunat awal masa bayi tu sunnah nabi sis. Sunnah masa usia baby 7 hari.
ICHIGO MASHIMARO ICHIGO MASHIMARO May 11, 2017
Saya nak kongsi pengalaman anak saya sunat.


Tujuan post ini adalah untuk peringatan pada saya supaya berhati2 membuat pilihan & juga panduan ibu2 lain.

Niat untuk menkhatan Zufi sudah ada sejak mengandung lagi kerana Daddynya sudah sunat sejak bayi. Awalnya saya kurang setuju.Namun setelah baca beberapa post di bawah ini, hati saya mula terbuka.
http://pakbidan.blogspot.com/2011/04/khatan-bayi-lelaki.html
http://izyanzulkiply.blogspot.my/2015/07/sunat-bayi-lelaki-hudthoha.html?m=1
http://masyitahazzahra.blogspot.my/2015/09/sunat-bayi-lelaki-khatan.html?m=1

Akhirnya, kami ke Klinik Ajwa pada 13/8/16. Saya telah membuat temujanji hari sebelumnya. Memang berdebar2 tapi saya cekalkan hati sebab apa saya baca bayi tidak sakit kalau bersunat awal2.
Nama Zufi dipanggil, dan Zufi diarahkan untuk letak di katil pemeriksaan. Saya pegang tangan Zufi. Nurse pegang kakinya. Saya kuatkan hati saya.
Zufi mulai menangis ketika doktor suntik ubat bius di sekeliling bebird. & setau saja harus tunggu sekejap sampai ubat biusnya berfungsi tapi doktor sudah mulai potong. Zufi meraung, tapi menurut doktor dia mungkin tak suka kita pegang2 kuat dia. Saat ini, saya mulai hiba.

Zufi diam setelah beberapa minit sunat siap. Kami pun kembali ke kereta untuk balik ke rumah Umi saya. Dalam perjalanan, Zufi mulai meraung2 lagi. Saya kelam kabut ambil ubat syrp PCM dan beri padanya. Namun dia tidak berhenti menangis. Saya panik. Dia memang betul2 kesakitan. Tak boleh sentuh bebird dia sedikitpun. Dia menangis hentak2 kakinya. Sampai terbatuk2. Ya Allah. Bagaimana ini?

Setibanya di rumah, Zufi masih menangis. Umi pun menangis melihat Zufi kesakitan. Dan lalu memarahi saya & tidak mahu menjaganya kerana dia sendiri pun tidak bersetuju untuk sunat waktu bayi. Akhirnya, saya & Hubby bergegas ke klinik pakar kanak2 terdekat. Hanya Allah yang tahu bagaimana hati saya. Zufi ketika itu melihat wajah saya.. seolah2 meminta tolong.. "Ammy.. Ammy... Zufi sakit" waktu itu saya sangat menyesal. Salahkan tindakan saya? Adakah saya ibu yang zalim? Saya tidak sanggup melihat dia menangis. Saya keliru. Saya tahu sunat ini adalah perintah Allah. Tolonglah Ya Allah biarlah saya sahaja yang menangung kesakitannya.
ICHIGO MASHIMARO ICHIGO MASHIMARO May 11, 2017

Klinik Pakar Dr. Saiful memang ramai, tapi Hubby memohon ke kaunter untuk dahulukan kami. Akhirnya, doktor beri ubat tahan sakit yang lebih kuat. Alhamdulillah Zufi mulai diam. Kami pulang dengan hati agak lega. Doktor beritahu kalau selepas 6 jam bagi Pcm dulu.. kalau menangis jugak bagi Ibuprofen (ubat tahan sakit yabg baru). Tetapi bila sudah 6 jam dia menangis2, jadi saya putuskan untuk beri setiap 6 jam.
Sepanjang malam, saya dan Hubby menjaganya. Kami biarkan pampers terbuka. Biarlah dia kencing & berak di lapik itu. Kami selalu memeriksa bebirdnya. Keesokkan harinya, saya & Hubby ke Klinik Ajwa lagi kerana bimbang krn bebird Zufi ada sedikit bengkak. Doktor lain yang memeriksanya, kata bebird Zufi okay cuma kena tuam dengan ais dibalut kain spy bengkaknya surut. Setelah ke Klinik, saya ke rumah mertua saya. Alhamdulillah Ibu & ayah mertua memang menyokong sunat ketika bayi. Mereka pun gembira jumpa Zufi. Zufi kalau tidak sakit, dia tersenyum2 & ketawa sembang dengan Daddy dia. Saya pula menumpang kasih dengan Mami sebab Umi saya sendiri merajuk dengan saya. Huhu.

Kali terakhir Zufi merasa sakit adalah hari ke3 pukul 3am. Last dose ubat saya bagi pukul 10am. Zufi akan tertidur setiap kali selepas bagi ubat. Ye lah, waktu bagi ubat.. saya kena struggle dengan dia. Dia tak suka ubat. Menangis2. Memang tak sampai hati. Ketika pukul 4pm, Zufi masih tidur lena sampai lah malam.. saya pun tidak bagi ubat.
Alhamdulillah! Terima kasih Allah! Syukur! Saya tak berhenti baca doa. & menangisssss...
Ammy sorry Zufi..
Mungkin ada hikmahnya..
1. Supaya Ammy tidak buat keputusan tergopoh2 lagi
2. Hubby setia menjaga Zufi dua hari. Akhirnya dia tahu bagaimana menjaga bayi.
3. Hubungan saya dengan mertua makin rapat.

p/s : sunat bayi memang boleh tapi buatlah sekurang2nya seawal 7 hari. Pendapat saya, Zufi berkembang cepat, jadi deria sakit dia sudah complete waktu umur dua bulan. Mgkn sbb tu dia sakit tak mcm baby lain.

dari IG -> timachigo
UniMeOw UniMeOw May 20, 2017
uni pun ada niat nak sunatkan anak masa bayi jugak..insya Allah..

tapi kena kemukakan fakta kat hubby,kalau tidak dia byk soal..haha
AnonymousAnonymous November 19, 2017
Sy baru je sunat baby 6 minggu guna kaedah plasticbel. 1st day sunat mmg penat nak jaga sbb baby nangis nak kena dukung mmg mummy pun tak tidur lena. Hari ni 2nd day, sakit tu masih ada tapi dah ada kurang sikit. My advice untuk mummy yg nak sunat anak awal baik survey dulu Dr yg mana bagus. Sbb my 1st boy sunat sampai kena infeksi, Dr tu pun kawan yg recommend siap cakap bagus. 2nd boy dah nekad buat survey sendiri utk cari Dr. So far puas hati dgn resultnya biarpun mahal sedikit.