Barangan bayi murah di Lazada Malaysia

Saya pantang kalau dengar ada sale sana situ sini, lebih-lebih lagi kalau sale online, tangan ni laju je nak melayan nafsu membeli-belah saya ni haaa. Membeli-belah atas talian memang memudahkan saya, bila dah start buka je website makanya besarlah kemungkinan duit dalam bank akan berkurang. hahaha. Eh, u all tahu tak yang di LAZADA sekarang ni ada buat "Big Baby Fair"? Ia sangat sesuai untuk u all yang dah bergelar ibu bapa atau bakal ibu bapa untuk shopping di Lazada. Mahunya tak, harga yang ditawarkan sangat-sangat murah. Lebih-lebih lagi zaman sekarang di mana terdapat peningkatan kos sara hidup, maka seharusnyalah kita merancang dengan lebih bijak untuk beli sesuatu kan. Inilah masanya untuk kita jimatkan duit dengan membeli pelbagai jenis barangan bayi yang murah. U all kena cepat tau, sebab "Big Baby Fair" dah berlangsung pun, ia bermula pada 29 Mac hingga 2 April ini.    

Lazada Big Baby Fair

Di "Big Baby Fair" ni, u all berpeluang untuk membeli barangan bayi dengan menikmati diskaun sehingga 80% tau, tak kiralah samada lampin ke, fesyen kanak-kanak ke, kelengkapan bayi ke, semua ada diskaun. Oh tidakkkk!! Lazada sedang memanggil-manggil saya, mentang-mentangla saya dah ada baby baru. Saja tau, nak mengurangkan ngauman cik rimau saya tu.. hahhahhah

Mana boleh tahan u all, dahla diskaun tu termasuk dengan barangan yang berjenama terkemuka seperti Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku, Fisher Price dan banyak lagi. Tak larat nak senaraikan semuanya, u all nak tahu jenama apa ada lagi, u all bolehlah terjah "Big Baby Fair" di Lazada, moh le kita pakat-pakat meroyan dengan harga yang murah tu. hahaha    


Eh, u all yang ada anak yang masih menggunakan pampers, guna pampers jenama apa ye? Ni haaa, Huggies ada menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk semua jenis lampin bayi. Tergoda tak?.. Sangat-sangat menarik kan. Tak payah nak bersesak dengan kereta di jalan raya tapi u all masih mampu membeli-belah barangan bayi yang murah kebabooommm di Lazada Malaysia. Nak buat pembayaran pun mudah, nak guna bayaran secara online ke, paypal ke dan sebagainya pun boleh.





Bukan setakat u all dapat diskaun tau, tapi juga u all boleh dapat penghantaran percuma apabila u all membeli produk yang terpilih. Penghantaran percuma ni dah bagus, duit dah jimat ni u all. Zaman sekarang kena pentingkan penjimatan. ehheh. Lagi satu nak bagitahu juga ni, bukan setakat dapat diskaun dan penghantaran percuma tapi u all juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan cara menyertai peraduan di media sosial Lazada Malaysia.


Untuk u all yang bergelar blogger, ni haa ada contest untuk u all "Lazada Big Baby Fair Blogger Contest".  Jika u all join contest tersebut, u all berpeluang untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher. Akan ada 6 orang pemenang bertuah, di mana setiap seorang akan dapat voucher Lazada Malaysia yang bernilai RM500. Apa tunggu lagi u all, jomla join, contest ini bermula pada 27 Mac hingga 2 April 2017 dan jangan lupa membeli belah di "Lazada Big Baby Fair".     

4 comments.. read them below or add one

syawalsimpsons syawalsimpsons March 30, 2017
sue nak join jugak la contest tu...tp opis susah nak bukak link lazada ni..kena block..mmmm....tapi kalo ina nak tau...dah 3 barang dah sue beli sempena baby fair ni...terus tutup HP...jgn bukak app lazada tu..hahahha..paling suke bila beli pampers untuk mirza...dah tak beli pampers yg brand mahal..tapi kali ni dpt harga murah sungguh2....si akob tak bagi click..sue click jugak..bila sue kata dah sampai umah mak...suke dia...siap cakap terima kasih syg...save bajet saya beli pampers mirza kan...suke kemahen...kikikiki
Tengkubutang Tengkubutang April 04, 2017
beli banyak time ni memang berbaloi2.. buat stock .. heee
jamilahamzah jamilahamzah May 09, 2017
lama x buka blog. singgah sini sat arini. lama jugak ina tak update ni..hahaha