MAKSUD DAN KEPENTINGAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR

Kalau u all antara rakan alam maya saya di FACEBOOK, pasti u all perasan yang saya selalu sebut pasal KEMAHIRAN MOTOR HALUS.. tak semua orang tahu apa itu kemahiran motor halus, apa itu kemahiran motor kasar, makanya untuk entry ni, saya nak tulis pasal maksud kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar.. Untuk pengetahuan u all, kemahiran motor ni adalah tindakan yang melibatkan pergerakan otot2 di dalam badan.. Dari sinilah ianya terbahagi kepada dua iaitu kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar.


KEMAHIRAN MOTOR HALUS


KEMAHIRAN MOTOR HALUS adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot2, di mana ia merujuk kepada pergerakan kecil tangan, pergelangan tangan, jari, jari kaki, bibir dan lidah... Koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria juga termasuk dalam kategori motor halus tau, sebagai contoh pergerakan jari tangan dengan koordinasi mata, contohnya macam memasukkan batang mancis ke dalam botol... mata pun turut terlibat untuk fokus kepada lubang di botol tersebut, supaya anak2 berjaya memasukkan batang mancis ke dalam botol...

Kemahiran motor halus ni penting dalam proses perkembangan anak2 kita.. Antara KEPENTINGAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS ni adalah untuk membina otot2 tangan dan jari... Haa dekat sini bermulanya proses untuk anak2 kita dapat belajar pegang pen atau pensel dengan betul selain nak bagi tulisan anak kita cantik.. Ia juga dapat membina koordinasi mata, jari dan tangan. Eh, tau tak, otot2 untuk pergerakan motor halus ni juga diguna ketika melakukan aktiviti harian tau, sebagai contoh nak butang baju, nak zip seluar, nak ikat tali kasut, pegang sudu dengan betul dan sebagainya.. Sebab tu pentingnya untuk kita "asah" kemahiran motor halus anak ketika mereka masih kecil... Taknakla nanti, bila dah sekolah rendah, anak kita masih lagi belum pandai pegang pensel dengan betul.. Ada tau kes macam ni, saya pernah terbaca... 

Macam2 aktiviti yang u all boleh bagi anak main untuk mempertingkatkan kemahiran motor halus mereka, antara AKTIVITI KEMAHIRAN MOTOR HALUS adalah mengoyak kertas dan menampalnya kembali di buku yang telah kita sediakankan, bermain dengan bongkah atau blok binaan, bermain playdoh, menggunting kertas, bermain pasir, menggenggam objek antara ibu jari dan jari atau menggunakan bibir dan lidah untuk merasa dan sebagainya.. Apa yang saya tulis ni sikit je tau, banyakkkkkkk sangat aktiviti motor halus yang u all boleh bagi dekat anak2 u all mengikut usia mereka.. apa yang saya tulis ni secara random je..

KEMAHIRAN MOTOR KASAR

maksud kemahiran motor kasar

KEMAHIRAN MOTOR KASAR adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang lebih besar bagi tangan, kaki atau keseluruhan badan.. Kemahiran motor kasar ni, kebiasaannya anak2 kita dah boleh lakukan ketika anak kita tu bayi lagi, saya bagi contoh seperti merangkak, berjalan, melompat, mengesot, menyulur.. Kiranya macam motor kasar ni membantu diri seseorang untuk bergerak di sekeliling la... 

Kemahiran motor kasar ni penting dalam perkembangan anak2 kita.. Antara KEPENTINGAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR adalah untuk membina otot2 kaki dan kaki, membina koordinasi yang melibatkan mata dan kaki, mata dan tangan, tangan dan kaki.. Selain itu juga, ia dapat membina otot pada bahagian leher dan kepala anak kita.. Alaa senang cakap, ia membina koordinasi otot2 pada keseluruhan badan la.. Ianya penting untuk memudahkan anak kita melakukan aktiviti seperti berjalan naik dan turun tangga, berlari dengan mengawal arah dan kelajuan, melompat tanpa jatuh, mengayuh basikal, menangkap bola dan sebagainya.

Bermacam2 aktiviti untuk motor halus yang u all boleh bagi anak u all lakukan, antara AKTIVITI KEMAHIRAN MOTOR KASAR itu adalah berjalan... Eh, berjalan ni banyak cara tau, u all perlu kreatif seperti lakukan berjalan ke hadapan, berjalan secara mengundur ke belakang, berjalan dalam bulatan atau garisan, berjalan laju ke slow ke... Selain berjalan, berlari pun boleh juga.. kanak2 kan memang suka berlari.. U all ajaklah anak u all berlari di kawasan yang lebih luas seperti di padang atau di tempat2 yang u all selalu jogging.. berlari yang saya maksudkan adalah seperti berlari sambil membawa bola ke, berlari berhenti lepastu berlari kembali ke, berlari laju ke atau berlari perlahan ke.. Ajar anak mengimbangi badan seperti ajar anak meniti di atas sekeping papan yang u all letak atas tanah, meniti atas salotape yang u all tempek di atas lantai sambil menjunjung sesuatu dia atas kepala... haaa, ini udah gaya nak belajar jadi model ni.. hahhahah...

Untuk pengetahuan u all, kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar ni, bergabung bersama tau, kiranya macam ianya membangun bersama2, saling lengkap melengkapi. Ini disebabkan banyak aktiviti bergantung kepada penyelarasan motor halus dan motor kasar.. Harap apa yang saya tulis ni, u all faham la yer.. Kalau tak faham, boleh je tanya... U all boleh follow ibu2 yang homeschooling anak2 mereka, banyak aktiviti yang mereka kongsi, u all boleh ambil idea mereka dan lakukan dekat anak u all..

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

1 comment... add one now

nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI November 03, 2016
bagus perkgsian akk ni.. berguna nanti.