Hospital Sultan Abdul Halim terbaik..!!

Entry ni dah lama ada di draft, baru hari ni saya berkesempatan untuk publish.. Mula2 sekali saya nak cakap, ini pengalaman peribadi saya yer, orang lain saya ta tahu la... Untuk anak nombor 2 & nombor 3, saya bersalin di hospital Sultan Abdul halim Sungai Petani.. Masa bersalinkan Aqilah @ anak nombor 2 pada tahun 2012, sebenarnya saya bukan nak bersalin dekat Sungai Petani ni sangat pun.. Ikutkan nak balik Ipoh, tapi tu la, belum sempat balik Ipoh lagi, dah nak bersalin pulak... Tapi ketika bersalinkan Afrina @ anak nombor 3 pada tahun 2014, saya memang nak bersalin dekat hospital Sultan Abdul Halim ni pun, lagipun kali ni saya berpantang dekat Sungai Petani...

Saya bersalin di hospital Sultan Abdul Halim ni guna GL my dear.. kelayakan GL my dear ni, saya dapat duduk 1st class.. Masa bersalinkan Aqilah, memang saya dapat duduk di bilik 1st class tapi ketika bersalinkan Afrina, saya duduk di bilik 2nd class, puncanya 1st class dah penuh.. Yang saya katakan hospital Sultan Abdul Halim ni terbaik, adalah dari segi apa ek nak panggil... adehhh dan2 lupa pulak word tu ketika nak taip ni haaa.... Maksud saya macam ni, kalau tahun 2012, lepas keluar je Aqilah dari rahim saya tu, misi tunjuk jantina & terus bawak Aqilah keluar untuk bersihkan, timbang berat badan & siap bagi pakai baju la kan.. Tapi berlainan ketika tahun 2014, apabila Afrina keluar je dari rahim saya tu, terus misi ambik Afrina letak atas dada saya.. senang cerita "SKIN TO SKIN" la antara ibu & anak... haa nampak tak, perkembangan yang baguskan.. nak panggil peningkatan dari segi apa tu u all?

SKIN TO SKIN tu pulak, berlangsung selama 2 jam.. pendek cerita ketika kita kene jahit luka dekat bawah tu pun, baby masih lagi atas dada kita... bila sebut SKIN TO SKIN, ini bermakna, baby kita memang tak pakai apa2 yer.. Siap kita boleh bau darah lagi dekat anak kita tu.. Memang FRESH FROM OVEN betoi la masa nih..!! Rasa sakit kena jahit pun hilang bila tengok anak atas dada kita ni tau... dah settle semua barulah misi ambik Afrina untuk bersihkan dan timbang berat... dah bersih, hanya bagi pakai pampers sahaja..!! baju2 ke seluar ke macam dulu2 tu semua takda.. Nak bagi pakai baju, tunggu kita dah masuk wad nanti, dekat bilik bersalin pakai pampers je.. memang friendly betoila hospital sultan abdul halim ni.. Friendly dari segi husband boleh masuk bilik bersalin, friendly dari segi penyusuan susu badan.. Saya memang suka benda2 yang "friendly" berkaitan bab2 ni...

Dari segi layanan pulak, bagi saya pun best jugak.. Saya tak bawak pun jug air masak ke jug air panas ke.. tapi mereka siap sediakan jug untuk saya.. eh bukan saya je la.. orang lain pun sama rasanya.. kalau tak silap saya, ketika tahun 2012 dulu takda pun bagi jug macam tu.. Baguskan u all.. nampaklah perubahan yang semakin baik.. Dari segi pemakanan & layanan 1st class ke 2nd class ke, saya rasa sama je semuanya... ntah2 2nd class lagi best kot layanan... Yang 1st class tu bestnya sebab satu bilik sorang, so, kita tak berkongsi tandas dengan orang lain.. itu je pun.. Kalau ikutkan misi banyak masuk, rasanya 2nd class lagi banyak masuk kot... yela, dah 2nd class ada 4 orangkan..

Bagi saya, pengalaman bersalin dekat Hospital Sultan Abdul Halim ni pun best.. makanan dia tu pun best, udah rasa macam bukan makanan hospital.. sapelah tukang masak tu agaknya.. sedap betoi!!... Untuk anak2 lepas ni, jika diberi rezeki, saya nak bersalin dekat hospital Sultan Abdul Halim ni lagi.. Saya sangat suka dengan konsep "friendly" yang dilakukan.. Yang paling suka berkaitan husband boleh masuk bilik bersalin & "skin to skin"... Eh jap, lepas bersalin tu kan, mereka siap bagi air susu dekat kita, kita tak perlu bangun pun, mereka pegang, kita sedut je dengan straw... Eh, ke memang semua hospital prosedur dia macam ni?.. 

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"
Hospital Sultan Abdul Halim terbaik..!!

{ 7 comments.. read them below or add one }

eima eima January 14, 2016
SBB AKU ADA PENGALAMAN HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA... 7 TAHUN LEPAS PUN MMG ITU HOSPITAL PUTRAJAYA BUAT ...NOT SURE NEGERI LAIN ...RASANYA MANA HOSPITAL KERAJAAN PUN MACAM TU LA
Mama Idlan Irsyad Mama Idlan Irsyad January 14, 2016
masa k.ja bersalin kan irsyad (tahun 2012) dah ada dah skin to skin ni...bab susu tu x igt plak..tp macam dpt jgk...hehe..hubby dh confirm blh masuk cuma hubby jer x sempat masuk time tu..dia masuk lepas bersalin, time skin to skin tu la..
husna zahidi husna zahidi January 14, 2016
wahhh.. skin to skin tu mcm style org putih.. tgh dok uli anak time tu mesti tak sedar sgt diorg tgh menjahit kan kak..
CXopportunities CXopportunities January 14, 2016
Cx suka skin to skin proses tp time cx skjp je dia ltk. Pki GL mmg dpt 1st class tp cx mntk 2nd class sbb 1st class dok sorang2. Cx tkt haha
Yana Libra Yana Libra January 14, 2016
bestnye...kalau hosp melaka dah bukaan 9cm baru leh masuk :(
masa mula2 tu tanggunglah sorang2..last2 sy kena caeser..huhu
eda eda January 14, 2016
Best sgt dpt gitu...sy xdpt lgi merasa skin to skin sbb yg 1st operate hr ke 4 br sy dpt pegang
ank yg ke 2 lahir2 senyap jd misi2 lekas2 bawa keluar bg oksigen...pepun Alhamdulillah dedua membesar
Dgn sihat...
azizah green line azizah green line January 14, 2016
kebanyakan hosp amalkan skin to skin kalau baby xde masalah apa2.. dari situ kita mulakan pyusuan seawal boleh kann