Persekolahan Alisha di tadika KEMAS 2015

Iye, u all tak salah baca, memang tahun 2015 pun... dah setahun berlalu baru saya buat entry ni.. adehhh... Nak jugak buat walaupun dah lambat, janji anak saya tahu nanti mereka macamana mula2 sekolah... Persekolahan Alisha bermula pada 11/01/2015.. Ohya, apa yang saya tulis ni sekadar apa yang terlintas di fikiran je la ek... Ni pun ingat tak ingat.. hehe


Ini kasut & bag sekolah Alisha.. Beg sekolah tu saya beli online je, harga dia dah lupa, maybe RM20++ la kot.. Kasut tu pulak harga menghampiri RM30.. Mahal betoi kasut budak2 ni yer.. Cari jugak kot2 ada kasut rege belas2 tapi takda.. 


Hari pertama persekolahan, Alisha tak dapat lagi baju sekolah, so, saya bagi dia pakai baju t-shirt dengan seluar je la.. Actually Alisha happy je ketika mula2 nak pergi sekolah ni, bukan main lagi dia punya excited.. Eh, gambar ni diambil dalam kelam kabut dengan my dear suruh cepat tapi saya pulak nak ambik gambar..

Alisha pergi tadika KEMAS ni, bukannya abah dia teman sekejap ke apa.. Abah dia hantar Alisha & terus pergi kerja... Saya yang duduk dekat rumah ni, susah hatilah jugak, mana taknya.. duk pikir Alisha tak pernah sorang2 macam tu tanpa kami semua... Duk pikir boleh ke Alisha sesuaikan diri, menangis ke tak.. Saya membodek jugak my dear suruh ambik cuti untuk angkut saya sekali pergi tadika KEMAS, my dear tak layan.. hahahha... Biasalah, ibu kan hover sikit... risaunya lebih2 mengalahkan anak..!! Si anak siap cakap "Abah pergi kerja pastu hantar kakak pergi tadika, lepas tu abah pergi kerja semula.. ibu duduk rumah jaga Aqilah & Afrina"... Alahai anak... kamu memang anak yang hebat..!!


Itu cerita sebelum pergi tadika, balik je dari tadika.. tu diaaaa... bukan main lagi menangis.. siap dengan air hidung keluar... Alahaiiii saya yang tengok pun mulalah rasa nak tumpang menangis jugak... Saya tanya Alisha kenapa dia menangis, Alisha cakap "Kakak nak suruh abah hantar balik rumah"... Ceritanya macam ni, ketika pergi sekolah pagi tu, my dear yang hantar Alisha tapi bila sampai dekat tadika, jiran kami yang anak dia sekolah sekali dengan Alisha jugak, offer nak hantar Alisha balik rumah lepas sekolah nanti.. My dear ok je lah kan... Ingat ke Alisha oklah.. rupa2nya dia taknak, maybe dia rasa takut kot.. Jiran saya ceritalah yang Alisha ni taknak naik pun kereta dia tapi pujuk2 baru Alisha naik... Alahaiii... kesian dekat Alisha... dahlah kena tinggal dengan abah, balik pulak orang lain ambik... Sejak dari kejadian tu, Alisha hanya pergi atau balik sekolah dengan abah dia je.. kalau tak pun opah dia kalau opah ada datang sini...


Dalam duk tersedu sedan tu, last2 Alisha terlena... Pukul 1 lebih tengahari tu, saya telefon cikgu Alisha tanya macamana Alisha di sekolah.. Cikgu cakap Alisha ok je mula2... bagi pen & kertas suruh tulis, Alisha tulis, bagi makanan dia makan tapi lepas makan tu dia nak kencing, mulalah dia dah menangis... Nak bagitahu cikgu dia takut, tu yang dia menangis... Alisha kan jenis malu2...


U all tahu tak, yang pasal menangis sebab nak ke tandas tu, bukan hari pertama je tau.. tapi berlarutan sampailah nak habis sekolah rasanya... Bayanglah ketika majlis sambutan hari raya dalam bulan 8 or 9, cikgu bagitahu Alisha masih lagi menangis setiap kali nak ke tandas... Lagi satu, Alisha jugak, makan masa hari pertama tu je lepas dari tu memang tak makan sampai habis sekolah... Eh, hari terakhir sekolah dia makan, itu pun makan kek, maybe ada majlis perpisahan rasanya...  Bukan itu je u all, Alisha tak bercakap pun dengan rakan2 dalam kelas... dia bercakap pun sikit2 je, itupun dengan kawan sebelah kanan & sebelah kiri dia... Dekat tadika tu jugak, Alisha akan duduk di kerusi & meja yang sama dari awal sekolah hingga habis sekolah akhir tahun.. pensel dia pulak, dari awal dia guna pensel warna kuning, sampai tamat sekolah la jugak dia nak pensel tu.. tak boleh tukar2... kalau tak dia menangis..

Bila pikir apa yang cikgu bagitahu rasa macam alahaiiii kesiannya anak saya... saya ni sampai risau2 takut anak rasa tersisih.. yela, tak berkawan takut nanti budak2 kata dia sombong & terus taknak kawan dengan dia... Lagi satu, Alisha ni dia dah reti buat latihan tau u all.. kiranya kalau tulis2 ke atau buat garisan putus2 tu, dia memang dah terror la... tapi bila kat tadika KEMAS ni, ada masa macam Alisha just pegang je pensel... bila cikgu suruh baru buat.. nak kena duduk dekat dia... udah gaya macam budak tek reti apa2... kesiankan... macam "terseksa" je anak saya setahun kat situ... bukan pasal tadika tu yang tak ok atau cikgu tu yang tak ok, semua ok je... tapi pasal ALISHA SENDIRI YANG TAK OK... maybe sebab ini kali pertama dia tanpa kami semua just ditinggal dengan rakan2.. selain tu jugak, selama ni duk berkawan dengan adik-beradik je, sepupu sepapat pun jumpa setahun sekali dua je.. so, pergaulan dengan orang luar tu yang Alisha tak banyak... dekat rumah pun berkurung je dalam rumah...

Ini kisah Alisha di tadika KEMAS... Untuk tahun 2016 ni, saya hantar dia ke PRA SEKOLAH dengan tujuan untuk bagi Alisha biasakan diri dengan persekitaran sekolah rendah.. Bukan apa, senang nanti masuk darjah 1.. InsyaAllah.. Tunggu next entry yer, saya cerita Alisha di PRA SEKOLAH pulak... yang penting, di PRA SEKOLAH ni Alisha sangat happy..!! Yela, ini dah tahun kedua dia bersekolah.. so, dah tahu apa itu "sekolah".. 

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"

6 comments.. read them below or add one

luqman zakaria luqman zakaria January 07, 2016
Pengalaman semua tuh..Nanti dah besar boleh baca balik semua nih..hehe
babYpose babYpose January 07, 2016
Bagus Alisha walaupun tahu sekolah tak sesenang dirumah tetap ke sekolah. Alhamdulillah tahunnidia lebih happy.
Masya Masya January 07, 2016
okeyy tunggu next entry.. jgn next year pulak baru ade entry tu hahahaha .... alahai alisha kesian dia mungkin sebab tak biasa lg dengan suasana sekolah tu dia camtu kat tadika.. insyaallah nanti lelama oklah tu...
CikSiti CikSiti January 08, 2016
saya pun ingat nak masukkan ank yg 5 tahun tu ke tabika kemas. xtau diorg terima lagi ke tak
aRz MoHa aRz MoHa January 10, 2016
penting juga anak anak ni dibiarkan sedikit pergaulan dengan kawan-kawan atau jiran kan
CXopportunities CXopportunities January 14, 2016
Alolo alishah .. sampai hbs tau entry ibu awk ni aunt baca .. huhu smg alisha jd ank yg baik dan murid yg bujak serba serbi ya. Jgn ngs2 lg dah tau klu nk kencing hihi comel la alisha