Ulangtahun kelahiran Nur Afrina

Wah cepatnya masa berlalu, hari ni dah 02/09/2015 @ ulangtahun kelahiran anak solehah Afrina yang pertama.. Pejam celik pejam celik, dah setahun.. pejam celik pejam celik, usia kita semua pun semakin bertambah... moga tahap keimanan kita jugak akan sama2 bertambah seiring dengan usia... InsyaAllah.. Errmmmm untuk Afrina, tak banyak cerita berkaitan perkembangan dia yang saya coretkan di blog... bukan apa, masa tu tak cukup, ketika anak sorang banyak lagi masa mengadap blog, ni anak dah 3 orang, masa nak mengadap blog semakin skit... komitmen semakin banyak, belum dengan nak tambah anak ke 4 tahun depan... wakakkak

Saya sebenarnya tak tahu nak mulakan entry ni macamana... Eermmm... saya tulis secara ringkaslah perkembangan Afrina yer... tarikh yang betul setiap perkembangan tu, saya pun dah lupa... haihhh... Tapi yang pastinya, di usia setahun ni, Afrina dah laju berjalan... dah pandai main sorok2 dengan kakak2 dia pun... Afrina tukang cari, Alisha & Aqilah tukang menyorok... hhahhah... seronok la pulak bila teringat aksi2 ketika dorang bermain adik beradik..


Last saya update perkembangan Afrina ketika dia berusia 5 bulan.. sekarang ni dah setahun...

5 bulan : Afrina pandai menyulur sikit2 

6 bulan : teror menyulur di minggu pertama usia 6 bulan.. selain itu, Afrina dah mula buat gaya nak merangkak, tapi time ni gaya je la lebih.. Memandangkan di usia 6 bulan dia dah start makan, time ni jugak Afrina dah pandai minum guna straw

7 bulan : minggu pertama usia 7 bulan baru Afrina merangkak betoi2.. Time ni, Afrina dah mula tumbuh 2 batang gigi di bahagian atas.. Afrina dah pandai duduk

8 bulan : Afrina dah mula berdiri sambil pegang sesuatu seperti meja

9 bulan : Afrina tumbuh lagi 2 batang gigi bawah, menjadikan jumlah giginya 4 batang... Ketika umur 9 bulan lebih ni jugak, Afrina dah mula langkah pertama, kiranya Afrina dah mula nak belajar berjalan.. Time ni jugak dah mula melambai kakaknya pergi sekolah... 

10 bulan : Afrina tumbuh lagi 4 batang gigi secara serentak, 2 di atas & 2 di bawah, maka di usia Afrina setahun, dah ada 8 batang gigi.. Di usia 10 bulan lebih ni, Afrina dah teror berjalan.. Afrina dah mula pandai nak suapkan makanan ke mulut kami

11 bulan : Afrina dah start makan nasi yang berbijik tapi versi babby... Ohya, memandangkan nasi Afrina dahmakan nasi berbijik, maka dia dah mula nak makan nasi sendiri bersama2 dengan kami ketika makan.. 

Untuk Afrina, ibu mintak maaf jika usia perkembangan tu ibu tersilap tulis yer... Ibu kamu ni dah ingat2 lupa... hahha... Apa2 pun, yang pastinya semua perkembangan ni sebelum usia kamu setahun.. (",)... Saya sambung sedikit lagi perkembangan secara rawak sebab betoi2 dah lupa usia perkembangan ini... Afrina dah pandai mengikut arahan... contohnya bila dia bukak baju, saya suruh dia letak baju ke dalam bakul, terkedek2 dia berjalan letak baju dalam bakul..hahhahha... Comel je aksi Afrina ni tau..!!  Afrina jugak dah teror panjat memanjat.. dah pandai turun katil sendiri pun ye jugak.. Memandangkan Afrina dah ada gigi, selalu jugaklah saya kena gigit, lebih2 lagi time menyusu... Walaupun usia Afrina baru setahun, tapi dia dah pandai ambik makanan tau u all... Cara dia mintak makanan, dia akan ke arah meja sambil jinjit kaki nak ambik makanan atas meja sebagai tanda dia lapar... selain tu, bila kita pegang makanan, dia akan ikut je kita..hahhah... bila dengan kakak Aqilah dia best, Aqilah suka bagi Afrina makan, contohnya Aqilah ambik buah dari peti ais, lepas tu, mulalah dia panggil "Dekna, meh sini dekna.. meh"... sambil tunjuk buah yang dia bawak tu...hahhah.. eeee geram je bila ingat peel anak2 yang comel2 ni tau... Ni yang buat saya rasa nak tambah anak ramai2 ni.... mesti lagi meriahkan kalau lagi ramai anak, lagi mereka rapat.. gaduh sikit2 tu normal, adik beradik... kita dulu2 pun gaduh jugak adik beradik kan... dapat bagi 3 orang lagi adik dekat Afrina ok jugak ni... sempat lagi menambah sebelum cecah usia 40 tahun... wakakkak

Ini je perkembangan yang terlintas di fikiran untuk saya tulis hari ni.. Sempena ulangtahun kelahiran Afrina ni, saya doakan semoga Afrina membesar sebagai anak solehah yang taat pada perintah Tuhan... Hormati mereka yang lebih tua... Moga anak2 saya akan kekal rapat hingga ke akhir usia... InsyaAllah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 18 comments.. read them below or add one }

eima eima September 02, 2015
wahhhhh besar tu cita ibunya ... 6 orang anak .... mudahan dipermudahkan....
terbaik la .... zaman sekarang ni jarang ade ibu muda yg nk anak ramai cam ina tau ..... cam saya pun inshaaAllah ade rezeki nak tambah lagi ..... takut nanti dah tua2 sunyi cucu tak ramai
nur anis nur anis September 02, 2015
happy birthday afrina..:)
fariza rahman fariza rahman September 02, 2015
selamat ulang tahun yang pertama nur afrina..
semoga jadi anak yang solehah...

apa kata akak bukukan perkembangan afrina and anak2 akak yang lain...
nanti bila mereka semua dah besar... bagi mereka baca.. hehehe
Ibu Lala Ibu Lala September 02, 2015
Hepi besday afrina. Kejap je membesar. Rs cam baru je deliver kan
Petak Bunga Petak Bunga September 02, 2015
semoga afrina jd anak yg solehah
aizamia3 aizamia3 September 02, 2015
selamat hari lahir buat Afrina..
Moga menjadi anak yang solehah buat keluarga dan sihat selalu hendakNYA.
yoorin melacolea yoorin melacolea September 02, 2015
selamat ulangtahun kelahiran afrina.. wah betul ke ni nak jadi kakak afrina ni..ecehhh...
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI September 02, 2015
slmt ulgthun afrina.. moga mbsar mnjd anak solehah...
Farhain Azmi Farhain Azmi September 02, 2015
selamat ulang tahun yg pertama ye afrina.. sama besday lah dgn auntie hari ini. Semoga afrina menjadi anak yg baik, cerdik, solehah dan menyenangkan hati ibu bapa.

sedap2 nama anak akak..senyum je yong baca gelagat diorang. anak yong lg sebulan nak cukup setahun. :)
Diana Rashid Diana Rashid September 02, 2015
Happy birthday Afrina..:)
Mas Zull Mas Zull September 02, 2015
assalamualaikum intan...selamat hari lahir Afrina moga menjadi anak solehah yer..:)

p/s sama tarikh besday dgn Awisy ni..
azizah green line azizah green line September 02, 2015
happy brthday afrina! nasib ibu belom upgrade afrina jadi kakak ye.. hehe
moga jadi anak soleh k syg
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah September 03, 2015
Happy birthday Afrina..

semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh...
sya mimie sya mimie September 03, 2015
Kjap je afrina dh sthun. :)
Zahra 18/9 ni gnap sthun..
Moga 3orng adek afrina boy kut kan kak.. Hee..
Bru lngkap hero n heroin ibu.. Hihi
Nugrul Sakura Nugrul Sakura September 03, 2015
Selamat Hari lahir Afrina...

Muka sebijik aqilah betui dekna ni taw
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH September 03, 2015
Assalam ina,
happy belated birthday afrina
moga sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah AMIN
lynndamya lynndamya September 07, 2015
Salam, alahai cepatnya lah kan, happy birthday afrina..semoga jd anak solehah..aminn~

sy baca akak tulis pekembangan afrina, sy rase sebak pulak...sy terbayang, mesti mak saya pun masih igt semua pekembangan sy scara details..cepatnya masa berlalu...sedih pulak rasa..haih.. :'(