Biskut cheese straw untuk baby

Dah hampir nak raya kan??? Risau takut anak2 u all yang makan makanan NO SALT NO SUGAR tu diberi makan biskut raya??... Jika risau, kita kenelah sediakan biskut untuk anak2 kita... Saya sendiri dah sediakan biskut raya untuk Afrina... haha.. Tak menahan tau... Bukan apa, kesian dekat Afrina nanti, kami duk makan biskut raya, dia nak makan apa?... Kang ada pulak tangan2 yang sua biskut raya untuk Afrina... Time raya tu jugak, jangan lupa bila u all nak pergi beraya tu, bukan setakat bekalkan biskut tau, tapi bekalkan jugak bubur nasi ke pasta ke atau apa2 je sebagai menu lunch anak u all tu... kang dia lapar mulalah meragam, tak dapat u all nak beraya dengan aman... Takda idea nak buat menu apa nak bagi anak makan, u all boleh usha di blog saya di bawah label MAKANAN BABY..


Cheese Straw ni rasa dia lemak2 masin tau... rasa yang "dizahirkan" oleh keju tu haaa... Memang takda rasa manis langsung... tapi kalau u all nak manis, boleh je add puri kurma... Biskut Cheese Straw ni bukan je Afrina yang makan, tapi saya pun tumpang makan.. Saya peminat keju, so, saya memang sukalah... Btw, kalau anak u all tu jenis yang ada alahan, seeloknya guna makanan yang berasaskan keju ni setahun ke atas ke... lambat sikit pun takpa... tapi kalau takda alahan, umur 8 bulan ke atas dah boleh... Untuk anak yang ada Eczema pun seeloknya setahun ke atas jugak tau... takut alahan.. tapi Alhamdulillah untuk Afrina, walaupun ketika umur 2 bulan hari tu dia ada eczema, tapi keju tak buat dia alahan... Haa lupa nak cakap, cheesee straw ni, dia tak keras tau... & bukanlah jenis yang letak dalam mulut terus cair tu... tapi nak kene gigit sikit pastu baru dia cair.. tapi dia lembut jugak.. just nice, bukanlah keras macam biskut kering 4 segi tu haa... Selain dari makan secara direct, boleh jugak dicampur dengan air or susu untuk bagi anak u all makan... ala2 nestum gitu...


CARA : 1 1/4 CAWAN TEPUNG ATTA + 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG = AYAK... 56G UNSALTED BUTTER + 85 G KEJU BEGA HIJAU = PUKUL BAGI SEBATI @ RATA... PASTU U ALL BOLEH MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT... BILA DAH SIAP, U ALL GELEK ADUNAN U ALL TU & POTONG GUNA PISAU... LEPAS TU BAKAR PADA SUHU 160C SELAMA 15 - 20 MINIT... SIAP..!! Saya buat 2 adunan, so dapat lebih kurang 100 pcs... Ohya, kalau u all nak lagi satu resepi biskut baby yang jenis cair di mulut, boleh tengok resepi di entry BISKUT TANPA GULA & TANPA GARAM UNTUK ANAK2...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

5 comments.. read them below or add one

Mia Mia July 10, 2015
Wah, boleh buat biskut raya untuk anak ni. Bagus idea ni. kalau kuih raya yang kita makan tu mesti banyak gula kan.
Salam ziarah dan salam lebaran
Unknown Unknown July 13, 2015
sedap ni kan..sambil beraya..anak2 pon leh makan homemade ibunya..
eija_sweetmama eija_sweetmama July 24, 2015
lama dah x menyinggah blog kawan²..hari ni berkesempatan nak baca cerita kawan²..:))

Wah rajinnya ina, siap ada biskut raya khas utk baby..untung anak² ina, ibu dia rajin memasak
AnonymousAnonymous July 18, 2017
nk tny bakar lama mana n suhu brp ya..tq