Ikan rebus ala2 stim @ steam ni memang ada kenangan dalam hidup saya... Ingat lagi masa mula2 kawen dulu, saya buatlah ikan masak steam guna kuali ni haaa... kiranya rebus terus la dalam kuali tu kan... Bila time lunch saya bagitahulah hubby ni masak steam... hubby saya tanyalah pulak, guna pengukus ke... saya kata masak dalam kuali je... Lepas tu my dear perli saya kalau guna kuali, itu namanya REBUS BUKAN STEAM @ STIM... Sampai sekarang my dear duk perli saya pasal ni tau u all... Bukan setakat perli depan2 saya, siap mengata saya depan family dia lagi...!! Ikutkan hati rasa macam tak nak buat dah... tapi tu la, bodohlah saya kalau ikut hati... benda betul... memang ianya rebus, bukan steam... Walau dalam hati ada gak rasa malu kena perli kan depan family my dear... tapi takpala, positifkan diri... tak elok nak negatif2 ni... biasalah nak guraukan... saya pun biasa gurau camgitu dekat my dear, kira fair la kan... (^_^)
My dear selalu cakap yang saya pandai masak sebab kawen dengan dia... hahhah... Alasannya pasal dia suka makan dekat rumah... Actually sebelum kawen, saya memang tak pandai masak...!! Masa kecik, mak saya tak bagi pun guna dapur gas tu haa... Di saat my dear datang jumpa family saya buat pertama kalinya pun sebelum kawen, memang mak saya bagitahu awal2 yang saya ni tak pandai masak... Masa mula2 kawen, bayanglah, menu kami hanya yang goreng2 je... ikan goreng, ayam goreng, telur goreng... hahahh... sampai satu tahap, tak tahu nak masak apa, my dear cakap, rebus je ikan tu... so, makanlah kami ikan rebus yang letak garam tu je haa.... Bila diingat balik kisah lama, saya tak sangka yang sekarang ni saya dah boleh masak macam2... kalau nak makan nasi sedap2 (contoh : nasi minyak, nasi hujan panas, nasi ayam, nasi daging dll) tak perlu nak tunggu ada majlis apa2, dah jadi menu mingguan kami... Bukan nak berlagak, tapi nak bagitahu walaupun kita tak pandai masak, tapi kalau kita tak mengalah & terus berusaha, InsyaAllah pasti boleh walaupun tak sehebat chef... tapi cukuplah sekadar hebat di "perut" anak & suami... Wah gitu.... Siap 2 perenggan mukadimah... muahahahaaa
IKAN SIAKAP REBUS ALA2 STIM @ STEAM ni memang sangat2 sesuai untuk orang pemalas macam saya... Malas nak basuh pengukus... Maunya tak malas, pengukus tu besar gedabak... Walaupun ikan siakap ni sekadar rebus bukannya stim tapi rasa dia memang macam masak stim tu haaa... Tambah lagi makan panas2... Ya Ampun.... sedapnya... Saya pulak memang suka makan kuah ikan ni... kalau kita kukus bukan ke kuah tak banyak, tak puas makan... kalau rebus, dia punya kuah tu... bila dicurah atas nasi, perghhhh menangis.... Adehhhh terus pada resepi la.... kecuq ayaq liur plak dah haihhh...
Resepi dia sangat mudah, jenis campak2 je semuanya... CARA : DALAM KUALI LETAK AIR + BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA + SERAI + CILI PADI + CILI MERAH + AIR PERAHAN LIMAU KASTURI = TUNGGU KUAH DIA GELEGAK PASTU MASUKKAN IKAN + TOMATO + GARAM + BANCUHAN TEPUNG JAGUNG (untuk pekatkan sikit kuah) = SIAP..!! OHYA, IKAN TU SAYA TAK BALIKKAN2 KAN PUN TAPI SAYA JUST SELALU PERATI DENGAN DUK CURAH2KAN KUAH TU ATAS IKAN... DARI SEGI RASA MASAM KE MASIN KE.. U ALL ADJUST SENDIRI LA YER IKUT SEDAP TEKAK U ALL, SAYA NI MAIN CAMPAK2 JE, TAKDA SUKAT2...
Alamakkk lupa pulak nak tulis dekat atas tadi, disebabkan my dear perli saya tu la, maka saya tukar nama ikan ni jadi IKAN SIAKAP REBUS ALA-ALA STIM @ STEAM... (^_^) So, my dear dah tak boleh perli saya lagi dah lepas ni... muahhahhahah
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"