Seronoknya hidup berjiran

Sebelum ni saya duduk rumah sewa, bulan 3 hari tu baru kami duduk rumah sendiri.. Alaa rumah di taman yang sama jugak cuma lorong yang berlainan.. Serius, saya suka sangat dengan persekitaran di rumah kami sekarang ni... Saya lebih terasa kehidupan berjiran tu.. Bukanlah ketika di rumah sewa saya tak berjiran or tak bertegur sapa, tapi disebabkan di rumah sewa tu, mereka buat hal masing2 & bercampur dengan lain2 bangsa... Kiranya di rumah sewa tu, bukan saya je duduk memerap dalam rumah, jiran2 lain pun lebih kurang je...

Tapi di area rumah kami sekarang ni, semuanya orang melayu & paling penting, ramai budak2..!! Kalau sebelum ni, takda budak2 sangat pun area rumah sewa kami tu... kiranya suara anak saya je la yang membuatkan kawasan tu bising.. tu yang sampai anak saya menangis pun jiran duk ketuk2 dinding rumah... Allah, sedih bila ingat balik kisah tu... terus terang cakap, saya memang terasalah u all dengan jiran ketuk2 dinding, jerit2... Ermm maybe dia tak paham sebab dia pun takda cucu lagi atau apa2 je la alasan dia... My dear maybe tak rasa, sebab yang hadap semua tu saya.. my dear pergi kerja... Anak2 menangis biasalah u all, menangis kadang pasal bergaduh adik-beradik... AllahuAkbar.. Malasla nak ingat... yang lepas biarkan berlalu.. yang penting saya seronok dengan jiran2 di rumah baru kami ni... Tuhan maha penyayangkan, tak selamanya Tuhan bagi kita berduka... di sebalik kedukaan pasti ada kegembiraan.. Cewahhh...

Di rumah baru kami ni, anak2 saya ada ramaiiii kawan... Jiran2 kat sini memang ramai anak sebaya anak2 saya... Anak2 jiran pulak, selalu jugak bertandang ke rumah kami.. Ada ketikanya hari2, ada ketikanya tak datang pun, tapi kalau tak datang rumah kami sekalipun, petang2 pukul 6, anak2 saya diberi pelepasan main dengan rakan2 sehingga pukul 7 petang... Tapi takdalah saya biarkan anak2 saya main sediri.. saya teman merekala.. bukan apa, kawasan depan rumah kami ni, boleh kata sibuk jugak... kereta motor duk lalu lalang, so, kene berjaga2 jugaklah kan... Saya biasa tak lepas anak2 bermain tanpa saya teman, mesti saya teman, tak kiralah dari anak sulung atau anak yang paling kecik... biasa mereka main adalah lebih kurang seramai 7 ke 10 orang & kadang2 lebih...

Saya suka anak2 jiran ni datang rumah sebenarnya.. bukanlah bermain dalam rumah tapi di dalam pagar sebelah parking kereta tu haa... Anak2 saya akan bawak keluarlah mainan.. Saya pulak jenis yang suka jamu budak2.. Bila anak2 saya makan nasi, saya bagilah anak2 jiran sebekas sorang tapi suruh mereka balik makan dekat rumah, lepas tu baru datang kembali rumah saya.. Bukan apa u all, sebab saya sendiri kurang pasti dengan kondisi mereka, samada mereka ada alahan terhadap apa2 makanan atau tak.. so, jalan selamat, lebih baik mereka balik makan di rumah sendiri... bolehlah ibu mereka tengok...

Saya jugak jenis yang suka jamu jiran2 jugak, ada ketikanya saya masak apa2, saya akan buat lebih sebab nak bagi jiran sekali.. Bukanlah saya bagi tu sebab saya kata saya ni masak sedap.. tidak sama sekali.. tapi saya suka bagi orang makan sebenarnya... entah, tak reti nak terangkan.. tapi ianya satu kepuasan untuk saya bila masak & bagi orang makan.. diri sendiri tu bukan nak makan sangat pun... kalau awal2 dulu, saya selalu bagi dekat jiran sebelah rumah je sebuah.. lepas tu my dear komplen, kenapa bagi jiran sebelah je... So, sejak hari tu, saya bagilah dekat jiran2 lain jugak... mula2, sebuah rumah, lepas tu meningkat jadi 5 buah rumah, lepas tu 6 sekarang 7 buah rumah.. akan datang insyaAllah akan semakin bertambah...


Mula2 sekali saya bagi untuk jiran2, saya bagi bubur sagu... masa ni saya bagi sikittttt sangat tau u all, pasalnya saya buat pun sikit jugak, tapi saya tetap jugak nak bagi.. kalau ingat balik macam memalukan bagi dekat orang sikit sangat, bekas tu dah la besar... hahhahha... saya bagi 5 or 6 buah rumah... Itu last la saya bagi sikit, lepas dari tu bagi banyak.. hahahha.. Siap cakap dekat jiran2, "ganti balik sebelum ni pernah bagi sikit"... ahhah konon nak cover malu la... 

Eh, u all tahu tak, minggu lepas my dear ada bagi cadangan, kononnya kami buatla sesuatu, samada makanan ke minuman, lepas tu letak depan rumah.. tujuannya bukanlah untuk jual, tapi kononnya macam budak2 yang main2 dekat taman ni dahaga, bolehlah datang ambik air dekat depan rumah kami ni.. hahhah... Buat apa2 makanan ke, orang lalu lalang boleh singgah ambik... Idea my dear tu macam best jugak, tapi ada ke orang nak datang ambik ek?... Ok tak kalau buat macam tu?... maybe next time kami boleh try kan... Apa2 pun, best sangat duduk rumah baru kami ni.. kejiranan semuanya baik2... anak2 saya pun enjoy ada rakan2, saya pun enjoy.. pendek kata memang best duduk sini...!! Sekarang ni baru saya rasa, alahaiiii seronoknya kehidupan berjiran ni..


"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

{ 7 comments.. read them below or add one }

ecadwinkyasha ecadwinkyasha August 02, 2016
ntah bila dapat jadik jiran puan zarina kita ne..teringin pulakkkk :)
Mrs Velentine Mrs Velentine August 02, 2016
idea suami kak ina buli tahan bagus..MV pun selalu bagi makanan kat jiran belakang rumah...tapi bagi pisang n sayur jer lah..haha....oh ya kesiannya pasal kes rumah lama tue..huhu..
PERMATABIRU PERMATABIRU August 02, 2016
seronoknya klu dapat jiran yg ramah tamah kan
Akak Kembang Akak Kembang August 02, 2016
betsnya kalau dpt jiran cam awak lebih2 ngan i yg pemalu ni...hehehe...murah rezeki awak
Umialya Umialya August 02, 2016
Bagusnya hubungan Ina dgn jiran2, teringatkan nostalgia masa kat kampung dulu..

Selamat hari raya, maaf jika ada kekurangan dipihak akak semasa kita kenal di alamaya..
zarul farhana zarul farhana August 15, 2016
bole eratkan silaturahim ngan jiran2
Fiza Rahman Fiza Rahman September 07, 2016
Untunglan sapa yang jadi jiran Ina. Saya ni jiran bertukar ganti. Masih tak kenal lagi jiran satu floor. Kalau jumpa pon setakan senyum jer.