Jom kenali blogger yang bermula dari silent reader PART 1

Actually sebelum ni saya terniat dekat hati nak karang entry review sendiri.. Tapi tak berkesempatan.. So, saya contact mereka secara personal suruh draft entry & saya akan publish di blog saya... Ada 4 orang blogger yang pada mulanya hanyalah silent reader.. Saya kenal mereka ni sebelum mereka ada blog lagi.. So, saya nak kenalkan u all dekat mereka jugaklah.. tapi rasanya ada yang dah kenalkan, sebab ada tu dari awai2 lagi saya dah bagi tips camne nak kenal dengan blogger lain.. Pada yang belum kenal lagi, jome berkenalan dengan mereka.. (",)

Nur LoveKasih



KENALI BLOGGER: Nur Lovekasih Blog

Assalamualaikum...

Sebagai pembuka kata, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Ina kerana sudi memberi peluang untuk review blog saya iaitu blog Nur Lovekasih. By the way terkejut juga tapi hati berbunga2. Hihi
Tak kenal maka tak cinta... oleh kerana itu biarlah saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu... Nama saya Nurul Elainie Lantubon Abdullah. Seorang ibu kepada 3 orang cahayamata, seorang surirumah, seorang pengasuh dan juga seorang blogger. Umur saya 27 tahun pada tahun ini dan u all boleh je panggil saya kakak or Nurul. Saya seorang yang sangat sibuk dengan rutin harian as a housewife tetapi juga aktif di dalam dunia maya.

Serba sedikit tentang blog saya...

Blog Nur Lovekasih menceritakan tentang perjalanan hidup saya di samping anak2 dan suami. Tidak terbatas tentang personal saja, malah dalam blog itu saya juga ada menulis tentang resepi masakan, tips dan petua sama ada tips di dapur, kekeluargaan, gadjet, tentang kehamilan dan breastfeeding dan juga review. Review tidak terhad tetapi merangkumi semua samada produk, gadget, kecantikan dan kesihatan. Jadi kalau u all sudi dan ingin berkongsi maklumat ataupun nak berkenalan dengan saya bolehlah jenguk2 blog Nur Lovekasih ye... jangan lupa follow sekali. Bercerita mengenai dunia blogger, saya bermula pada october 2013 dan boleh dianggap masih baru dalam dunia blogging. So, ilmu blogging masih kurang dan masih dalam tahap pembelajaran.

Bagaimana saya boleh terjebak dalam dunia blogger?

By the way, saya seorang yang suka surf internet untuk mencari maklumat tentang apa2 sahaja yang saya ingin ketahui. Dan dalam setiap pencarian saya di Google search, biasanya saya akan terjumpa entry kak ina iaitu admin blog IntaNBerliaN. Lama kelamaan saya mula berbalas emel dengan kak Ina dan akhirnya timbul keinginan untuk mempunyai blog sendiri. Di mana melalui blog, saya dapat berkongsi ilmu dengan semua orang. Sekali lagi thanks pada kak Ina atas review blog ini.


tifa is my name


KENALI BLOGGER: Tifa is my name

As salamualaikum hai semua,

Nama saya Lathifa atau Tifa Anvar adalah nickname saya. Saya ibu kepada 3 orang anak (2 lelaki seorang perempuan). Saya mengenali dunia blog apabila saya mula mencari resepi-resepi masakan d internet. Dari situ saya beralih arah mula membaca personal blog. Salah satu blog yang saya selalu blogwalking adalah blog IntaNBerliaN. Bila hari-hari baca blog orang je timbul pula niat saya untuk menulis blog sendiri

Tapi saya risau juga seandainya saya tak dapat meneruskan niat menulis untuk masa yang panjang. Dengan semangat dan tawakal kepada Allah saya mula menulis blog pada bulan November 2013. Maka bermulalah hidup saya sebagai seorang blogger. Selepas mula menceburi bidang ini baru saya tahu mengapa ada ramai blogger yang kecundang meneruskan penulisan blog dipertengahan jalan. Bukan mudah memberi komitmen menulis blog ni. Pelbagai perkara baru dan juga rakan - rakan baru saya peroleh selama 3 bulan menulis blog ni. Blog ini saya anggap sebagai salah satu harta saya yang akan saya tinggalkan kepada anak-anak saya. Tanpa sokongan dari sesiapa pun saya mulakan perjalanan saya di bidang ini. Saya hanya berdoa agar Allah meredhai usaha saya dalam bidang blogging ini. Aamiin..

Wassalam

Sayang2, nanti terjah la blog Nurul & Tifa ni tau.. Kalau sudi, follow la sekali.. dapat jugak menambahkan kenalan di alam maya ni.. Ohya, ada 4 orang @ 4 blog yang saya kenal dari silent reader lagi tau.. Tapi saya bahagi kepada 2 blog untuk satu entry.. Nanti akan ada lagi 2 blog yang saya nak kenalkan dekat u all.. Sedikit pesanan saya, apa yang kita tulis di blog, adalah menjadi tanggungjawab kita.. Seboleh2nya elakkan menulis yang berkaitan orang lain.. maksud saya bergosip ke mengata ke or apa2 je yang sewaktu dengannya.. bukan apa, bila kita bercakap pasal orang.. tersilap langkah, apa yang kita perkatakan itu tak benar.. kita tanggung dosa tau.. kita pun manusia biasa.. kadang2 apa yang orang buat, maksud or niat dia lain tapi mata kasar kita ni nampak maksud or niat dia lain.. so, jaga2lah dengan setiap apa yang kita tulis di blog.. Tak perlu nak naikkan nama dengan entry2 yang panas, buat entry yang "evergreen" or entry maklumat sampai bila2 orang akan google & sampai bila2 orang akan cari & sampai bila2 jugak ia akan menjadi "saham" kita.


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 21 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous March 07, 2014
Selmat berkenalan...js gak dh lama tak berentry...hehe...

Jom cuci mata kat http://butikleesha.blogspot.com...^^
Sheila Salim Sheila Salim March 07, 2014
Assalamualaikum kak intan. wahh bestnya dari silent reader jadi blogger gak. hehe selamat berkenalan kak nurul dan kak tifa ~~~
ecadwinkyasha ecadwinkyasha March 07, 2014
ai pun silent reader u, u xnak kenalkan ai ke?hahahaha :P
Ciktie Ciktie March 07, 2014
yae, betul tu..sekalai tersalah. selamanya tetap menanggung :.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 07, 2014
salam k.ina..

skrg jgk cma p terjah blog mereka..

thanks utk peringatan tu,, insyaAllah..
akan ingat pesan kak ina..
ecah khalili ecah khalili March 07, 2014
tahniah pada yg kene review =)
Unknown Unknown March 07, 2014
tq kak ina atas tips/nasihat tu...Insya Allah akan sentias ingat pesanan akk.. :)
Unknown Unknown March 07, 2014
wah ina rajin sungguh nanti dapat baby ni mesti imam yang rajin ni... amin...
Unknown Unknown March 07, 2014
nana kenal sis nurul je....heee...nati nana terjah sis tifa pulak:)

p/s: akak!hadiah da sampai,hihi...terima kasih akak:)
Solehah Shamsuddin Solehah Shamsuddin March 07, 2014
Silent reader tu yang terbaik. Mereka inilah yang selalu lawat blog kita setiap hari. Untung akak da ramai silent reader.
Unknown Unknown March 07, 2014
ok terjah mereka nanti.. =)
Siti Munirah Siti Munirah March 07, 2014
bolelah saya terjah 2 blog ni ye ina. anyway thanks for the tip. very useful. :)
NORSHAHFEZA HAMSAN NORSHAHFEZA HAMSAN March 07, 2014
heheh jom kite terjah blog dieorg,,
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa March 07, 2014
wahh..bgus juga akak buat cmni..mjalinkan ikatan antara blogger :)

salam kenal dr sha :)
Unknown Unknown March 07, 2014
wah entry ni dh publish ke? baru kesempatan baca blog ina ni. tq maskkn entry psl blog saya.
Deq's Qienz Deq's Qienz March 10, 2014
nt kite terjahh..kite pon nk jadi silent reader juga la..hehee :D
Unknown Unknown March 10, 2014
seronok kenal rakan2 blogger lain kan.
Mimie Mimie March 11, 2014
Dua dua sy dah follow
Unknown Unknown March 13, 2014
for sure terjah nnti . heee
Maria Firdz Maria Firdz March 14, 2014
Dah follow rasanya diorg ni... Tpi x smpt nk bw...