Cucur udang manis

Dah lama ibu Alisha & Aqilah ni tak tempek gambar makanan... Berlambak kat draft tu, nak tulis je malas, idea banyak sangat, beratur semua nak "keluar".. ekekeke


Menu petang kami hari ni, saya buat cucur udang.. Semalam my dear beli udang.. Alaa murah je, sekilo RM8 tapi udang kecik2 je la.. dalam cucur takleh letak udang besar2.. sayang.. hahahaa.. bukan pa, kalau udang besar2 ni, rasa macam lagi bagus masak buat lauk.. Rasanya 300gram ++ jugak saya letak udang dalam cucur ni..


Saya namakan cucur udang saya ni dengan nama CUCUR UDANG MANIS... Maunya tak manis, udang berlambak2.. so, mesti banyak rasa "kemanisan" yang keluar dari udang tu kan...


Bau dia wangi je tau.. Bila makan tu, terasa udang dia... sedaplah... tapi saya buat ni, bahan tak cukup pun u all.. tak kisahla.. takda tak payah letak kan.. (",) CARA BUAT : TEPUNG GANDUM + SERBUK KUNYIT + BAKING POWDER + BAWANG BESAR POTONG DADU + GARAM + TELUR + TAUGE + DAUN KUCAI OR DAUN BAWANG (saya tak letak sebab takda) + AIR MASAK = KACAU RATA LEPAS TU PERAP.. BILA NAK GORENG, MASUKKAN UDANG, KACAU RATA2 & TERUS GORENG...

Ohya, saya ada dengar orang cakap, salah satu fungsi tauge tu adalah untuk lembutkan cucur kita tu, thats y kene perap.. Tapi macam saya ni, saya memang suka letak tauge & memang suka buat awai2 pastu simpan dalam peti ais, bila nak makan petang tu terus goreng je..

UPDATE :-

Fungsi telur dalam cucur = Untuk melembutkan adunan & membuat adunan tidak melekat antara satu sama lain

Fungsi serbuk kunyit dalam cucu = Untuk mewarnakan cucur & memberi aroma serta rasa yang tersendiri dekat cucur

Fungsi air masak or air suam dalam cucur = Untuk melembutkan cucur bukan je sesudah masak ketika masih panas tapi jugak bila cucur tu dah sejuk


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 22 comments.. read them below or add one }

Dunia Zumal Dunia Zumal March 05, 2014
Sedapnyer, nak sikit :)
Sheila Salim Sheila Salim March 05, 2014
Assalamualaikum kak intan. perghh sodapnya.. nak sikit... sheila suka buat cucur telur je. hehe malas nak tambah banyak bahan. hiewhiew ~~~
ecah khalili ecah khalili March 05, 2014
kalau mak ecah letak tepung,kunyit,udang n kucai jer..tu pon dah cukup sedappp..tambah2 kalau makan waktu berbuka puasa..sedapnyeee..
Byzura Halifah (MB) Byzura Halifah (MB) March 05, 2014
mmg feberet sgt cucur ne... tiap2 ptg rasa nak buat jer... nasib udang kat sini murah rm4 sekilo... hehehe :)
Cik Rose Cik Rose March 05, 2014
Ros dok buat cucur tak pernah pulak letak telur kak Ina...
Ardini Humaira Ardini Humaira March 05, 2014
baru tahu fungsi tauge dalam cucur. nanti kena cuba tips ni :D
Unknown Unknown March 05, 2014
kalau nak cucur lembut mmg kena perap dulu kak ina..dah try byk kali mmg jadi..
Unknown Unknown March 05, 2014
Tak pernah lg buat cucur ni
Puan Kutu Puan Kutu March 06, 2014
sedap ni ina..peberet kami sekeluarga.wajib buat bancuh siap2 byk2 boh dlmpeti ais setip kali en suami bawak balik udang kecik.

en suami kata udang besaq sekilo 30 40 ringgit ada ke patut buat cucuq..sma macam ina kata la.hehe
Tie HT Tie HT March 06, 2014
betui tu ina, udang kecik lagi manis..sedap nyee :)
ayunidati ayunidati March 06, 2014
uiii.. sodap nampak nye ...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 06, 2014
salam k.ina..

hihi..ni peberet cma gak ni.. klao cma buat mesti ade togeh n kucai.. sedappp.. :)

tenkiu share resepi :)
Myra Jay Myra Jay March 06, 2014
Sedapnya tengok cucur Ina, udang bersepah :D
Rizziela Rizziela March 06, 2014
sedapnya..nak kena g cari gak la udang kecik2 buat cucur udang..dah lama x makan cucur udang :D
shahdiana shahdiana March 06, 2014
bila tengok entry makan2 ni buat perut rasa lapar je...hahahah..manjangnya lapar...
Unknown Unknown March 06, 2014
nanti ada masa, saya nak buat lah juga kak ina hehehe
Mimie Mimie March 06, 2014
meleleh air liur saya
Unknown Unknown March 06, 2014
pehh sedapnya kak.. meyelerakan juadah petang2 ni..
Unknown Unknown March 07, 2014
sdp tuuh ... di mkn ptg2 mcm ni..huhu
NORSHAHFEZA HAMSAN NORSHAHFEZA HAMSAN March 07, 2014
sedapnye,heheh lame xbuat time ptg2 kt umah