Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label pengalaman jaga anak di dalam pantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman jaga anak di dalam pantang. Papar semua catatan

Pengalaman jaga 2 orang anak ketika dalam pantang...

Sebelum saya bersalin, ada je saya dengar ibu2 yang merungut melayan karenah anak2 ketika di dalam pantang... yela, dengan nak layan anak yang kecik dengan nak layan anak yang besar... mestilah macam2 karenah kan.. (",)

Tapi saya, Alhamdulillah syukur sangat2... Tuhan permudahkan segalanya untuk saya... Dengan Alisha seorang anak yang cepat matang & dengan aqilah anak yang baik.. takda nak meragam... (",) Alhamdulillah jugak, ketika berpantangkan alisha pun, alisha jenis yang tak banyak ragam.. saya pernah buat entry sebelum ni... & kini giliran aqilah pun sama.. (",) Aqilah ni lagi senang nak jaga... bagi susu, perut kenyang.. terus tidur... nak dengar dia menangis susah... bila aqilah terjaga dari tidur, takda nak menangis2.. dia duk main sorang2 dia.. hihii

U all bayanglah, kalau sebelum ni, saya selalu dengar orang bila dah ada anak 2, dalam pantang terpaksa lebihkan perhatian untuk si adik.. tapi saya ketika dalam pantang, siap boleh main2 lagi dengan alisha... masa untuk bersama dengan alisha pun ada je.. sebab tu alisha ni tak rasa tersisih kot...

Alhamdulillah.. setakat ni, saya dapat handle anak 2 orang... harap2 bila balik sungai petani pun macam tu jugaklah... Ohya, untuk pengetahuan u all, saya berpantang ni, bukannya kami 3 beranak dijaga 100% oleh parent saya.. yela, my mum & my dad bekerja.. so, time mereka pergi kerja tu, dah sah2 la, saya yang handle semua kan... bertungku, berbarut, siapkan anak2, bagi makan & lain2...

Alisha pulak, jika saya tengah buat kerja, dia lah yang temankan aqilah... siap tepuk2 lagi bagi aqilah jangan nangis.. ala2 nak dodoikan aqilah lah kononnya... hihiii... Harap2 mereka akan sentiasa menyenangkan ibu & abah mereka untuk jaga mereka sehingga mereka dewasa... (",) Apa2 pun, saya bersyukur sangat2 dapat anak macam alisha & Aqilah... (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...