Tips petua dan cara-cara bagi ibu bapa, anak-anak, rumah tangga, ibu, wanita, pendidikan serta blogging dalam bahasa Malaysia. Blog yang sarat dengan tips dan petua cara ibu bapa didik anak dan bentuk rumah tangga bahagia
Joymix Collagen Tripeptide membantu mengatasi masalah keguguran rambut saya..!!
Saya mempunyai masalah keguguran rambut yang teruk, bagi saya memang terukla. Bukannya sikit2 punya gugur, kalau lepas mandi tu, dalam bilik mandi mesti ada rambut di lantai. Bila sikat rambut, rambut tak pernah takda di sikat tu. Kadang2 segenggam tangan bayi tu jugaklah rambut saya di sikat tu haa... Itu belum campur lagi dengan rambut yang berguguran di lantai.. Masalah keguguran rambut ni, mengganggu saya, bukan setakat lepas bersalin, tapi ketika mengandung ke, tak mengandung ke, semedang je ada rambut gugur ni haa... Cumanya Alhamdulillah sebab saya mempunyai rambut yang agak lebat, so, takdalah nampak macam kepala saya dah nak botak ke apa ke kan.. hahhahha... Eh, tapi kalau dibiarkan, mahunya ada part di kepala saya yang akan botak.
Masalah keguguran rambut saya ni, sampai tahap my dear pun tegur tau.. yela, udahnya rambut tu ada je atas lantai.. Ini jugaklah antara punca kenapa dekat rumah saya ni, saya lebih suka bersihkan rumah dengan guna vakum dari penyapu. Bila sesuatu masalah dah sampai tahap di tegur oleh my dear, dah tentulah saya susah hati kan.. mestilah nak cari jalan penyelesaian untuk atasi masalah tersebut. Mahunya tak, suami yang tegur ok, suami...!! Baru-baru ini, saya diperkenalkan dengan JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE, pertama kali saya dengar nama tersebut tapi perkataan "collagen" tu dah cukup untuk buat saya teruja... Heyyy saya memang suka benda2 yang berkaitan dengan collagen ni.. maklumlah, niat nak jadi awet muda katakan... muahhahha.. Lebih2 lagi, di botol JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE tu pun dah siap tulis "reverse your age"... tu diaaa, nanti bukan setakat rambut saya dah tak gugur, tapi wajah yang dah berusia 30 lebih ni pun, boleh nampak macam usia 20 lebih... hahhah tu dia, punya hebat tahap berangan dia..!
U all mai rapat2 sikit, saya nak bercerita pasal JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE ni dekat u all.. Collagen Tripeptide (CTP) ialah unit 3 asas amino iaitu glycine, proline dan hydroxyproline yang terdapat secara semula jadi di dalam makanan.
JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE ni berbeza dengan yang lain tau. Ini kerana ia adalah 1000 kali lebih kecil berbanding kolagen konvesional, di mana ia boleh terus diserap ke dalam badan kita tanpa penghadaman. Senang cakap, JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE tidak perlu diurai oleh enzim pencernaan untuk diserap. Ini kerana ia sememangnya dah dalam bentuk yang membolehkan ia mudah diserap. Methylsulfonylmethane (MSM) atau dimetil sulfone (DMSO2) bergabung dengan kolagen tripeptide untuk membantu dalam menyatukan kolagen meningkatkan ketegangan kulit dan mengurangkan keradangan sendi. Eh, u all jangan bimbang pasal MSM ni tau, pasal ianya bukanlah produk artificial tetapi ia berlaku secara semulajadi di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE ni banyak kelebihannya, antaranya untuk menghilangkan kedutan di mana kulit kita yang selalu terdedah kepada beberapa faktor luaran yang boleh menyebabkan penuaan, kedutan dan bintik2 hitam. Ia jugak dapat memutihkan kulit. Kalau u all nak tahu, kajian telah menunjukkan bahawa collagen tripeptide dan ekstrak minyak zaiton dapat membantu dalam menggalakkan pencerahan kulit. Selain itu, joymix collagen tripeptide ini dapat membantu menguatkan tulang, ianya telah menunjukkan kolagen yang membentuk kira-kira 90% daripada jisim tulang dan joymix collagen tripeptide dapat memberi manfaat terhadap osteoarthritis dan osteoporosis.
Yang saya bagitahu tu, hanya beberapa je la kelebihan dia, tapi yang paling penting adalah saya nak bagitahu pasal JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE NI MEMBANTU SAYA MENGATASI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT...!! Dalam tempoh penggunaan saya selama 2 minggu, saya dah nampak kesan yang ketara.. Dari gambar yang saya kongsikan di atas tu pun, u all dah boleh nampak perbezaan jumlah rambut tu kan... Minggu kedua penggunaan JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE, jumlah rambut gugur tu semakin berkurangan.. Harapnya dengan penggunaan yang berpanjangan, ianya dapat menyelesaikan terus masalah keguguran rambut saya ni haa... Tak sanggup dah nak tengok rambut yang melekat di baju ke, di sikat rambut ke atau di lantai..
Selain dari kelebihan yang saya nyatakan di atas, JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE ni pun mampu mencantikkan & menguatkan kuku juga tau.. Kuku testimoni di atas, nampak kuat & segar je kan...
Cara untuk minum JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE ni adalah, u all masukkan satu scoop JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE ke dalam 150ml air masak, lepas tu u all kacau je la bagi ianya sebati.. nak lagi mudah, u all goncang je dalam bekas yang bertutup.. Rasa JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE ni adalah rasa buah markisa.. tau tak?? Selama ni, saya memang pandang sebelah mata je dengan buah markisa ni tau.. saya kurang gemar sebab ianya masam & tak sedapla bagi saya... Tapiiiiiiii bila saya rasa JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE ni, Ya Allah, sedap la pulak..!!! dia tak rasa masam macam buah markisa tu pun... tapi rasa sedap, bau buah markisa tu tetap ada... tapi bau yang mengujakan... arghhh tiba2 rasa macam nak pergi minum lagi.. hahhaha..
Kalau u all berminat untuk dapatkan jugak JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE ni, u all boleh beli di website www.joypremix.com.. Jika u all beli dengan sertakan kod diskaun JOYMIXCTPZARINA20, u all akan dapat harga yang LEBIH JIMAT dari harga promo RM128. Cepat tau, kod tersebut hanya sah dari 07/09/2016 hingga 31/10/2016 dan untuk 10 pelanggan pertama sahaja! Selain dari website tersebut, u all jugak boleh dapatkannya di website Lazada & 11street.my. Untuk info lebih lanjut, u all boleh ke fanpage JOYPREMIX.