Cara penggunaan GARAM HALUS BERIODIN ketika mengandung

Semangat semangat.. hahha.. Sedang mencari semangat untuk rajin update blog... (^_^)... Bukan apa u all, saya tengok dekat draft saya ni, berlambak2 lagi entry yang bertahun punya cerita saya belum publish... entry tu pulak kebanyakannya jenis yang berinfo... Tak tulis kang rasa rugi, boleh bagi info untuk orang lain jugak.. Kebanyakannya entry ketika saya mengandung & bersalin... U all layan je la ye entry2 saya yang berkurun yang akan bakal menjelma di blog saya ni haa... muahhaha

Baru2 ni ada sorang hamba Allah tu tanya saya pasal cara guna garam halus beriodine ni... saya rasa saya dah tulis di blog, tapi bila cari tak jumpa pulak.. haihhh... Makanya terhasillah entry ni... garam halus beriodine ni, masa mengandungkan Alisha dulu saya tak dapat tau, tapi masa mengandungkan Aqilah kalau tak silap saya, saya ada dapat garam halus beriodine ni.. Lagipun time mengandungkan Aqilah, kalenjar tiroid saya membengkak.. thats y misi bagi garam ni dekat saya...


Kalau tak silap saya, sekarang ni samada u all ada tiroid atau tak, bila u all mengandung, u all akan dapat garam halus beriodine ni... TUJUAN IBU MENGANDUNG DIBERI GARAM HALUS BERIODINE NI ADALAH UNTUK MENGELAKKAN IBU MENGANDUNG ADA/DIJANGKITI TIROID KETIKA MENGANDUNG... Eh jangan cakap, ada je orang yang ketika mengandung, tiba2 je tiroid menjelma tau...

CARA GUNA GARAM HALUS BERIODINE NI SAMA JE MACAM KITA GUNA GARAM BIASA DEKAT RUMAH TU, CUMA UNTUK GARAM HALUS BERIODINE NI, SEBAGAI CONTOH U ALL MASAK GULAI AYAM, BILA GULAI DAH MASAK, U ALL TUTUP API & TABUR GARAM, LEPAS TU MESTI TUTUP DENGAN TUDUNG PERIUK, TUJUANNYA TAK NAK BAGI WAP KELUAR... Tak kiralah u all masak apa sekalipun, sayur ke lauk ke, itulah caranya tau.. tutup api, tabur garam & tutup makanan dengan tudung periuk atau apa sahaja yang boleh ditutup untuk mengelakkan wap keluar... GARAM HALUS BERIODINE NI, SESUAI DIGUNA OLEH SEMUA PERINGKAT UMUR... TAK KIRA ANAK KE, SUAMI KE.. SEMUA AHLI KELUARGA LA SENANG CAKAP BOLEH GUNA...

{ 8 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous July 19, 2016
Biasa ms umur kndungan brp bulan bru misi bg garam beriodin ni?
Lupa dh..☺
IntaNBerliaN IntaNBerliaN July 20, 2016
@Tanpa Nama

Masa buat buku pink tu misi dah bagi
Lynn Damya Lynn Damya July 27, 2016
Salam, haha kongsikan je kak, ramai yg kadang2 tak tahu pasal info2 tambahan mcm yg akak dapat ni..sy pun tak tau psl garam ni, haha sian saye kan... :D
Unknown Unknown June 29, 2017
bergantung kpd negeri, puan.
Unknown Unknown June 29, 2017
masa bukak buku pink trs boleh dapat, dh hbs, boleh minta lg selagi mana duk mengandung. :D
Unknown Unknown June 29, 2017
bergantung kpd negeri, puan. negeri2 yg didapati paras iodin dalam badan rendah drpd 100mikrogram/dL ketika kajian gangguan akibat kekurangan iodin pd tahun 2008, akan memberi garam ni kpd ibu2 mengandung. jika xdapat, boleh juga dibeli di kedai luar. byk jenama ada: adabi, giant & garam bukit beriodin.
Unknown Unknown August 08, 2018
garam iodin ni ade jual kat mane ye?