Anak dah 3 orang baru saya teringat nak buat entry ni, itupun selepas terbaca di blog Dr. Zubaidi... Dulu2 ada jugak tergerak hati nak buat tapi rasa macam "eh, betul ke tak ni".. Sebenarnya, sebelum saya kahwin, rakan pejabat saya ada bagitahu saya, one day jika saya kahwin & mengandung, jangan makan bla bla bla... Salah satu yang dia sebut adalah BETIK... Memang setiap kali saya mengandung, saya memang tak makan pun betik, tak rasa nak makan.. Tapi dalam hati saya, saya pun pelik, kenapa pulak tak boleh makan betik... setahu saya betik tak tajam macam nanas (andaian saya)...
Nak jadi cerita, entah macamana hari tu, tiba2 saya boleh terbaca artikel di blog dr zubaidi pasal betik ni... Tapi masalahnya sekarang, saya nak baca balik entry tu sebab nak berkongsi dengan u all, dah tak dapat bukak sebab komputer saya detect virus... Dari apa yang saya baca, tapi tak ingat dari artikel dr zubaidi atau mana satu.. sebab lepas saya baca artikel dr zubaidi ni, saya search banyak2 lagi pasal ni... Katanya yang tak elok makan di awal kehamilan tu BETIK MUDA... ianya ada kaitan dengan getah betik muda.. kalau betik yang masak ranum tu ok je... Tapi saya masa mengandung 3 orang anak, tak berani pulak nak makan walaupun masak sebab saya ingat, tak kira muda ke tua ke semua tak boleh makan... haha.. Ni dah tahu, okla..
Untuk saya, saya tak beranilah nak makan bila dah dr zubaidi cakap camni... tapi bagi saya jugak, setiap orang tak sama... menurut MIL saya, kakaknya dulu ketika mengandung duk makan nanas je memanjang... Alhamdulillah takda apa2.. Maybe ianya bergantung pada ketahanan badan seseorang kot...
"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"