Saya dengan anak-anak, mempunyai satu masalah, TAK BOLEH DIGIGIT NYAMUK..!! Bila kene gigit je, mulalah bekas gigitan nyamuk tu jadi berparut.. Anak2 saya ni mungkin ikut saya la kot... Saya ingat lagi, ketika saya kecik, time tu kami menetap di Terengganu, so, sesekali balik ke Chemor, rumah arwah opah saya, memang badan saya penuh dengan kapur.. Opah saya sapu kapur dekat bekas kena gigit nyamuk tu haa.. U all tahu tak, sampai sekarang ok, sampai sekarang nyamuk dekat area rumah opah saya tu memang dah tangkap cintan dengan saya.. pantang nampak saya datang, mesti nak hinggap walaupun sekor.. Anak2 saya pun sama je 2 kali 5... Balik je dari kampung, mesti ada kesan kene gigit nyamuk.. lepas tu mulalah berparut warna hitam.. Tak kira Alisha ke Aqilah ke Afrina ke, sama je semua, semuanya diminati nyamuk.. Kenapa nyamuk minat sangat dengan kami tak tahulah... Haihh!!
Satu hari tu, maklong saya cadangkan saya beli minyak serai, katanya sapu di badan & boleh halang nyamuk dari dekati kita.... Tapi tu la u all, minyak ni kadang2 bau dia tu alahaiii... itu satu hal, lagi satu hal pulak, kalau sapu di badan, badan tu rasa melekit2 & berminyak..!! Bila badan berminyak, u all tahu je la, anak main2 sebagai contoh berlari lepas tu terjatuh, haaa time ni mulalah pasir2 tu nak melekat dekat badan yang berminyak tu haa... part ni yang tak suka ni...
Sehinggalah baru2 ni saya diperkenalkan dengan MINYAK BEBE ANUGERAH... Ya Allah... wangi ok, wangi..!! Memang memenuhi piawaian saya lah minyak BEBE ANUGERAH ni... U all tahu tak, saya sapu minyak BEBE ANUGERAH ni dekat badan Afrina, tau apa yang berlaku??? Badan anak saya tak berminyak hokay.. Kiranya kalau lepas sapu minyak BEBE ANUGERAH ni & anak saya nak guling2 di lantai, lantai tu takkan licin dengan kesan minyak BEBE ANUGERAH ni laa... Lagi satu, ianya seolah2 macam menyerap dekat kulit pulak tau... Maksud saya macam ni, lepas sapu di badan Afrina, saya sentuh badan dia.. takda rasa minyak, dekat tangan saya pun sama jugak.. seolah2 saya guna losyen... hohoiiiii teruja hokay, teruja!! Kalau ikutkan saya ni jenis lepas sentuh minyak, saya nak cepat2 cuci tangan, tapi kali ni tak, saya rasa macam taknak pulak cuci tangan.. ahhahhahah... bukan apa, bau dia tu wangi.. Eh, wangi tu bukanlah sampai tahap wangi minyak wangi u all tu tau... Wangi yang saya maksudkan tu, wangi di bawah label MINYAK BABY la yer...
Untuk pengetahuan u all, minyak BEBE ANUGERAH ni kegunaan dia bukan sekadar untuk mengelakkan dari gigitan nyamuk & serangga je tau, tapi jugak ia dapat membantu menghangatkan tubuh bayi, menghindari kesejukan dalaman & tak lupa jugak untuk mengurangkan kembung perut.. Sebut pasal kembung perut ni tak payah cakapla, ia antara yang merisaukan ibu2 ketika dalam pantang... Kadang2 bayi ni suka menangis bukan sekadar lapar atau pampers basah ke apa, tapi jugak sebab PERUT MASUK ANGIN... Saya pernah ok, Alisha dulu perutnya kembung, duk meragam je sehari tu.. puncanya maybe saya tersilap makan.. masa tu saya berpantang di rumah parent saya, nasib baiklah parent saya ada membantu saya.. maklumlah, anak sulung.. tak tahu nak buat macamana... Abah sayalah duk urut2 perut & belakang Alisha.. duk sapu minyak bagai, siap dengan tuam lagi.. Sebab tu bagi saya pentingnya minyak urut untuk baby ni haa... kalau u all sedang mencari minyak untuk baby, saya cadangkan u all belilah MINYAK BEBE ANUGERAH ni.. memang saya teruja sungguh2 ni.. Sampai terlintas untuk anak lepas ni, nak guna minyak BEBE ANUGERAH ni jugak.. Senang, 2 dalam 1.. bukan setakat saya sapu untuk elakkan perut anak masuk angin, tapi jugak dapat halang nyamuk dari hinggap baby..!! Haaa bagus tak?? Balik kampung, tak payah duk nak risau dengan gigitan nyamuk...
Ohya, minyak BEBE ANUGERAH ni antara bahan2 dia adalah minyak kayu putih, lengkuas, serai, pudina dan limau purut, di mana ianya sering diguna secara tradisional untuk mengelakkan kembung perut pada bayi.. Jangan kata bayi yang baru lahir tu je boleh guna, ni haa, Afrina yang umur dah nak masuk 2 tahun pun saya masih sapu dekat badan dia tau... Bayanglah, siap Afrina suruh letak minyak BEBE ANUGERAH ni dekat tangan dia sebab dia nak sapu sendiri.. Nampak tak??? nampak tak yang Afrina menunjukkan ciri2 dia pun menyukai dengan bau minyak BEBE ANUGERAH ni??.. Senang cerita, bila nak sapu minyak, Afrina yang akan serah diri minta disapu.. hahha
Website : www.anugerahwellness.com
FB Page : www.facebook.com/anugerahwellness