Bila kami dah nak pindah rumah sendiri ni, kan saya ada bagitahu saya nak berdeko rumah, termasuklah nak buat satu bilik khas untuk anak saya study or main... Sejak dari tu la saya jadi lebih bersemangat untuk sediakan lebih banyak bahan pembelajaran anak2 saya... Dengan kata lain, aktiviti untuk HOMESCHOOL la kan... Dia punya bersemangat tu, sampai sanggup pergi beli LAMINATOR sendiri.. banyak benda yang saya nak buat guna laminator ni haa... Bukan apa, kan kata saya ni bercita2 nak ramai anak, makanya saya kenalah laminate bahan pembelajaran mereka tu... Nanti bolehlah turun temurun dekat adik2.. hahha
Dalam saya duk pikir nak beli laminate tu, tiba2 TESCO boleh pulak buat sale LAMINATOR BRAND TESCO ni haaa... Itupun saya tahu selepas "kecoh2" dekat group Homeschooling Genius Syurga... Kalau tak, saya tak tahu pun yang LAMINATOR pun ada brand TESCO... yang saya duk usha2 selama ni semuanya rege RM100 ke atas... Yang cap TESCO ni jugak yang murah..!! Harga asal dia RM79.90, harga asal pun dah murah kan u all??? Dia buat offer jadi RM59.90...!! Tu diaaaa terlajak murah...Siap ada warranty setahun..
Bila saya tahu je ada brand TESCO ni, terus saya ajak my dear pergi tesco... tapi my dear tak bawak2 jugak saya pergi... hati ni dah tak sabar, nak tidur ingat laminator, nak makan pun ingat laminator... selagi tak dapat, tak senang duduk la dibuatnya... Last2 hari Selasa minggu lepas @ cuti Deepavali, saya ajak jugak my dear pergi beli laminator... Lagipun kami memang nak keluar pada hari tu... Akhirnyaaaaa dapat jugak laminator... Saya beli sekali dengan plastik laminate... Saiz A4 RM8.90 (75 microns) @ 25 keping, Saiz A5 RM6.50 (150 microns) @ 25 keping manakala saiz 4R RM14.90 (200 microns) @ 100 keping..
Hari Selasa kami pergi beli, hari Rabu saya guna... Itupun disebabkan anak2 saya dah nampak saya print aktiviti2 yang saya nak buat untuk gamebook mereka... Alisha balik sekolah lepas makan terus suruh saya buat cepat sebab dia dah tak sabar nak guna... Anak tengah bersemangat, mestilah saya taknak hampakan mereka kan.. Saya pun 2 x 5 tak sabar jugak sebenarnya... Tapi tu la, nak dijadikan cerita... Saya baru laminate 2 kali, boleh pulak anak solehah Alisha pergi laminate yang ketiga... Nak jadi cerita lagi, Alisha masuk terbaik.. Pada masa kejadian, saya masuk bilik sekejap... sekejap sangat... tapi sempatlah Alisha bagitahu saya yang dia nak buat, saya dah bagitahu tak payah, lepas tu Alisha cakap dia reti.. saya tetap cakap tak payah... Ingatkan dia tak buat la kan... sekali saya tengok, tu diaaa.... tersangkut jugak plastik laminate tu haaa...
Saya takdalah marah Alisha cuma saya adalah cakap "kan ibu dah cakap tak payah buat"... Itu je pun... Nak marah lebih2 rasa macam tak berbaloi... Pergi positif, itu tandanya Alisha pandai... Dia baru tengok saya buat 2 kali, tapi dia dah tahu macamana nak guna... Cuma yang Alisha tak tahu, nak masukkan plastik laminate tu kena masukkan yang bahagian tertutup tu terlebih dahulu... Time ni, saya ambik screwdriver my dear... Pulas punya pulas, tak dapat bukak pulak skru tu... Mana taknya, skru & screwdriver saiz yang berlainan... last2 saya tunggu je my dear balik rumah, mintak tolong my dear...
Plastik laminate tu memang terlekat terus dekat rolling dalam laminator tu haa... So, jalan terakhir dia, my dear kena bukak cover laminator tu... Kalau bukak, warranty setahun tak boleh guna la kan... Membayangkan rege nya yang mampu milik tu, saya redha je la my dear bukak cover tu... Alhamdulillah lepas tu kembali boleh guna... Ohya, my dear tahu betapa saya excited nya, betapa saya teruja nya dengan laminator tu... balik je kerja, saya bagitahu pasal ni, terus my dear baiki... tapi sampai maghrib tak dapat2 jugak... My dear stop sebab nak pergi ke surau... Lepas balik surau baru my dear sambung balik... Waktu tu saya dah terlena sekali dengan anak2... tapi terjaga, tengok2 my dear dah siap baiki laminator tu & dah boleh guna... Yeayyyy saya kembali happy... TQ yayang my dear.. kamu sentiasa ada di saat saya memerlukan... (",)
Bila my dear dah siap baiki, malam tu jugak saya laminate... tapi separuh je la dulu.. Alisha punya excited, bangun pagi tengok gamebook tu... Walaupun belum siap sepenuhnya lagi.. Excited sampai tahap, buat dulu sebelum pergi tadika... So, kalau ada antara u all yang mencari laminator jugak, bolehla guna jenama TESCO ni... tapi saya tak tahu ada offer lagi atau tak, eh kalau takda offer pun, harga dia tetap mampu milik kan... Kualiti laminator ni bagi saya bagus... Saya dah laminate hampir 100 atau 100 lebih.... Nak guna dia, maksimum 2 jam penggunaan lepas tu berhenti setengah jam lepas tu baru boleh sambung laminate semula...
"Tuhanku, Aku tak layak ke syurgaMU namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU"