Cara buat playdough tanpa masak yang tersangattt mudah

Selama ni, saya selalu beli je doh untuk anak2 main acuan PLAYDOUGH tu haaa.. Gigih tau saya membeli yang original PLAYDOUGH.. lepas tu lama2 saya tukar pulak brand apa ntah tapi doh dia tu lebih kurang playdough la jugak... tapi sekarang ni, dah taknak beli dah, nak buat sendiri pulak.. hahah.. Bukan apa, sebab playdough ni, bila bercampur warna, dia berubah jadi warna kelabu tu haa... dah tak cantik dah... Lepas tu saya buang je... rugi pulak rasa.. Last2 sekarang ni, nak jimat, buat sendiri... Lagipun sekarang saya dah ada minat baru, minat nak DEKO rumah... nak masuk rumah sendiri la katakan... walaupun rumah yang kami nak duduk tu kecik je... (^_^) Bila dah ada minat nak deko, makanya, kita kenalah berjimat cermat supaya impian tercapai... wah, gitu kekdahnya..


PLAYDOUGH yang saya buat ni, dia lembutttttt sangat tau u all... Bila pegang tu, rasa dia seolah2 pegang yang jenama PLAYDOUGH tu haaa... Saya sendiri rasa teruja...!! bila anak saya guna doh ni letak dalam acuan playdough dia tu, elok je doh tu keluar tau u all... Anak2 saya pun teruja..!! saya lagilah seronok, satu adunan, modal tak sampai 5 hengget pun u all.... dapat kat Alisha semalam, dia boleh pergi buat tunggul pokok... U all tengok gambar atas tu haaa... Tunggul pokok pun dia boleh terpikir nak buat... hahha... Anak saya punya teruja, Alisha balik sekolah, playdough dulu dia tuju... Aqilah tu pun sama, bangun tidur, terus main playdough..

Saya guna resepi yang tak payah masak, saya ni kerjanya nak senang je u all.. Mengikut komen2 yang saya baca, playdough guna resepi ni, BOLEH TAHAN SELAMA 6 BULAN.. CARA DIA U ALL KENA LETAK DALAM BEKAS KEDAP UDARA & SIMPAN DALAM PETI AIS... tapi saya takda pun simpan dalam peti ais.. sebab resepi mudah & kos dia tak banyak sangat, so, saya tak kisah sangatlah kalau letak kat luar, bila dah tak boleh guna buat semula... 


CARA : 2 CAWAN TEPUNG GANDUM (saya guna 2 mug) + 1/2 CAWAN GARAM HALUS + 2 SUDU BESAR MINYAK MASAK (saya guna 3 sudu) + 2 SUDU BESAR CREAM OF TARTAR = GAUL SEKATA.. LEPAS TU U ALL MASUKKAN AIR PANAS SEDIKIT DEMI SEDIKIT (saya guna 1 1/2 mug) = GAUL SEHINGGA JADI DOH... LEPAS TU U ALL BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN & U ALL TITIK PEWARNA LEPAS TU U ALL ULI SEHINGGA WARNA SEKATA.. SIAP..!! U all boleh simpan dalam bekas kedap udara & simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama... Macam saya ni, saya just letak dalam bekas playdough tu je...


Ini rupa cream of tartar ye, kot2 ada antara u all yang tak kenal... Actually kalau u all taknak letak cream of tarttar ni pun boleh je u all... saya ni letak sebab benda ada... Belinya dah lama, tapi tak tahu nak guna untuk masak apa, expired semakin dekat, tu yang saya guna untuk buat playdough..

"Ya Allah, Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"

"Iman itu tidak diwarisi sekalipun ayah kita seorang yang bertakwa... maka, usahalah diri kita sendiri mencari ilmu untuk menjadi insan yang bertakwa"

{ 11 comments.. read them below or add one }

Farina Hunny Farina Hunny November 03, 2015
kawan saya pun pernah ajar buat ni. hehe
Cik Ash Cik Ash November 03, 2015
Wahh jimat ni boleh cuba nanti
♥TheOnlyFarah♥ ♥TheOnlyFarah♥ November 03, 2015
thanks ina share pasal nie..memang emir dok minta sangat belikan play-dough utk dia.. so lepas nie boleh buat sendiri ja kat dia..=D
mummy_ayu mummy_ayu November 03, 2015
menariks gak nie.. tq for sharing. nak try la nanti..
nini nini November 03, 2015
Nini pernah buat masa kecik dulu nak buatkan untuk adik kononnya...tapi tak menjadi...habis comot baju...masa tu parents tadek kat uamh..hahaha
Amir Khalis Amir Khalis November 03, 2015
bahan dia macam nak buat roti hehe
Diana Rashid Diana Rashid November 03, 2015
boleh la try buat nanti..saya pun malas dah nak beli kalau macam ni..sebab bercampur dah tak cantik warnanya..membazir pulak tu..dah la mahal.
aRz MoHa aRz MoHa November 04, 2015
bagus cara ni. jimat wang dan yakini selamat
azizah green line azizah green line November 06, 2015
menarik! seronok tgk dlm group kt FB ibu2 galakkan anak2 main playdough ni
aryan azra aryan azra November 24, 2015
bagus juga boleh buat sendiri macam ni, nanti akak nak try juga lah