Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label jalan2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan2. Papar semua catatan

Yap.. saya memang Jakun..!!

Ni cerita lama tau.. masa saya balik rumah my parent hari tu, kami ada pergi AEON Ipoh tau... Tempat ni baru bukak & besau yang amat hokayyy... pendek kata, tak habis pusinglah jawabnya kalau dah pergi pun malam..... (",) saya pergi sana just beli asam je.. muahhahah... 

Tapi kan u all, bilik persalinan untuk baby sangat2 buat saya teruja hokay!!... Sampai saya rasa jakun yang amat wehhh... tak pernah jumpa secantik tu...


Dengan muka tak malunya, saya siap ambik gambo lagi... ahhahhaha.. time ni pulak, alisha takda dengan saya, tu yang buat saya rasa lagi argghhhh kenapa cantik sangat ni...!!! Anak sape yang saya harus tukarkan pampers ni... muahhahahha....

Sampai terdetik dekat hati nak pergi ambik alisha dekat my mum, & nak baringkan alisha dekat 'tilam' tu + tukarkan pampers dia... hahhahhahah... *Gelakkan saya... sebab saya over jakun... muahahhaha


Siap ada tempat boleh breastfeeding lagi.. alahaiii... grrrrr geramnya saya dengan bilik ni...


Tengoklah perhiasan dinding dia tu pun, bukan main lagi tertarik menarik... dengan gambo binatang dekat atas & dot dot kat dinding.. alahaiiii... rasa macam nak 'curik' bilik ni, lepas tu gantikankan dengan bilik rumah saya yang tak semegah tu..... muahhahhahhahah

P/s : Paip air pun automatik dekat tandas dia.. hulur je tangan terus air keluar... siap boleh main2 lagi...betapa darat hulu nye lah saya ni wehhh!!!


Kali ni kami pergi ke Gunung Jerai pulak.. (^_^)

Hari Sabtu baru ni family my dear datang rumah saya.. Kami pergi jalan2 lagi.. Kali ni pergi Gunung Jerai pulak.. Ohya, time ni my parent dah balik Ipoh..


Laluan nak ke Gunung Jerai tu, mencabar jugaklah... Sebelum naik tu, kene pastikan kereta kita betoi2 elok & larat untuk mendaki..


Dah sampai dekat atas tu.. akan ada simpang pulak.. ke belah kanan tu, takda apa sangatlah.. tapi tempatnya cantik2 tau.. kalau nak pergi, parking kereta, jalan kaki je ke sana..


Tempat  yang menjadi pilihan kami mula2 adalah ke sebelah kiri.. Ke Telaga Tok Sheikh


Saya & Alisha bergambar dengan family my dear..


Inilah Telaga Tok Sheikh.. Air dia sejuk yang amat hokay!!.. Time panas2 memang syoklah mandi.. hihi.. Actually air ni macam air mata air la.. air dia keluar je tak berhenti2.. bukan air yang nak kene bayar bil tu yer.. hihii


Dah naik ke atas.. dah semestinya saya akan amik peluang untuk merasa jugak kesejukan air ni.. hihii


Tak lupa jugak.. saya bagi alisha mandi.. hihii.. Si Alisha ni, walaupun air sejuk yang amat tapi dia tak kisah pun..dapat main air.. memang dia sukalah.. ehehhe


Lepas dah pergi telaga tok Sheikh tu.. kami pergilah ke sebelah kanan pulak.. ke arah The Regency Jerai hill Resort..




Ni antara pemandangan dekat atas sana.. sawah padi tu cantikkan.. hijau je.. sedap mata memandang.. (",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...