Cara Memakai Eyeliners yang Betul


Solekan tanpa penggunaan eyeliners pastinya tidak akan sempurna. Ini kerana, penggunaan eyeliners mampu menjadikan mata seseorang wanita itu kelihatan lebih besar dan menonjol. Oleh kerana itu, ramai wanita yang kadang kala lebih selesa mengenakan eyeliners dan lipstick sahaja sebagai solekan harian mereka. Sebelum kita berkongsi mengenai cara-cara pemakaian eyeliners yang betul, mari kita mengenali terlebih dahulu jenis-jenis eyeliners yang boleh ditemui dipasaran.

Secara amnya, terdapat pencil eyeliners, pen eyeliners, liquid eyeliners dan gel eyeliners. Secara jujurnya, kesemua jenis eyeliners ini masing-masing mempunyai kelebihan tersediri dan terpulang kepada citarasa seseorang individu itu. Namun, majoriti wanita berpendapat bahawa pencil eyeliners adalah jenis eyeliner yang paling mudah untuk dipakai, manakala gel eyeliners pula adalah jenis yang paling tahan lama.


Soal style pemakaian eyeliner pula, gambar berikut merupakan jenis-jenis solekan eyeliner yang biasa disolek oleh para wanita. Dan jenis style yang paling ringkas dan sesuai untuk solekan harian adalah classic bar dan thin flick.

Kembali kepada cara pemakaian eyeliners yang betul, seseorang itu haruslah mengenal pasti terlebih dahulu jenis bentuk mata yang dimiliki dan jenis acara yang ingin dihadiri. Untuk bentuk mata yang kecil, eyeliner seeloknya dipakai dengan garisan yang lebih tebal agar bentuk mata kelihatan lebih menonjol. Manakala bagi pemilik mata yang bulat, cukup dengan pemakaian eyeliner yang tipis dan minimal.

Pastikan garisan eyeliner tersebut sekata dan tidak comot. Untuk hasil yang terbaik, mulakan dengan garisan yang tidak terlalu pekat dahulu. Kemudian, barulah anda membuat garisan yang lebih tebal.


Selain itu, penting untuk anda memakai waterproof eyeliners untuk mengelakkan daripada eyeliners anda smudge apabila terkena air terutama sekali bagi mereka yang mempunyai mata yang cepat berair. 

{ 10 comments.. read them below or add one }

Mrs Velentine Mrs Velentine February 02, 2016
MV just guna pencil eyeliner yg liqiud MV tak reti
PERMATABIRU PERMATABIRU February 02, 2016
kna tahu teknik baru menjadi..hehe
Zayani Zulkiffli Zayani Zulkiffli February 02, 2016
Walaupun kite da pakai eyeliner ni dekat 5 tahun, kekadang line mesti comot and senget jugak. haha

Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI February 03, 2016
yui pakai ikut sdp yui je..hahah
Dunia Zumal Dunia Zumal February 03, 2016
Tahu teknik baru nampak cantik kan...
Mimie Mimie February 06, 2016
Saya pakai eyeliner pun kdg2 ikut mood...

http://coratcoretpinkummi.blogspot.my/2016/02/anuegrah-terindah-akhir.html?m=1
Siti Sharini Siti Sharini February 10, 2016
eyeliner saya berani pakai sikit je takut comot he he
LYAfrina LYAfrina February 13, 2016
lya dr dulu mmg suka pkai eyeliner..y ni klo keluar wajib pkai..tp pkai nipis2 biasa je..skadar buat alis simple je
Linalogy Linalogy February 14, 2016
Saya kurang minat pakai eyeliner.. Last pakai masa kawin kot..9 tahun lepas..hihi
lynndAmya lynndAmya April 01, 2016
Salam, haha saye ni mmg pakai eyeliners, tp tangan jenis tak reti diam..asyik lah nak gosok mata...even waterproof pun tapi tetap tercomot jugak..asyik nak kena betulkan je..hahaha