Romantik & Sayang

Bila cakap bab romantik ni tiba2 je rasa macam terbuai2..hahahh sebenarnya saya ni suka berangan memang sesuai la dengan zodiak pieces saya tu... hihii tapi dulu la zaman2 muda remaja suka berangan bab2 romantik ni tapi dah jadi mak orang ni berangan nak jadi orang kaya lak...hahhahha (haa yang ni my dear yang ajak saya join dia berangan ;p)

Dulu kan, zaman sekolah, saya selalu berangan salah satu ciri lelaki idaman saya adalah mesti romantik selain dari handsome...muahahaa... tapi lagi satu, saya nak lelaki yang berkulit hitam manis la, taknak cerah2 sebab saya tak cerah nanti terlebih kontra pulak... heheheheee
 
Saya rasa semua perempuan mesti suka kalau pasangan dia romantik... yela, tiba2 je dapat surprise orang hantar bunga depan rumah, surprise dinner la, tak kira bila sentiasa dapat surprise present.. dapat pulak surprise ajak pergi naik star cruise pusing satu dunia... walallaallal wehhhhhh best giler kalau macam ni, bahagia je hidup, baru lah "dunia ini ana yang punya"...hahahh

Tapi, adakah suami kita hanya dikatakan romantik kalau dia buat semua ni? or adakah dikatakan romantik kalau suami kita setiap hari cakap "i love you"? emmmm setiap orang mempunyai pendapat masing2.. pada saya, tak buat semua ni tak semestinya tak romantik... husband kita ambil berat pasal kita pun kita dah boleh rasa romantik, bukan setakat romantik tapi macam sangatlah dihargai.. contohla, kita sakit husband kita ni punyala risau kat kita, dia nak buat kerja kat office pun tak senang, asyik hantar je mesej kat kita tanya perkembangan kita. tak ke kita rasa terharu dibuatnya....

Saya rasa romantik ni penting jugak dalam perhubungan kita selepas kahwin, yela, biasa kita nampak, sebelum kahwin bukan main lagi berpegang tangan la, setiap minit nak bermesej la, asal ada tarikh2 yang penting, ingat je.... hadiah mesti ada... tapi bila dah kahwin semua tu macam dah *basi* pulak... bosan kan u all..hurmmm

Saya memang nak perkahwinan saya & my dear sentiasa romantik & berkasih sayang sampai nafas yang terakhir..!! Tapi lucky la jugak untuk kami sebab kami bercinta selepas kahwin, kiranya "manis" tu masih ada & akan tetap ada sampai bila2... InsyaAllah..;-)  

Tapi kami bukanla jenis yang romantik 24 jam pun... kami bergurau pun kasar gak kadang2..hahahh cubit2 tu dah hobi kami la, cubit2 manja gitu....hik hik hik.. tapi kami romantik tau, muahahahaaaa cuma kami ni romantik dalaman, luaran tu ada la jugak, tapi depan orang malu la.....hahaa kami ni kira macam, bukan je husband & wife tapi kawan & sahabat.. gurau2 tu no hal la...

Ssyyhhhh nak bagitahu ni, my dear tu sebenarnya kadang2 manja gak...hahahahaaa my dear, time makan nak saya selalu temankan dia, malam2 time tengok tv, kalau saya tinggalkan dear sorang2, dia mesti cakap "haa tengok tu, suka tinggalkan abang sorang2" see... muahhh I like it.. ;-) tapi untuk pengetahuan u all, my dear ni, bukanla banyak cakap pun, saya ni haa yang terlebih cakap, bukan bergosip tapi bercerita tentang kehidupan..hahaa

Tanda pasangan kita sayangkan kita tak semestinya perlu dilafazkan tetapi melalui perbuatan pun kita akan memahami... :-)

P/s : semoga perkahwinan kami sentiasa mendapat keberkataan & keredhaan dariNya

0 comment... add one now