Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Resepi nasi Daging simple. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi nasi Daging simple. Papar semua catatan

Nasi daging kambing yang simple..!!

Kami 4 beranak ni memang suka makan kambing.. Hari tu masa bulan puasa, my dear beli kambing pastu disuruhnya saya masak NASI DAGING KAMBING... Saya mana pernah buat nasi daging kambing, biasanya saya buat nasi daging lembu tu je pun... Tapi takpala, dah suami kesayangan nak makan, so, saya masaklah jugak... Cara masak sama je macam NASI DAGING cuma bezanya, daging lembu saya tukar kepada daging kambing....


First time daging lembu saya tukar kepada daging kambing... rasa dia memang super duper sedap...!! Anak solehah saya 2 orang ni siap makan nasi tanpa lauk... pulak tu, saya guna beras basmathi, lagilah sedap + nasi dia pun relai + panjangggggg.......


Daging kambing tu dicicah dengan air asam... Ya Allah... sedapnya... sambil taip entry ni, kecur air liur saya terbayangkan air asam... haihhhh...!! CARA BUAT AIR ASAM : BAWANG BESAR POTONG DADU + TOMATO POTONG DADU + CILI BURUNG POTONG BULAT + GARAM + GULA + AIR BELACAN (belacan dibancuh dengan air masak) + AIR ASAM JAWA (air asam jawa tu saya suka buat kaw-kaw @ pekat sebab saya lebih sukakan kuah air asam yang pekat) = CAMPUR SEMUA.. SIAP..!!


Ohya, selain dari cicah air asam, nasi daging jugak sedap dimakan dengan sayur dalca... Cara buat mudah je u all, jenis campak2 je semuanya... BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH = BLEND... TUMIS 4 SEKAWAN + BAHAN BLEND + CILIBO + DAUN KARI = BILA DAH NAIK BAU, MASUKKAN REMPAH KARI AYAM YANG DAH DIBANCUH = TUMIS SAMPAI PECAH MINYAK... PASTU MASUKKAN AYAM YANG BAHAGIAN TULANG2 (kaki ayam ke, tengkuk ke)... PASTU MASUKKAN LOBAK MERAH & UBI KENTANG... PASTU MASUKKAN TERUNG... PASTU MASUKKAN TOMATO.. PASTU MASUKKAN KACANG DHAL... (sayur yang lambat empuk masuk awal, yang cepat empuk masuk lambat) + SANTAN + GARAM = SIAP..!!!

Iskkk cerita pasal sayur dalca ni, tiba2 pulak rasa nak makan... sedapnya dalca ni walaupun masak simple... hari ni saya makan daging kambing lagi... eh, belum makan lagi, nanti baru nak masak untuk berbuka puasa.. Plan nak masak NASI TOMATO + KARI KAMBING + ACAR RAMPAI + SAMBAL BELACAN.... 


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Resepi nasi daging simple tapi sedap.. (^_^)

Saya dapat beberapa komen yang mintak resepi nasi daging yang saya buat kelmarin... Cara nak buatnya, senang je u all.. TAPI sebelum tu, u all perlu tahu yang resepi dia yang betoi2 guna banyak bahan tau.. TAPI saya ni macam biasalah, sukakan masakan yang simple je.. apa bahan yang ada dekat rumah, itu je saya guna.. sebab saya suka masak stail "campak2".. hehee



Mula2 rebus daging yang dah dipotong + halia... Ambik periuk nasi letak atas dapur, masukkan marjerin or minyak masak & tumis 4 sekawan + bawang besar + bawang putih + daun pandan... Lepas tu masukkan rempah kurma yang dah dibancuh dengan air, bila rempah dah masak, masuk daging yang dah direbus tadi + beras + air rebusan mengikut sukatan beras + garam... siap.. Opsttt angkat periuk nasi tu, letak dalam bekas dia semula untuk masak guna elektik... SIAP..!! boleh makan dah... simple kan... hihii

P/s : Halia yang direbus sekali dengan daging tu, u all masuk jugak dalam nasi tu tau...
P/s : 4 sekawan tu bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...